Sunday, March 29, 2009

Cuaca yang tidak Menentu...??

Sejak kebelakangan ini,asyik petang menjelma dalam pukul 2:00 higgalah keesokan paginya tempat yang aku duduk dan diami kampung kuantan/bukit kuda Klang,Selangor ni sering dilimpahi dengan hujan,dan semestinya ianya dari yang maha ESA...tapi yang aku pelik kadang-kadang tu..hujan takda..angin pun tak bertiup kuat..tiba-tiba je..bom..petir sudah menyambar entah apa dah jadi kat dunia sekarang ni!!

Satu pagi sedang aku asyik menonton DVD Grave Digger 25 to live dalam pukul 2:?? pagi ntah dah lupa dah..dengan melihat aksi bersahaja Chris Boltendahl dan rakan-rakannya di stage,tiba-tiba satu dentuman berbunyi,macam bom bunyi dia..time tu aku dah memang terkejut besar..lama jugaklah aku berfikir mana datangnya bunyi bom tadi..ah sudah..hati berbisik,baik aku terus layan konsert Grave ni...

Keesokan harinya tepat pukul 10:35 malam aku bergerak menuju rumah member untuk lepak sebab aku jarang jumpa ngan member jahat aku ni..perjalanan yang agak jauh jugaklah,lebih kurang 1KM...time aku ngan member tadi,tengah duk cita pasal politik seorang member menyapa "kau ada dengar tak bunyi petir semalam ?"...lah sahlah semalam,bunyi bom yang aku dengar tu petir rupanya...

Pelik jugalah..itulah yang dapat aku simpulkan..sejak akhir-akhir ni cuaca kat tempat aku ni lain macam sikit dan mungkin juga berlaku di tempat-tempat lain...dan adakah ini faktor,akibat daripada fenomena pemanasan global..sama-sama kita fikirkannya kerana semua ini adalah hasil daripada perbuatan kita sendiri..mari kita renung-renung sikit..

sedikit gambar yang kurang/tidak menarik sempat aku ambil di hadapan kediaman ku ketika hujan nak turun...sila amatinya..ha..ha..ha..



Wednesday, March 18, 2009

Gamma Ray - Somewhere Out In Space


All that I se is the years ... somewhere out in space
And it's time for deliverance
All that I see is the fear ... somewhere out in space
And it's time for deliverance


Itulah antara bait lyric untuk track somewhere out in space dalam album mereka di tahun 1997 dan nama untuk track ini telah diambil untuk dijadikan tajuk album mereka ketika itu.Album ni baru aku milikinya beberapa hari dan merupakan "press" semula Sanctuary Record pada tahun 2007 selepas hampir 10 tahun ianya diriliskan..tidak banyak nak ku ulaskan untuk album ini..memandangkan sikap malas sering menghantui bila nak tulisnya..perahan otak mesti digunakan dalam meniliti setiap track..so,aku nak cerita serba sidikit apa yang aku tahu tentang Gamma Ray di awal penubuhan mereka.


aku mulakan ulasan aku ni pada album sulung mereka Heading for Tomorrow (1991) dengan line up yang terumbang-ambing sering bertukar ganti diawal penubuhannya,Gamma Ray dibarisi:

Ralf Scheepers - Vocals
Kai Hansen - Guitars
Uwe Wessel - Bass
Mathias Burchardt - Drums

Dirk Schlachter time tu guest je..dengan line up ini Heading For Tomorrow diriliskan,dengan album ini juga mereka merakamkan konsert yang penuh bergaya mereka di Jepun bertajuk Heading for the East,untuk melegkapkan posisi instrumen yang masih kosong,Dirk telah dilamar untuk "follow" sebagai gitaris,bagi menjayakan konsert ni.. menjadikan:

Ralf Scheepers - vocals
Kai Hansen - guitar
Dirk Schlächter - guitars
Uwe Wessel - bass
Uli Kusch - drums

posisi drum juga mengalami pertukaran,yang aku pun tak tahu sebabnya...jikalau korang mempunyai info..mari kita share sama-sama!!!


ha..yang ni nama dia Kai Hansen

Sign No More menyusul di tahun 1991,kali ni dengan line up yang sama pada konsert Heading for the East.Album ini bagi aku kurang menarik entah kemana perginya muzik power metal..namun begitu track "one with the world" track yang paling best bagi aku dengan suara Ralf yang semacam...

