Saturday, January 31, 2009

POETICAL KINGDOM demo 2008


Sebenarnya aku mula mengenali POETICAL KINGDOM sewaktu diorang joint rentak juara lagi,sebuah program pencarian band anjuran RTM tak silap aku 2 tahun yang lepas.Pada masa itu mereka popular dengan lagu mereka iaitu batu belah batu bertangkup dalam kalangan peminat rentak juara itu sendiri termasuk aku.

Kelainan yang dibawa POETICAL KINGDOM pada ketika itu,dapat dilihat melalui lagu ini yang lebih ke arah muzik melodic power/heavy metal dan satu-satunya band heavy metal pada pertandingan itu.Lagu ini jugalah yang telah membawa mereka ke pusingan akhir,namun begitu telah gagal menambat hati juri-juri pada malam itu,dan hanya mendapat sagu hati sebagai habuan.

Mereka yang dibarisi oleh (Rizal-guitar/vocal..Nazri-guitar..Azhar-bass dan Burn-drum) telah meriliskan demo pertama mereka setahun kemudian,dan lagu batu belah turut dimuatkan di dalam demo ini.Lagu-lagu di dalam demo ini yang dipenuhi dengan solo both guitar yang sememangnya membuatkan anda teruja mendengarkannya,ditambah pula dengan suara vokalisnya yang trash metal.


Lagu-lagu di dalam demo ini turut menyelitkan sedikit elemen-elemen muzik kemelayuan dan irama padang pasir yang dapat kita dengarinya di beberapa buah trek,dan mungkin dengan ini mereka boleh mewujudkan sebuah band yang berlainan dari band yang sedia ada di Malaysia.Namun begitu kekecewaan tarpaksa saya luahkan apabila lagu di trek 3 hingga trek 6,soundnya agak tenggelam dari segi bunyian intrumen berbanding lagu di trek 1 & 2,dan ini mungkin berpunca dari jururakam demo ini,ataupun faktor studio yang tidak mengizinkan ketika itu.


Cover untuk demo ini juga kurang menyerlah di mata saya,dan ini mungkin berpunca dari pemilihan art untuk muka hadapannya,dan hanya mengggunakan khidmat "photocopy" sebagai sebagai cetakan.Jika kita sekali pandang akan demo ini,mungkin kita menyangkanya ia sebuah demo rilisan band yang bergenrekan black metal namu begitu,hakikatnya ianya sebuah demo yang berpaksikan pada heavy metal.

Sebanyak 6 buah lagu di dalam demo ini 2 daripadanya lagu berbahasa inggeris,antaranya batu belah batu bertangkup,si tanggang,panorama,serfdom,hell,firaun dan sebuah lagu cover daripada lagenda trash metal Malaysia CROMOK iaitu la crosse,dan bagi saya sendiri lagu "killer" di dalam demo ini seperti batu belah batu bertangkup,si tanggang,hell dan serfdom.Bagi penulisan liriknya pula ke arah pangajaran kepada kita,ketuhanan dan berkisar sedikit tentang hari-hari kehancuran bumi.Kepada mereka yang berhajat ingin memiliki demo ini atau sebaliknya,bolehlah berhubung dengan saudara Rizal di alamat e-mail:rizalask@yahoo.com ataupun myspace.com/poetical kingdom.

RATING:**1/2

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...