Wednesday, March 4, 2009

Iron Maiden - Somewhere Back in Time - The Best of: 1980-1989


Sebut sahaja Iron Maiden,aku rasa semua mat-mat metal kat dunia tahu siapa mereka ni..tak kisahlah mat trash ke,mat black mesti diorang tahu pasal IM ni..

Zaman kegemilangan IM mungkin tidak berakhir di dekad ini,memandangkan mereka ini masih lagi berkebolehan untuk berkarya dan cuba mencurah segala daya dan tenaga mereka hanya demi para peminat yang semakin hari semakin bertambah.

Aku merupakan salah seorang generasi kini yang meminati muzik IM,dalam menunjukkan minatku terhadap muzik mereka aku cuba mencari seberapa banyak info tentang mereka ini dari segi album,line up mereka yang dahulunya siling berganti higgalah kepada keperibadian mereka dan tidak lupa juga,sebagai seorang peminat setia aku tidak terlepas dari mendapatkan "stuff" mereka.

Jurang yang berbeza antara tahun kelahiranku dengan era kegemilangan mereka memanglah jauh,namun begitu ianya tidak dapat menghalang aku daripada turut sama jadi "follower" mereka yang menjadi peminat IM sejak dahulu lagi,mahupun sekarang dan menjadi peminat mereka di zaman kini.

Walaupun aku tidak sempat melihat era kegemilangan mereka pada ketika itu,dan gelagat para peminat sewaktu kemunculan IM,namun melalui info-info yang aku perolehi dari media cetak mahupun internet serba sedikit aku dapat merasai dan cuba mengimbau melalui imaginasi,bagaimanakah keadaan ketika itu impaknya terhadap peminat dari segi pakaian mereka mahupun kehidupannya.

Zaman telah berlalu dan mungkin ada para peminat IM di era 80's dahulu ada yang telah berkahwin,mempunyai anak,cucu,cicit dan seterusnya kembali padaNya,dan mungkin juga ada antara mereka tidak lagi mengambil tahu tentang perkembangan IM secara keseluruhan memandangkan keadaan mereka yang tidak mengizinkan dibeleggu dengan masalah-masalah tersendiri.
AWAS!!!...kang terkena tembakan Eddie...

Ini hanyalah tanggapanku..era ini IM tidak kurang aggresifnya..giat aktif memandangkan para peminat tidak jemu-jemu memberikan sokongan pada mereka..walaupun telah dimamah separuh abad usia mereka demi peminat mereka masih lagi setia pada kumpulan hanya semata-mata untuk menghibur para peminat.

Dalam menjagkau usia mencecah 30 tahun tahun penubuhan IM,mungkin banyak rintangan dan dugaan yang perlu mereka hadapi untuk menjadi seperti hari ini,dan amatlah sukar bagi sesuatu kumpulan itu untuk bertahan namun telah dibuktikan oleh mereka hari ini.

Era 80's meniggalkan kita begitu juga 90's,dan kini di tahun 2009 mereka masih lagi sibuk dengan "tour" mereka di seluruh dunia begitu juga dengam tahun lepas 2008,"tour" mereka yang dikenali sebagai "Somewhere Back in Time World Tour",di mana mereka telah menjajah banyak tempat-tempat baru untuk mengadakan persembahan,dan ini menunjukkan peminat IM masih dahagakan persembahan mereka disamping pertambahan peminat yang semakin ramai.

Melalui setiap "show" yang mereka adakan,mereka melihat ramai antara peminat mereka terdiri daripada komuniti hari ini,dan lantas daripada itu mereka telah meriliskan sebuah album kompilasi yang diberi judul "Somewhere Back in Time - The Best of: 1980-1989" khas ditujukan buat buat "follower" mereka di zaman ini.

Sebanyak 15 buah track di dalamnya,yang diambil dari album terdahulu mereka yang menjadi track kegilaan peminat pada ketika itu,dan kesemua track di dalam album ini boleh dianggap "killer" track dan sedia untuk disantap para peminat era ini mahupun mereka yang menjadi peminat terdahulu "otai/veteran".


1. Churchill's Speech 00:49
2. Aces High (Live) 04:36
3. 2 Minutes to Midnight 06:00
4. The Trooper 04:11
5. Wasted Years 05:06
6. Children of the Damned 04:35
7. The Number of the Beast 04:53
8. Run to the Hills 03:53
9. Phantom of the Opera (Live) 07:21
10. The Evil That Men Do 04:34
11. Wrathchild (Live) 03:07
12. Can I Play with Madness 03:31
13. Powerslave 06:47
14. Hallowed Be Thy Name 07:12
15. Iron Maiden (live) 04:50

Total playing time 01:11:25

Albm ini diriliskan bertujuan untuk mengimbau kembali dan mengingatkan para peminat zaman kini tentang track classic yang menjadi panji kegemilangan mereka,dan melalui rilisan ini mugkin dapat mengembalikan "nostalgia" dahulu para peminat mereka ataupun sebaliknya.Namun begitu 15 buah track ini bagi aku,sudah cukup untuk peminat di era ini mengenali IM dan menjadi kalangan komuniti peminat mereka.
sekian..

(JANGAN TERSALAH ANGGAP SEMUA INI HANYA BERSIFAT DUNIAWI DAN SEMENTARA SAHAJA.)

3 comments:

Dr. Bentara said...

bila nak sapu Flight 666 pulak?

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
mrfarid said...

kejap tengok kocek jap...hmm..kosong lagi lah Abg Ben...klau dah penuh kocek ni nanti,boleh tolong beli ke??????..he..he..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...