Thursday, June 30, 2011

BANNED THIS WEEK ! POSTPONE...


Mlm ni klo nk ikut "schedule" nye crita psl seram, angker, misteri sume..tapi terpaksa ditangguh memandang crita mcm ni agk senje klo nk dicari dan dikaji dulu sblm di post ke sini..sbgi penggati crita di bwh "in memory" silakan...so crita seram di "postpone" ke minggu seterusnya...

Selamat Tinggal stesen Tanjung Pagar Singapura

Tepat pukul 11 malam ini, kereta api Senandung Sutera — perkhidmatan terakhir dari stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar, Singapura akan melabuh tirai perjalanan yang bermula 79 tahun yang lalu...Pengurus kanan korporat KTMB, Mohd Fazil Ismail berkata, kira-kira 100 penumpang akan mengikuti perkhidmatan terakhir ini dengan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menyertai perjalanan terakhir malam ini dan akan dipandu sendiri olehnya.
Fazil berkata KTMB terpaksa menghadkan penumpang yang menaiki kereta api terakhir khas tersebut kerana tidak mahu berlaku sebarang masalah teknikal dan operasi.


Justeru, Fazil berkata, orang ramai turut dipelawa memberi lambaian terakhir kepada penumpang-penumpang perkhidmatan kereta api terakhir ini.
“Saya percaya ramai yang akan hadir melihat dan memberi lambaian sebagai tanda ‘Selamat Tinggal’ kepada kereta api di stesen Tanjong Pagar yang dihentikan operasi selama-lamanya.
“Saya turut sedih tetapi menerima dengan hati terbuka. Sudah hampir  80 tahun ia menjadi destinasi persinggahan terakhir KTMB bagi menurunkan penumpang ke Singapura,” ujarnya lanjut.
Malaysia bersetuju memindahkan stesen KTMB Tanjong Pagar ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP), berkuat kuasa mulai esok.


Keputusan itu dicapai hasil perbincangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura tahun lalu.
Selain itu, Fazil berkata, orang ramai yang menjadi penumpang kereta api terakhir akan diberikan sijil pengesahan KTMB.
“Sijil pengesahan diberikan kepada penumpang sebagai tanda penumpang yang menaiki kereta api terkahir di stesen Tanjong Pagar sebelum dihentikan operasinya.
“Namun, bukan hanya penumpang yang menaiki kereta api terakhir tetapi juga mereka yang menaiki kereta api harian dari stesen Tanjong Pagar sepanjang hari tersebut (hari ini),” kata Fazil.
Dalam pada itu, Fazil berkata, sudah hampir 99 peratus kelengkapan operasi telah dipindahkan ke WTCP.
“Tiket, kaunter perkhidmatan dan barang-barang KTMB di Tanjung Pagar semuanya telah dipindahkan ke Woodlands. Pegawai dan kakitangan KTMB yang berkhidmat di stesen tersebut juga dipindahkan berkhidmat di Stesen JB Sentral dan ditempatkan di lokasi yang mempunyai kekosongan,” katanya lagi.


"tinggal kenangan"

berkata, persiapan terakhir perjalanan kereta api berjalan seperti biasa.
“Kami akan menunggu ketibaan penumpang sehingga tibanya waktu kereta api terakhir bergerak,” ulasnya.
Tambahnya, KTMB turut mengadakan pameran fotografi dan menyediakan cenderahati yang akan dijual kepada pengunjung pada hari ini.
“Gambar-gambar yang dipamerkan menunjukkan stesen KTMB Tanjong Pagar  sebagai kenangan. Cenderahati pula akan dijual sendiri oleh kakitangan KTMB dan ahli Kelab Peminat Keretapi,” katanya.
Jarak laluan dari Stesen Woodlands ke Stesen Bukit Timah adalah sejauh 14km manakala laluan dari Stesen Bukit Timah ke Stesen Tanjong Pagar adalah 10.25km.
Stesen Tanjong Pagar memulakan operasi pada 1932.


ps:" aku bru je ari tu menjejak sigapore, tpi xde la benti kt tnjung pagar ni, hehehe..tpi tmpt ni mmg top rmi visitor yg dtg dari Malaysia benti kt cni "

Wednesday, June 29, 2011

iPHONE LONG EXPOSURE/APERTURE
















"terhasil dari cahaya yg ada pada iphone, renung2 kn..."


