Thursday, April 16, 2009

TUKAR/BELI (Slayer-Seasons in the Abyss)



Album original press edisi malaysia
baru,pek plastik pun tak buka lagi
kalau korang nak tukar pun boleh
seperti album dari GAMMA RAY,HELLOWEEN
IRON MAIDEN ataupun album dari band lain
yang mungkin dapat menarik minat aku....

HARGA:RM60

KOS PENGHANTARAN:

semananjung Malaysia:RM5

Sabah/Sarawak:RM7

(mungkin ada lagi,selepas ini)

Sunday, April 5, 2009

APRIL FOOL'S DAY ?


Siapa yang MENIPU?

Siapa yang TERTIPU?


Perbezaan Pendapat Tentang Sejarah Kejadian Perayaan Ini:

Sebahagian mengatakan bahawa inovasi ini muncul di Perancis pada tahun 1563,setelah kalender baru diperkenalkan,terdapat seseorang yang telah menolak penerimaan kalender ini telah menjadi mangsa kepada beberapa orang yang telah memalukan dan memepermainkan beliau sehingga beliau dijadikan bahan gelak oleh orang ramai...

Sebahagiannya pula berkata bahawa inovasi ini berasal dari zaman purba kala,dimana terdapat satu perayaan penyembahan berhala yang berkait dengan bulan ini,maka perayaan ini merupakan sisa dari perayaan penyembah berhala.

Asal usul sambutan ini:

Ramai di antara kita yang menyambut hari ini,tetapi berapa ramaikah kita yang mengetahui rahsia di sebalik hari ini...

Sewaktu kaum Muslimin menguasai Sepanyol kira-kira 1000 tahun yang lalu,negara Sepanyol yang terdiri dari muslimin merupakan satu pasukan yang tidak mampu dikalahkan.Orang kafir sewaktu itu menaruh harapan besar agar dapat melenyapkan islam dari muka bumi sehiggakan mereka sanggup melakukan apa sahaja.

Setelah itu,orang-orang kafir telah menghantar perisik untuk belajar dan cuba mencari rahsia di sebalik kekuatan kaum muslimin.Mereka telah mendapati bahawa berpegang teguh pada ALLAH dan bertaqwa merupakan faktornya.

Apabila kaum kafir mengetahu rahsia tersebut,mereka mula memikirkan tentang strategi untuk mengalahkan umat islam,untuk tujuan ini mereka telah menghantar arak dan rokok secara percuma ke Sepanyol.

Taktik ini semakin menjadi-jadi,iman di kalangan kaum muslimin semakin lemah terutama sekali di kalangan pemuda-pemudi islam di Seopanyol.Natijahnya kaum kafir telah mengalahkan kaum muslimin yang telah memerintah Sepanyol lebih dari 800 tahun ..kaum muslimin cuba bertahan di Grenada,tetapi telah ditumpaskan pada 1 April..

dan dengan itu mereka (orang-orang kafir) telah menggelarkan TIPU DAYA APRIL (trick of April).

Sejak dari itu,mereka menyambut hari ini dan menggangap kaum muslimin sebagai orang bodoh...

Mungkin ramai dikalangan muslimin di hari ini tidak mengetahui makna di sebalik hari APRIL FOOL ini,namun begitu dengan sedikit pengetahuan yang aku berikan mungkin dapat meyedarkan kita tentang hari ini..

(semua petikan di atas aku petik dari risalah yang aku perolehi dari masjid berdekatan rumah aku,dan begitu juga gambaran di mekkah di atas aku mengambilnya dari web orang)

sekian..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...