Friday, January 16, 2009

GAMMA RAY (insanity and genius 1993) review!!!




Merupakan album ke-3 Gamma Ray,bersama line-up klasiknya iaitu Ralf Scheepers:Vocals,Kai Hansen:vocals & guitars,Dirk Schlächter:vocals & guitars,Jan Rubach:bass dan Thomas Nack:drums.Album ini juga merupakan album terakhir Ralf Scheepers bersama Gamma Ray sebelum mengundurkan untuk mengisi kekosongan sebagai vocalist kumpulan lagenda NWBOHM iaitu Judas Priest,namun begitu hasratnya tidak tercapai walaupun telah memenangi uji bakat pencarian vocalist menggantikan Rolf Halford yang ketika itu mengundurkan diri,akibat daripada kata sepakat tidak dapat di capai antara anggota kumpulan.Masalah juga melanda apabila Ralf ingin kembali bersama Gamma Ray,faktor jarak yang jauh antara rumah kediaman Ralf yang terletak di Stuttgart,Germany bersama anggota kumpulan yang lain yang menetap di Hamburg,Germany menyusahkan lagi untuk mereka berlatih bersama-sama yang mengakibatkan Ralf membuat keputusan untuk mengundur diri,dan pada tahun 1997 dia telah menubuhkan sebuah kumpulan yang juga bekonsepkan power metal iaitu Primal Fear.


Semenjak aku mendengar album ini buat kali pertama,aku tertarik dengan lagu pembukaan album ini iaitu tribute to the past yang sememangnya sound melodic power metal.No return trek 2 yang membuat aku meneruskan lagi hasratku untuk menghabiskan mendengar lagu-lagu di dalam album ini.Namun begitu,insanity & ginius di trek 3 kurang "menyengat" di awal pendengaran ku,setelah berulang kali ku mendengarkannya aku mula tertarik dengan lagu ini terutama sekali pada part chorusnya.Kini tibalah pula 18 years,the cave principal di trek 4 & 5 (side A)yang lebih ke arah hard rock,dengan sedikit elemen rock & roll musiknya,begitu juga dengan trek di side B future madhouse dan your turn is over.Last before the storm di trek 2 side B bermula dengan agak laju dan ditambah pula dengan solo solo bermelodi dari dirk dan kai dan lagu-lagu sebeginilah lagu kegemaranku,giliran heal me pula di trek 4 (kalau nak dengar kai jerit dengar lagu ni)dan gamma ray dengan di trek 5 dengan elemen hard rock campur melodic metal.Cover untuk album pula cukup menarik,hasil tangan daripada Kai Karczewski yang berkonsepkan simbol ying & yang (orang cina punya!!)..yang menggabungkan api dan air..cukup menarik,dan dapat menarik minat para pembeli untuk memilikinya,mahupun mereka yang yang saja-saja mahu membeli kerana tertarik dengan hasil ilustrasinya..sekian.

RATING:**1/2

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...