Tuesday, June 28, 2011

NIRVANA "nevermind" rilisan sempena 20th

Sapa bdk grunge, gurengge..klo xknl album ni jgn mengaku! bersempena dgn ulg tahun ke-20 album yg diriliskan pada tahun 1991's bakal dirilis semula & bagi menyambutnya universal record dgn bangganya memberitahu album tersebut akan mengadungi 4 keping cd, 1 DVD konsert live mereka di bbc beserta lagu2 mereka yg tidak pernah kita dengari rarerities la katakan..dikatakan juga kemungkinan album ini akan menggunakan adunan(mixed) sound yg asal oleh penerbit Butch Vig ketika itu.


Carilah album ini pada 24 september, jika anda tergolong dlm fans yg "tegar"..dan klo nak tahu album inilah yg menaikkan lagi panji2 irama grunge ketika itu dgn rekod penjulan 30 juta unit sehigga kini di seluruh dunia . Dave growl yg kini 'frontman' band Foo fighter mengatakan "peminat perlu menjangkakan sesuatu yg istimewa pada album ini dan hanya mengatakan nantikannya.." perlu diketahui semua lagu dlm album ini dikarang oleh Cobain sendiri kecuali pada trek yg pertama 'smell like teen spirit' oleh mereka bertiga..sekian



"bandingkan dgn harga kami, TM spe tu ?"

Monday, June 27, 2011

BAHTERA NABI NUH DI ERA MODEN

Sesuatu yg luar biasa bila seorg warga belanda kini sedang giat dlm rangka pembinaan kapal seakan bahtera nabi Nuh mengikuti spesifikasi sebenar bersamaan dgn panjang dan lebar empat buah padang bola mengikut ukuran yg ada pada kitab yg berkaitan bahtera tersebut. Pembangunan giat dijalankannya sejak tiga tahun lepas lagi, selepas dia Johan Huibers bermimpi Belanda akan dilanda banjir besar suatu ketika nanti. Kapal tersebut juga akan secara rasminya belayar tahun hadapan ketika acara olimpik di london bermula bersama replika pelbgai haiwan plastik yg di bawak nabi nuh ketika banjir besar melanda bumi hampir lima bulan sehinggkan puncak gunung-ganang yg tinggi dapat dilihat betapa dashatnya..


"cukup gagah"


"video yg memperlihatkan keadaan kapal tersebut" 

Thursday, June 23, 2011

LOUDNESS live in kuala lumpur


semua informasi jelas pada flyer so dont miss it, this is for the very first time THUNDERS IN THE EAST performing here colect your RM start from now so you can buy a ticket or any additional merchandise there such official t-shirt or something else, if  i get more extra cash i'll support this event..see you there

genre : hard rock/heaby metal

Wednesday, June 22, 2011

SEDIKIT TIPS TAYAR KERETA, ELAK DITIPU OR MENIPU

Mula2, Periksa tayar kereta korg, perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar terdapat satu penyambung. Sekiranya penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga, maka mulalah mengumpul wang tunai kerana tayar korg perlu di tukar dlm masa beberapa bulan lagi, jgn smpi setahun dibiar gitu, & bila korg nk beli tayar ada beberapa petua bukan dari nenek moyg, perlu korg pertimbangkan.



"agak haus 2 pada luar kiri dan dlm kanan, agk2 dh sebulan dua tuka ler"

Satu saiz tyar yang sesuai dengan kereta korg. Kalo macam wira 1.3, cukuplah saiz rim 14 inci sebab klo korg degil nk gak guna saiz 15 inci, bala xla datg tapi kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedmeter tidak merekodkan bacaan yang betul tgk2 meter 170kmph tw2 kne potng ngn kancil plak 2, dan kesemua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangkahayatnya dan yang paling penting, minyak dia akan sapu lebih sedikit .

AMBIL PERHATIAN DI SINI, cuba perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor 4 angka yang dicetak tenggelam2 timbul pada permukaan tepi tayar. Ia merupakan maklumat mengenai tarikh tayar di kilangkan (minggu dan tahun) so agk2 tayar yg dh 2,3 tahun dikilangkan xpayah gatal nk bli kang pakai xsmpi setahun dh kne tuka..ati2. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama 2 tahun selepas di kilang (selepas tempoh itu getah tayar akan mati (keras) dan tidak selamat digunakan). sebagai contoh nombor yang tertera 0907 bermaksud tayar tersebut di kilang pada minggu ke 09 di tahun 2007 dan tarikh expired tayar tersebut sepatutnya minggu ke 09 tahun 2009 dan sekiranya korg diberi pekedai tersebut dgn harga yang murah murahan, periksa la dulu, dan tayar sebegini mudah melutup jika korg drive bagai xmahu lajunya dan terbabas la jwbnye.