Tahun 1993 Insanity and Genius menjadi taruhan kali ni line up mereka terdiri dari:

Ralf Scheepers - vocals
Kai Hansen - vocals & guitars
Dirk Schlächter - vocals, guitars
Jan Rubach - bass
Thomas Nack - drums

Uwe Wessel di posisi bass mengundur diri atau sebaliknya & hilang entah ke mana,manakala Uli Kusch pula "joint" Helloween.Album ini juga merupakan album terakhir Ralf bersama Gamma Ray,setelah dia terpaksa meniggalkan Gamma Ray akibat masalah peribadi yang dihadapinya (nak tahu lagi/lebih lanjut kenapa si Ralf ni undur diri,aku ada cerita kat bawah untuk ulasan album Insanity and Ginius).


yang ni pulak..Dirk Schlachter

Setahun menyepi dengan pemergian Ralf,Kai telah mengambil keputusan untuk menjadi vokalis Gamma Ray yang baru,memandangkan Kai merasakan dialah paling layak menggantikan Ralf dan berasa antara mereka semua,suara dialah paling sedap..untuk pengetahuan tambahan,Kai juga merupakan vokalis asal Helloween,tetapi hanya bertahan untuk dua album sahaja iaitu Helloween EP (1985) Walls of Jericho (1985).Maka dengan itu Land of the Free pun diriliskan 1995 dengan line up:

Kai Hansen - Vocals, Guitar
Dirk Schlachter - Guitar
Jan Rubach - Bass
Thomas Nack - Drums

ditahun yang sama juga mereka merakamkan konsert audio live mereka dengan line up yang sama,bertajuk Alive '95 dan diriliskan setahun kemudian 1996.


Dan Zimmermann..

Kini tibalah kemunculan album Somewhere out in Space di tahun 1997,perubahan line up sekali lagi berlaku kali melibatkan posisi guitar dimana Henjo Richter direkrut masuk dan di posisi drum pula Dan Zimmermann.Dirk Schlächter beralih ke posisis bass,selepas merasakan dirinya lebih sebati kepada instrumen itu.

Disebalik cerita ni sebenarnya Jan Rubach yang dahulunya menganggotai Gamma Ray bermain di posisi bass,bercadang untuk bertukar dengan Dirk di posisi gitar,namun begitu apa yang dihajati tidak kesampaian pabila Jan mengundur diri dan aku pun tak tahu apa sebabnya..so pada mereka yang tahu mari kita share bersama..Thomas Nack di posisi drum hanya dapat bertahan untuk satu album sahaja dan kini selesa bersam Iron Savior

Kai Hansen - Vocals & Guitar
Henjo Richter - Guitar, Keyboards
Dirk Schlächter - Bass
Dan Zimmermann - Drums


Henjo Richer..

dengan line up ini mereka kekal higga sekarang.Rilisan untuk album ini mengandungi dua versi yang berbeza iaitu versi 14 dan 15 track termasuk Return to Fantasy (Uriah Heep cover) dalam versi "limited edition",dan album yang aku perolehi ini hanya mengandungi 14 buah lagu:


1.Beyond the Black Hole 06:00
2.Men, Martians and Machines 03:52
3.No Stranger (Another Day in Life) 03:36
4.Somewhere Out in Space 05:27
5.The Guardians of Mankind 05:02
6.The Landing 01:17
7.Valley of the Kings 03:51
8.Pray 04:45
9.The Winged Horse 07:02
10.Cosmic Chaos 00:49
11.Lost in the Future 03:40
12.Watcher in the Sky 05:19
13.Rising Star 00:52
14.Shine On 06:52

track sperti Beyond the Black Hole,Somewhere Out in Space,The Guardians of Mankind,Valley of the Kings,Watcher in the Sky dan Shine On sememangnya "pembunuh",enak untuk didengari dan bukannya "dimakan".

track 12 Watcher in the Sky juga turut terkandung di dalam album Iron Savior yang berjudul Iron Savior 1997,hasil ciptaan Kai dan Piet Sielck dan Kai juga merupakan anggota asal Iron Savior.

(o.k dah abis dah tak banyak gak,so kalau korang ada info tentang band ni mari kita share bersama)

Wednesday, March 4, 2009

Iron Maiden - Somewhere Back in Time - The Best of: 1980-1989


Sebut sahaja Iron Maiden,aku rasa semua mat-mat metal kat dunia tahu siapa mereka ni..tak kisahlah mat trash ke,mat black mesti diorang tahu pasal IM ni..

Zaman kegemilangan IM mungkin tidak berakhir di dekad ini,memandangkan mereka ini masih lagi berkebolehan untuk berkarya dan cuba mencurah segala daya dan tenaga mereka hanya demi para peminat yang semakin hari semakin bertambah.

