Friday, January 16, 2009

MALEX (wira cosmo 2006)



Wira cosmo merupakan buah tangan terbaru dari MALEX,yg dibarisi oleh Malik gitaris,Rahmat vokal,Ajak bass,Wan keyboard dan Rafee drum yg bergenrekan muzik proggresif melodic metal.Album ini merupakan album ke-dua mereka selepas rilisan pertama meraka yg bertajuk euphoria pd tahun 2002.Sebanyak sepuluh buah lagu dihidang di dlm album antaranya mengapa,(pernah mereka bawakan secara lagsung pd anugerah planet muzik 2006),wira cosmo,juara,siksa,pentas dunia dan banyak lagi.Kehebatan album tidak perlu disangkal lg,yg dipenuhi dengan solo-solo berapi dr Malik yg juga merupakan tulang belakang band ini,ditambah pula dengan suara vokalisnya yg high pitch,mirip suara Yantzen vokalis kumpulan rock Rusty Blade.

Terdapat dua instrumental di dalam album ini iaitu delirium di trek 6 dan euphoria di trek 10 yg membuatkan anda memutarkannya lagi...lagi...dan..lagi.Jika anda ingin mendengarkan lagu yg agak speed,dengan elemen-elemen proggresif anda boleh dengarkan,mengapa,siksa dan arah,bagi mereka yg ingin pula mendengarkan irama hard rock dengan elemen proggresifnya anda blh dengarkan wira cosmo,juara dan keampunan.Seterusnya ke trek yg agak slow yg sememangnya dipenuhi dengan elemen proggresif MALEX itu sendiri dpt kt dengarkannya di trek 5 iaitu pentas dunia dan petanda di trek 8.


Album ini telah pun diriliskan pd tahun 2006 oleh Muzik Box Production,dan sekiranya anda masih tercari-cari album ini,anda bolehlah langsung berhubung dengan saudara Fadzhil di alamat e-mail:muzikbox@hotmail.com

RATING:***1/2

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...