Saiz tayar pula, crita dia cam ni cuba la korg perhatikan nombor dan huruf yang terletak timbul di permukaan tepi tayar. Sebagai contoh aku amik viva yg slalu ku bawak ke sana-sini tertera 165/50 VR 14 kelebaran tayar ialah 165 mm, ketebalan tayar (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 % dari kelebaran 165 mm, dan untuk kegunaan rim bersaiz diameter 14 inci. Huruf VR pula bermaksud, tayar tersebut sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar. Sekiranya korg degil dan memandu lebih dari kelajuan tersebut, sifat fizikal tayar korg akan berubah dan besar kemungkinan tayar tidak lagi berfungsi dengan baik.

Tentang jenis tayar pula, kebanyakkan lebih memilih tayar import terutama dari Japan, tapi klo aku xmana2 murah agak2 "branded", sebat jela... Harganya tayar jepang lebih mahal dan dikatakan lebih lembut. Sememangnya benaq, tayar seperti michelin, yokohama, falken etc. lebih lembut kerana, tayar tersebut dibuat berdasarkan iklim sederhana yang kurang panas dan apabila digunakan di Malaysia yang sememangnya panas terik, smpi rmi kwn2 aku hari2 ckp bnde sme "ari ni pns la"..tayar tersebut akan tetapi mempunyai jangka hayat yang pendek (cepat haus bunganya). Kebisingan tayar adalah bergantung kepada bunga tayar. Lebih senyap sesuatu tayar, maka lebih rapat bunga tayarnya dan tidak sesuai untuk permukaan jalan yang basah. Lebih bising tayar, lebih mencengkam dan sesuai pada permukaan yang basah.



Dan utk pengetahuan para pembace yg budiman lagi Tayar harus hukumnya di tukar kedudukannya setiap 3 bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang (untuk 4 tayar sama saiz) buatkan ia menyilang X. Lebih baik sekiranya tayar simpanan/ganti juga di masukkan ke dalam rotation tukaran tayar. Caranya, masukan tayar ganti ke kanan belakang dahulu, belakang kanan ke depan kanan, depan kanan ke belakang kiri, depan kiri ke dalam boot ganti, belakang kiri ke depan kiri. Semua rotation ini bergantung kepad jenis kereta, sistem pacuan dan sistem suspensi kereta. Jika korg perhatikan pula bunga pada tayar selepas beberapa lama ia mula menghaus. Sekiranya kadar kehabisan bunga di bahagian tepi kiri kanan tayar lebih cepat berbanding di bahagian tengah, ini bermakna tekanan tayar korg kurang dari yang sepatutnya.


Sekiranya bahagian tengah lebih cepat haus, maknanya tekanan terlalu tinggi. Sekiranya haus di bahagian luar sahaja, tayar kita terlalu mencapah ke dalam dan jika haus bahgian dalam sahaja, tayar kita terlalu mancapah ke luar (alligment tayar perlu dibetulkan). Sekiranya bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka absorber kita perlu diganti.
"absorber"


ps: "mungkin lps ni average harga tayar plak nk ku sentuh..sekian"

Tuesday, June 21, 2011

"Where the rain grows" (Helloween) performed by Forme


"semua intrumen habis disapunya dari vokal higga ke drummer, mmg hebat la klo dpt main semua instrumen asas ni..Forme nmanya, sebuah lagu cover dari Helloween tahun 1994 time 2 aku umo aku baru 4 tahun la, silakan.....

Monday, June 20, 2011

HUMOUR ISNINI,,,GIGI KU..

"arghhhh..."