Aku merupakan salah seorang generasi kini yang meminati muzik IM,dalam menunjukkan minatku terhadap muzik mereka aku cuba mencari seberapa banyak info tentang mereka ini dari segi album,line up mereka yang dahulunya siling berganti higgalah kepada keperibadian mereka dan tidak lupa juga,sebagai seorang peminat setia aku tidak terlepas dari mendapatkan "stuff" mereka.

Jurang yang berbeza antara tahun kelahiranku dengan era kegemilangan mereka memanglah jauh,namun begitu ianya tidak dapat menghalang aku daripada turut sama jadi "follower" mereka yang menjadi peminat IM sejak dahulu lagi,mahupun sekarang dan menjadi peminat mereka di zaman kini.

Walaupun aku tidak sempat melihat era kegemilangan mereka pada ketika itu,dan gelagat para peminat sewaktu kemunculan IM,namun melalui info-info yang aku perolehi dari media cetak mahupun internet serba sedikit aku dapat merasai dan cuba mengimbau melalui imaginasi,bagaimanakah keadaan ketika itu impaknya terhadap peminat dari segi pakaian mereka mahupun kehidupannya.

Zaman telah berlalu dan mungkin ada para peminat IM di era 80's dahulu ada yang telah berkahwin,mempunyai anak,cucu,cicit dan seterusnya kembali padaNya,dan mungkin juga ada antara mereka tidak lagi mengambil tahu tentang perkembangan IM secara keseluruhan memandangkan keadaan mereka yang tidak mengizinkan dibeleggu dengan masalah-masalah tersendiri.
AWAS!!!...kang terkena tembakan Eddie...

Ini hanyalah tanggapanku..era ini IM tidak kurang aggresifnya..giat aktif memandangkan para peminat tidak jemu-jemu memberikan sokongan pada mereka..walaupun telah dimamah separuh abad usia mereka demi peminat mereka masih lagi setia pada kumpulan hanya semata-mata untuk menghibur para peminat.

Dalam menjagkau usia mencecah 30 tahun tahun penubuhan IM,mungkin banyak rintangan dan dugaan yang perlu mereka hadapi untuk menjadi seperti hari ini,dan amatlah sukar bagi sesuatu kumpulan itu untuk bertahan namun telah dibuktikan oleh mereka hari ini.

Era 80's meniggalkan kita begitu juga 90's,dan kini di tahun 2009 mereka masih lagi sibuk dengan "tour" mereka di seluruh dunia begitu juga dengam tahun lepas 2008,"tour" mereka yang dikenali sebagai "Somewhere Back in Time World Tour",di mana mereka telah menjajah banyak tempat-tempat baru untuk mengadakan persembahan,dan ini menunjukkan peminat IM masih dahagakan persembahan mereka disamping pertambahan peminat yang semakin ramai.

Melalui setiap "show" yang mereka adakan,mereka melihat ramai antara peminat mereka terdiri daripada komuniti hari ini,dan lantas daripada itu mereka telah meriliskan sebuah album kompilasi yang diberi judul "Somewhere Back in Time - The Best of: 1980-1989" khas ditujukan buat buat "follower" mereka di zaman ini.

Sebanyak 15 buah track di dalamnya,yang diambil dari album terdahulu mereka yang menjadi track kegilaan peminat pada ketika itu,dan kesemua track di dalam album ini boleh dianggap "killer" track dan sedia untuk disantap para peminat era ini mahupun mereka yang menjadi peminat terdahulu "otai/veteran".


1. Churchill's Speech 00:49
2. Aces High (Live) 04:36
3. 2 Minutes to Midnight 06:00
4. The Trooper 04:11
5. Wasted Years 05:06
6. Children of the Damned 04:35
7. The Number of the Beast 04:53
8. Run to the Hills 03:53
9. Phantom of the Opera (Live) 07:21
10. The Evil That Men Do 04:34
11. Wrathchild (Live) 03:07
12. Can I Play with Madness 03:31
13. Powerslave 06:47
14. Hallowed Be Thy Name 07:12
15. Iron Maiden (live) 04:50

Total playing time 01:11:25

Albm ini diriliskan bertujuan untuk mengimbau kembali dan mengingatkan para peminat zaman kini tentang track classic yang menjadi panji kegemilangan mereka,dan melalui rilisan ini mugkin dapat mengembalikan "nostalgia" dahulu para peminat mereka ataupun sebaliknya.Namun begitu 15 buah track ini bagi aku,sudah cukup untuk peminat di era ini mengenali IM dan menjadi kalangan komuniti peminat mereka.
sekian..

(JANGAN TERSALAH ANGGAP SEMUA INI HANYA BERSIFAT DUNIAWI DAN SEMENTARA SAHAJA.)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...