Sunday, March 29, 2009

Cuaca yang tidak Menentu...??

Sejak kebelakangan ini,asyik petang menjelma dalam pukul 2:00 higgalah keesokan paginya tempat yang aku duduk dan diami kampung kuantan/bukit kuda Klang,Selangor ni sering dilimpahi dengan hujan,dan semestinya ianya dari yang maha ESA...tapi yang aku pelik kadang-kadang tu..hujan takda..angin pun tak bertiup kuat..tiba-tiba je..bom..petir sudah menyambar entah apa dah jadi kat dunia sekarang ni!!

Satu pagi sedang aku asyik menonton DVD Grave Digger 25 to live dalam pukul 2:?? pagi ntah dah lupa dah..dengan melihat aksi bersahaja Chris Boltendahl dan rakan-rakannya di stage,tiba-tiba satu dentuman berbunyi,macam bom bunyi dia..time tu aku dah memang terkejut besar..lama jugaklah aku berfikir mana datangnya bunyi bom tadi..ah sudah..hati berbisik,baik aku terus layan konsert Grave ni...

Keesokan harinya tepat pukul 10:35 malam aku bergerak menuju rumah member untuk lepak sebab aku jarang jumpa ngan member jahat aku ni..perjalanan yang agak jauh jugaklah,lebih kurang 1KM...time aku ngan member tadi,tengah duk cita pasal politik seorang member menyapa "kau ada dengar tak bunyi petir semalam ?"...lah sahlah semalam,bunyi bom yang aku dengar tu petir rupanya...

Pelik jugalah..itulah yang dapat aku simpulkan..sejak akhir-akhir ni cuaca kat tempat aku ni lain macam sikit dan mungkin juga berlaku di tempat-tempat lain...dan adakah ini faktor,akibat daripada fenomena pemanasan global..sama-sama kita fikirkannya kerana semua ini adalah hasil daripada perbuatan kita sendiri..mari kita renung-renung sikit..

sedikit gambar yang kurang/tidak menarik sempat aku ambil di hadapan kediaman ku ketika hujan nak turun...sila amatinya..ha..ha..ha..



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...