"shim...eh apa ni, telebih sudah? "


"wekkk"










"hehehe..pch rhsia aku, jgn marah"

Sunday, June 19, 2011

PAK TAXI YG KUANG ASAM

ini berkisarkan pengalaman ande semasa berada di teksi zaman pak kaduk dulu kala.. memang taik idung masin n mata keranjang...

sedang ande puas berjalan ngan sowg kawan pmpuan ande di mydin klang.. hujan lebat plak x berhenti.. semakin lama menunggu, semakin sakit punggungku duk memangku kat tangga mydin nu. plus plak ngan barang yang tersangat berat, sehingga bleh memecahkan rusuk tulang belakangku.. ande xnak gtau ape barang yg ande bawak, t ande sendiri malu. kamu owg pandai2 jelah.. nak amek keta prebet sapu kena la berjalan sket, pasal tmptnye agk jauh gak.. nak pegi sane hujan sentiasa menurun dan mencemburui masa yang sedang berjalan dengan laju...

sudah 1 jam menunggu sampai otak pun le jadi gila, kitowang pun decided amek teksi je kat depan mydin tu.. kwan ku memujuk ku tuk nek coz nak balek cepat, takut kena sound ngan famili, maklum lah owang pompuan ni, mana bleh balek lambat. t x pasal2 kena pelempang maut ngan bapaknye, berdarah t.. kehendak atinye ku turutkan.

ketika ande dan kwan ku sowg ag didalam teksi,, ande pun nek garu kepala,, pepasal lah encik teksi ni bawak keta slow sangat,, ande malaz nak cakap pape. juz berteriak je dalam hati.. mungkin akibat hujan lebat kot, mata pun x nampak sangat jalan.. pham2 jelah.. pastu,, kes semakin leka dalam teksi, ande terperasan, pepasal encik ni bawak keta x lalu shortcut, macam sengaja nak amek jalan jauh.. ANDE X BLEH TAHAN, ANDE TANYA ENCIK TU... encik nape ikut jalan jauh.. penjelasannya, untuk mengelak jem.. ok lah mungkin btul lah kot biasanya lau hujan bleh mengakibatkan jem...

dah puas dia pusing 1 kota, ande pun tgk lah cermin, konon sengaja nak tgk riak muka encik tu.. sekali matanye pandang ke kawan ande ni ha,, mungkin dia syok la kot kat kawan ande ni.. maklum la rupa paras menawan. mungkin encik ni nak mengusik je kot... encik ni xdalah wat riak muka sangap, normal je, juz pandang2. ande bagilah peluang kat dia. ande malaz nak amek port



sudah sampai diumah,,ande n kawan ande ni bawak kuar barang n bertanyakan harga pada encik nu. BERAPA HARGANYA ENCIK??? ENCIK TU PUN BERKATA SEMUANYA 8 RINGGIT...

"jeng..jeng..jeng, suprise!"

ande punya terkejut sampai x sedar duit syiling terjatuh kat atas jalan tar.. aduyai.. dalam otak pun memikir lah, nak je cekik encik tua ni, pandang membe ande 1 hal, plus dia punya cas pun cekik darah.. hujan plak berhenti waktu 2, x sgka plak hujan berhenti. kalau ande tunggu lagi sekejap. dah bleh kita nek keta prebet.. bayar pun seringgit je sampai umah...

kena tipu agaknye...


Friday, June 17, 2011

Makna apabila sakit mendatang


  • Menghapus dosa
    Ini adalah keutamaan yang besar daripada Allah s.w.t kerana dengan sakit yang dideritai seorang Muslim, dosa yang pernah dilakukannya terhapus kerana penderitaannya dalam menghadapi penyakit menjadi kifarah (penebus) dosanya.

    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada seorang mukmin yang rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakit atau kesedihan (kesusahan) sampai duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya” (Hadis riwayat Bukhari).


  • Tetap mendapatkan pahala daripada amal kebaikan yang biasa dilakukannya ketika sihat

    Ini kerana orang yang sakit tidak dapat menjalankan amal kebaikan itu bukan kerana dia tidak mahu tetapi dalam keadaan sakit.

    Umpamanya jika kita selalu ke masjid untuk solat berjemaah, kita mendapat pahala yang besar, setiap langkah kita ke masjid diangkat sebagai darjat dan dihapuskan satu kesalahannya.

    Malah malaikat pasti berselawat kepada kita. Tetapi, ketika kita sakit, kita tidak mampu untuk ke masjid, Allah tetap bagi pahala kepada kita sama seperti kita solat di masjid.

    Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila salah seorang hamba sakit atau berpergian (safar), maka Allah mencatat pahalanya seperti pahala amal yang dikerjakannya ketika dia tidak berpergian atau sihat.” (Hadis riwayat Bukhari).

    Di dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang menguatkan lagi hadis di atas: “Apabila seorang hamba sakit sedang dia biasa melakukan suatu kebaikan, maka Allah berfirman kepada malaikat: “Catatlah bagi hamba-Ku pahala seperti yang biasa ia lakukan ketika sihat.” (Hadis riwayat Abu Hanifah).


  • Memperoleh pahala kebaikan

    Segala sesuatu yang terjadi pada manusia pasti ada hikmahnya. Seorang Muslim yang sabar dalam menghadapi sakit maka baginya pahala kebaikan.

    Rasulullah bersabda: “Tiada seorang Muslim tertusuk duri atau yang lebih daripada itu, kecuali Allah mencatat baginya kebaikan dan menghapus darinya dosa.” (Hadis riwayat Bukhari).

    Di dalam hadis lain yang mempunyai maksud yang sama, Rasulullah bersabda: “Barang siapa dikehendaki oleh Allah kebaikan baginya, maka dia (diuji) dengan suatu musibah. “(Hadis riwayat Bukhari).


  • Memperoleh darjat tinggi di sisi Allah s.w.t

    Hal ini kerana di dalam syurga ada darjat tertentu yang harus dicapai, apabila seorang Muslim tidak mampu mencapainya dengan suatu amal, maka dia pasti dapat memperoleh darjat itu dengan musibah atau penyakit yang dideritai.

    Umpamanya mati syahid yang adalah mati yang sangat mulia. Tetapi, jika dia tidak pergi berperang, dia pasti mendapat darjat mati syahid sekiranya dia meninggal kerana penyakit yang dihidapinya.

    Rasulullah bersabda: “Wabah adalah syahadah (mati syahid) bagi setiap Muslim.” (Hadis riwayat Bukhari).

    Di dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Seorang hamba memiliki suatu darjat di syurga. Ketika dia tidak dapat mencapainya dengan amal-amal kebaikannya, maka Allah menguji dan mencubanya agar dia dapat mencapai darjat itu.” (Hadis riwayat Thabrani).


  • Memperoleh ganjaran syurga

    jika seorang Muslim menghadapi penyakit dengan penuh kesabaran. Contohnya penyakit yang sangat menyulitkan penderitaannya dalam kehidupan ini seperti buta matanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila Aku menguji hamba-Ku dengan membutakan kedua matanya dan dia bersabar, maka Aku ganti kedua matanya itu dengan syurga.” (Hadis riwayat Ahmad).

    Namun demikian, jika sakit itu tidak menyenangkan, sakit adalah ujian yang dapat memberikan keutamaan dan manfaat yang besar, baik bagi si penderita mahupun keluarganya.

    Lantaran itu, penyakit harus dihadapi dengan sikap, pemikiran dan perilaku yang positif.

    Umpamanya ketika sakit, kita berfikiran positif dan cakap pada diri sendiri bahawa kita sihat, kuat dan sabar. Insya-Allah, kita pasti cepat sembuh.

  • Ustaz mohd zawawi yusoh 2011
  • Thursday, June 16, 2011

    PATUNG, MUNGKIN JADI IGAUAN

    Bila nk publish misteri ank patung ni teringat plak filem si chucky yg menjadi filem idaman kawanku..ganas 2, tapi xpe kita lupakan yg 2 kat cni aku ada kisah benar pasal ank patung yg tergolg dlm 18 sg..silakan

    Robert The Doll

    Mari kembali ke masa lampau, patung ini merupakan milik seorang pelukis Robert Eugene Otto yg diberi pengasuhnya pada 1904 kurun ke 20th, ada yang menyatakan pengasuhnya itu tidak berpuas hati dgn kedua orang tua Eugene, dan igin menyihir mereka sehingga beliau tergamak berniat membalas dendam dan sebab itulah patung tersebut diberi kepada Eugene.


