Thursday, May 5, 2011

BENAR ATAU SEBALIKNYA

Kematian osama bin laden yang kononya mati ditembak di kepalanya selepas markasnya diserang tentera amerika dan pakistan meggemparkan dunia setelah hampir sepuluh tahun pemburuannya, ramai yang mungkin samar2 diantara percaya dan tidak tentang kematian beliau, kerana sebelum ini berita kematian beliau juga pernah disiarkan beberapa tahun lepas dan lenyap begitu sahaja ceritanya dan kini di tahun 2011 sekali lagi berita kematiannya disiarkan yang disambut baik dan sorakan oleh penduduk amerika, namun begitu militan2 dari kumpulan lain tidak mempercayai akan berita tersebut dan akan bertindak balas sekiranya benar akan kematian osama yang merupakan ketua rangkaian pejuang Al-Qaeda.

Pelbagai reaksi serta selepas berita kematiannya disahkan presiden amerika sendiri, namun apa yang pasti dikhabarkan bahawa walaupun tanpa ketiadaan osama Al-Qaeda akan terus bergerak, stesen tv pakistan ada mengeluarkan kenyataan bahawa gambar yang menunjukan osama berlumuran darah adalah palsu. Beliau yang dituduh bertangungjawab ke atas serangan bangunan berkembar 11 september yang mengakibatkan 2973 orang maut, dan telah diburu sejak 1992 berikutan serangan ke atas sebuah hotel di Yemen. Ramai yang tidak mempercayai akan imej yang ditunjakkan berikutan persamaan gambar tersebut pada satu lagi gambar beliau ketika berucap, dan seakan hanya di "touch up"seperti di bawah :


"bandingkan, sama tak"

Gambar ini juga dikatakan pernah dipaparkan di internet sekitar 2009, dan jika diamati pasti ramai bersetuju gambar di atas telah di "edit" guna perisian-perisian sunting imej, terang-terang nampak, walaubagaimanapun terpulang pada individu untuk memanipulasikannya. Dikhabarkan juga mayat osama tadi telah dicampak ke laut bagi mengelak kemaraan semangat pejuang-pejuangnya untuk membuat serangan balas.

"gambar asal sebelum "diterbalikkan", senang korang tengok"

sekian......

1 comment:

kaklang said...

cube tgk btol2 nmpk sgt edit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...