Wednesday, June 22, 2011

SEDIKIT TIPS TAYAR KERETA, ELAK DITIPU OR MENIPU

Mula2, Periksa tayar kereta korg, perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar terdapat satu penyambung. Sekiranya penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga, maka mulalah mengumpul wang tunai kerana tayar korg perlu di tukar dlm masa beberapa bulan lagi, jgn smpi setahun dibiar gitu, & bila korg nk beli tayar ada beberapa petua bukan dari nenek moyg, perlu korg pertimbangkan.



"agak haus 2 pada luar kiri dan dlm kanan, agk2 dh sebulan dua tuka ler"

Satu saiz tyar yang sesuai dengan kereta korg. Kalo macam wira 1.3, cukuplah saiz rim 14 inci sebab klo korg degil nk gak guna saiz 15 inci, bala xla datg tapi kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedmeter tidak merekodkan bacaan yang betul tgk2 meter 170kmph tw2 kne potng ngn kancil plak 2, dan kesemua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangkahayatnya dan yang paling penting, minyak dia akan sapu lebih sedikit .

AMBIL PERHATIAN DI SINI, cuba perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor 4 angka yang dicetak tenggelam2 timbul pada permukaan tepi tayar. Ia merupakan maklumat mengenai tarikh tayar di kilangkan (minggu dan tahun) so agk2 tayar yg dh 2,3 tahun dikilangkan xpayah gatal nk bli kang pakai xsmpi setahun dh kne tuka..ati2. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama 2 tahun selepas di kilang (selepas tempoh itu getah tayar akan mati (keras) dan tidak selamat digunakan). sebagai contoh nombor yang tertera 0907 bermaksud tayar tersebut di kilang pada minggu ke 09 di tahun 2007 dan tarikh expired tayar tersebut sepatutnya minggu ke 09 tahun 2009 dan sekiranya korg diberi pekedai tersebut dgn harga yang murah murahan, periksa la dulu, dan tayar sebegini mudah melutup jika korg drive bagai xmahu lajunya dan terbabas la jwbnye.


Saiz tayar pula, crita dia cam ni cuba la korg perhatikan nombor dan huruf yang terletak timbul di permukaan tepi tayar. Sebagai contoh aku amik viva yg slalu ku bawak ke sana-sini tertera 165/50 VR 14 kelebaran tayar ialah 165 mm, ketebalan tayar (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 % dari kelebaran 165 mm, dan untuk kegunaan rim bersaiz diameter 14 inci. Huruf VR pula bermaksud, tayar tersebut sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar. Sekiranya korg degil dan memandu lebih dari kelajuan tersebut, sifat fizikal tayar korg akan berubah dan besar kemungkinan tayar tidak lagi berfungsi dengan baik.

Tentang jenis tayar pula, kebanyakkan lebih memilih tayar import terutama dari Japan, tapi klo aku xmana2 murah agak2 "branded", sebat jela... Harganya tayar jepang lebih mahal dan dikatakan lebih lembut. Sememangnya benaq, tayar seperti michelin, yokohama, falken etc. lebih lembut kerana, tayar tersebut dibuat berdasarkan iklim sederhana yang kurang panas dan apabila digunakan di Malaysia yang sememangnya panas terik, smpi rmi kwn2 aku hari2 ckp bnde sme "ari ni pns la"..tayar tersebut akan tetapi mempunyai jangka hayat yang pendek (cepat haus bunganya). Kebisingan tayar adalah bergantung kepada bunga tayar. Lebih senyap sesuatu tayar, maka lebih rapat bunga tayarnya dan tidak sesuai untuk permukaan jalan yang basah. Lebih bising tayar, lebih mencengkam dan sesuai pada permukaan yang basah.



Dan utk pengetahuan para pembace yg budiman lagi Tayar harus hukumnya di tukar kedudukannya setiap 3 bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang (untuk 4 tayar sama saiz) buatkan ia menyilang X. Lebih baik sekiranya tayar simpanan/ganti juga di masukkan ke dalam rotation tukaran tayar. Caranya, masukan tayar ganti ke kanan belakang dahulu, belakang kanan ke depan kanan, depan kanan ke belakang kiri, depan kiri ke dalam boot ganti, belakang kiri ke depan kiri. Semua rotation ini bergantung kepad jenis kereta, sistem pacuan dan sistem suspensi kereta. Jika korg perhatikan pula bunga pada tayar selepas beberapa lama ia mula menghaus. Sekiranya kadar kehabisan bunga di bahagian tepi kiri kanan tayar lebih cepat berbanding di bahagian tengah, ini bermakna tekanan tayar korg kurang dari yang sepatutnya.


Sekiranya bahagian tengah lebih cepat haus, maknanya tekanan terlalu tinggi. Sekiranya haus di bahagian luar sahaja, tayar kita terlalu mencapah ke dalam dan jika haus bahgian dalam sahaja, tayar kita terlalu mancapah ke luar (alligment tayar perlu dibetulkan). Sekiranya bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka absorber kita perlu diganti.
"absorber"


ps: "mungkin lps ni average harga tayar plak nk ku sentuh..sekian"

3 comments:

atiqah~ said...

owh..begitu ya..nice sharing ^^

mrfarid said...

tq for supporting me,btw dont u want folow me girl.. *_^

raayeop said...

Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com

Ada > 50 kedai di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan termasuk GST, tayar dan lain2 seperti yang dinyatakan mengikut kategori. Tiada ruang akan ditipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website. 

Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar. 

Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

Nak cari bateri, package service kereta dan tayar motor pun ada...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...