    Akan tetapi Eugene menganggap pemberiannya itu tanda syg pengasuhnya itu terhadapnya, sehingga ia memberi nama pada patung itu Robert dan memakaikan baju terhadap patung tersebut. Eugene, Robert sentiasa bersama (seperti patung beruang & Mr. Bean ). Sebulan selepas itu gangguan mula muncul di rumah keluarga Otto. Antaranya barangan sering hilang dan rosak, kedua org tua Eugene ada juga menyatakan mereka sering terdengar Eugene bercakap dgn patung tersebut dan patung turut bercakap dgnnya,


    Lebih bertambah seram apabila jiran mereka sendiri kerap melihat patung tersebut keluar masuk melalui tingkap bilik Eugene ketika mereka tiada di rumah, keluarga otto juga bersumpah mendengar patung tersebut ketawa dgn suara yg menyeramkn serta melihatnya sekilas berjalan dari bili ke bilik. Dan dimlm hari pula Eugene sering menjerit dan bila org tuanya memasuki biliknya mereka jelas mendengar perabot diketuk secara luar biasa dan Eugene menyata ini semua dilakukan Robert!! juga punya sifat aneh, iaitu sering keluar dari tingkap biliknya dan berjalan2 di tengah malam. Suatu mlm Eugene pernah diintai keluarganya ketika berjalan....tetapi menafikannya dan menyatakan "Robert si patung yang melakukannya"


    Sekarang ini Robert disimpan di Historic Custom House dan diletakkan dlm kaca tertutup rapat. Ia masih mengenakan baju sailor suit Eugene dan memeluk teddy bear. Menurut cerita lagi pengunjung yg dtg perlu bertanya kepada nya terlebih dahulu secara sopan jika igin mengkap sbrg gambr nya dan skiranya bersetuju dia menggeleng kepala nya, dan seandainya terdapat mereka yg tidak meminta izin dia akan disumpah bersama keluarganya.


    Di tahun 1974 Eugene mati(tidak dinyatkan pulak sebabnya) dan patung tersebut ditiggalkan di loteng rumah mereka sebelum kedatangan pemilik baru dan kalo nk tahu filem chucky 2 pun dpt inspirasi dari crita ni..sebuah keluarga yg punya ank perempuan 10 tahun merupakan pemilik baru robert, tidak lama kejadian yg berlaku pada eugene trut berlaku pada kanak2 tersebut seperti menjerit di waktu mlm akibat diganggu si robert yg cuba berkali2 menyerangnya, dan 30 tahun selepas itu dlm sebuah temuramah kanak2 tadi yg telah menigkat dewasa ada menyatakan patung tersebut hendak membunuhnya, sekian...

    Wednesday, June 15, 2011

    ANGRY BIRD DI CHROME


    Game yg diperkenal tahun 2009 skrg tgh berada di paras top 1, spe yg xpnh maen game, & trase gatal nk main senang je korg install la google chrome n dia akan suggest game dekat application dia xpun terus ke chrome web strore kt c2 lagi byk game n more kira plug in tambahan la..xmemerlukan ruang storan tinggi nk maen gne destop lame korg pun boleh bantai je,

    JAWATAN KOSONG


    "mungkin ada yg brmint, sila hubungi dan segala kesulitan akan dibawa ke perbincangan ;) "

    Tuesday, June 14, 2011

    5 TEKTIK NAKAL LELAKI

    DALAM MISI NAK MENGORAT GADIS MELAYU

    • Berpura2 nak kan no tlefonnya bertujuan utk mudah menghubungi nya, mgkin bg pelajar IPT alasannya mudah nk contact in case xda klas or something else, hakikatnya dh plan nak mengayat

    • Mengajak hang out bersama kononya nk jalan2 sbgi kwn pedahal sudah menyusun ayt nk dilafazkan esok

    • Tiba2 menelefon ataupun dgn misi nk bertanya khabar, sedgkan sblm ni sakit pun dia xamik tahu.."gile ke ape mamat ni ? "

    • Asyk memiscal je sbgi isyarat atau tanda awal sblum mesej masuk tanda slm perkenalan..betul X ?..kui3

    • Berpura2 mengenali gadis tersebut dgn membantai nama2 yg hangat satu ketika dulu seperti rokiyah, rogayah, n mcm2 lagi sbgi mukadimah utk berkenal2

    • Control macho bila brjumpa atau berselisih dgnnya, tapi bagi yg malu2 sgt 2 confirm2 merah mukanya

    • Kononnya nk amik sbgi adik angkat dan akhirnya slepas beberpa bulan luah demi luahan hati, nama adik tadi langsung ditukar menjadi awek..kui3



    ps: "mugkin ade yg gne taktik di ats, jgn mrh ini hanya humour utk kita semua"




    Monday, June 13, 2011

    1990 NO PRAYER FOR THE DYING, IRON MAIDEN LP/VINYL

    PERINGATAN (13 SG)

    artwork 'front cover' album nya mungkin terlalu agresif buat anak2 atau adik2 kecil justeru itu bimbingan dari org tuanya perlu

    AMARAN

    piring ini tidak mungkin terdapat di toko2 jamu berhampiran, jesteru itu segara dapatkannya

    sebarang pertanyaan just leave your comment, ok sng kan ready to let go for RM85 & the postage will be free if penindular Malaysia while sabah & sarawak add RM5..condition of this lp is in verd good so grab it for the true heavy metallers..hands up!! MAIDEN3..







    Sunday, June 12, 2011

    HEADBANGERS NIGHT SIL KHANNAZ LIVE IN ONE CAFE

    Tiada persiapan lengkap memandangkan hnya aku dn member ku saja yg bertandang kali ni berdua la kirenya, sepatutnya perjalanan bermula pukul 8 mlm memndagkan gig bermula pada pukul 9, disebabkan igin brbincag pasal bisunes bazar ramadhan terpaksa ku delay kejap, selesai settle sume bincg 2 bncg ni, dlm pkul 9.30 mlm aku gerak melaui shah alam skali amik mmbr yg bru nk kenal kekerasan metal, dlm hati aku gig msti start lmbt, itu dh biasa tapi bila teringat mlm 2 dorg perform solo without guess band takut jugak kang smpi dh abes plak,

    hakikatnya aku tiba saja kt one cafe dlm 10.30 lants aku tya bro 2 bdn cm bonze dia jge pintu, -mgkn spe yg msuk tanpa tiket lagsung disesahnye kt c2..kui3-.."bru start ke bang, katenye ye..10 lbh td" lgsung aku bli tiket kedengaran dorg tgh perform lagu "gerbang kayangn" xslp terlepas aku msk2 je dh abes..dan ternyta apa yg kujangka meleset klo start pukul 9 td comfirm2 kul 11 dorg belabuh dh..seperti biasa sil khannaz mmg agresif di pentas lagi2 frontman nya bag jaei kito..asyk headbanging je yela headbanger nite,beliau juga menyatakan "mmg rugi besar spe yg xdtg mlm ni..hehehehe"


    walaupun kehadiran agak kureng dorg tetap happening time perform..syabas..kelihatan 2 bro mgkn die hard sil khannaz banging mcm berkelahi plak spe yg tahan lme banging..hebat..hampir kesemua lagu yg terdapat pada album dan ep dorg perform mlm 2, sblum berehat selama 20 min dan megganas pada part 2 gig tersebut dlm pukul 11.30 mlm. Part 2 bermula dan dorg byk bwk lagu cover mcm dari motorhead iron fist, judas priest, megadeth ,slayer dan semestinya iron maiden. Part 1 tadi kelihatan crowd agk segan kehadapan stage mungkin melihat hanya beberapa org di situ dan part 2 mungkin crowd terasa rugi jika dtg dan hanya duduk bersenang lenang dan beberapa org crowd mara kedepan memenuhi ruang hadapan stage


    munkin dek kerana kehadiran crowd agk menyedihkan si vokalis menyatakan "ini bukan mlm gig tapi mlm jamming" disambut selorohan crowd, lantas cuba mengajak bebrapa crowd naik stage untuk bersama jadi vokalis dh mcm karok plak dan berdendang lagu "anarchy in uk" dan sebuah lagu judas priest yg ku lupa tajuknya sebelum meneruskan legasinya dgn lagu cover yg telah aku nyatakan tadi.


    Kelihatan juga kelibat mat salleh di dlm cafe yg turut layan kononnya warga france dan mugkin sebab itulah juga sil khannaz perform lagu "a tout le monde" dari megadeth, hari semakin lewat aku hanya duduk di kerusi ala2 bar hanya menanti dorg main lagu era conception baru aku nk mara kedepan..tapi dorg asyk mengcover je sebelum menutup tirai lebih kurang pukul 12.30 namun permintaan crowd yg tidak puas dan iginkan 1 lagi lagu diperform terpaksa mereka tunaikan dgn lagu cover dari death angel xsilap hsl sepakat dan lagu pilihan dari adjiz drummer mereka, si vokalis juga sempat menyatakan "death angel pun main 20 lagu je" demi peminat dorg turutkan sekian

    "official shirt gig tersebut RM25"


    ps: "xsmpt nk tgkp gmbo byk2, cmre xcas..empty"

    Saturday, June 11, 2011

    Berakhirnya kareer Ronaldo Luís Nazário de Lima

    Bermain kali terakhir buat skuad kebagsan Brazil mugkin sesuatu yg indah buat beliau walaupun hanya menghidangkan aksi hanya 15 minit masa terkahir, itu sudah mencukupi baginya yg disaksikan 30 000 penonton. Berkesudahan 1-0 dalam persahabatan terhadap Romania berpihak kepada brazil beliau juga sempat memberi komen:

    "saya mempunyai peluang 3 kali hasil hantaran menarik yg bagus jika disempurnakan dgn jaringan"
    Mengumumkan persaraanya februari lepas akibat dari maslh kecederaan dan kesihatannya, dia yg byk menghabiskan arena bola sepaknya selama 14 tahun bersama kelab handal seperti PSV Eindhoven, Barcelona, Inter Milan, Real Madrid dan AC Milan, sebelum kembali ke Brazil pada 2009.

    Dia jugalah antara pemain muda yg merangkul piala dunia dlm usia remajanya 17 tahun pada 1994 dan 2002 serta menjadi penjaring terbanyak pada jelajah piala dunia dengan 26 jaringan di germany

    Selain merangkul pemain eropah terbaik pada 1997 dan 2002 beliau juga ada merangkul pemain terbaik dunia sebnyk 3 kali 1996,97 dan 2002. Telah menghabiskan kareer bersama pasukan negara Brazil dgn jumlah 62 gol dan dgn 97 kemunculan di padang..

    "ronaldo is a one of the best n influences football players in the world, admit it!!"



    ps:" teringat time world cup 2002 dulu, mmg bez korea n japan tuan rumah"


    "yg ni bonus tw.."

    Friday, June 10, 2011

    KONSERT RAKSASA 2


    KONSERT RAKSASA 2, SWEET CHARITY & BLUES GANG
    9 JULAI 2011 (SATURDAY)
    VENUE: STADIUM MERDEKA
    TIME: 8:30 PM
    TIX: RM73 (ruang bebas)
    (genre: rock & roll )

    "blues felda blues"

    "tiket boleh didapati di cawgn rock corner & victoria music ataupun pada website secara on9 airasiaredtix.com"

    "apo nak dikato~"


    ps:"kompui duit skg na..kita p sama2 nti"

    Thursday, June 9, 2011

    pelawok terkenax..

    * jgn melulu, baco tips dlu
    * cool ok, tarik nafas..layan




    "tips nk tgk vdio ni kt mato dio, igt..fokus..igt..fokos kt mato dio..silakan"










    ps: "amacam, lawak x..jgn maroh yo..


    mini coppewrock

    hi there, nice to meet ya. for all mini copper fans club. nak amek port sal mini copper plak nih....


    as u guys know, kete yang sama besar dengan kancil ini, benornye xla besar mana lau dilihat di sudut pandangan luar. nampak kecik, comey lote untuk sigadis... namapak je gaya cam kete en.kacang nu ha. but lau kamu owg masuk ke dalam nu, impaknye sangat besar, duduk dalam, macam x ase kecik pun. malah ag selesa nak bawak kenderaan as juz mini copper.


    ape yang wa salute bab mini copper ni adalah, keta ni nampak macam bukan mewah, but de prize for diz is bette than myvi.. seriusly, itupun lau ditintet balek mah..... keta walau pun lama but masih ada lagi owg kat luar sana tercarik2 ini kereta. bukan senang mah, ini kereta antik punya. susah mau carik kat tempat biasa. lau kat k.l. nuh mungkin adalah jual kete rupe gitu.. sekali lau dibikin itu kereta mahu dekat beribu jugak.....


    nak2 carik dia punya sparepart, bukan senang. mau nak pecah otak carik sparepart dia nu.. kecuali la kalau ade port bek, dapatlah. lau nak bawak keta plak, memang cukup selesa, tempat duduk pun luas. keta kecik, but laju bukan calang-calang. mini copper mmg penuh citarasa. comey but meletup bro..


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...