Saturday, May 28, 2011

ULASAN METAL CAMP IV 2011 PART 2

Around pukul 4 makin rmi plak mat2 metal, mgkn disabkn hari ahad "public holiday" tu depa yg depa boleh turun gig tu, pintu akhirnya dibuka berpusu2 org masuk, tapi sblm masuk kene 'stamp' dulu sbgi tnde dh msuk kelihatan organizer abg jaie berlegar2 kt 'stage' lalu mencapai 'mic' untuk berikn ucapan oleh kerana kejayaan Metal camp dh memasuki tahun yg ke-4 yg disambut tepukan..




Tanpa membuang masa pmbuka tirai metal camp 4, digalas band dari Perlis gak xsilap, SCUM namanya, dikhabarkan telah bertapak lebih awal dari 'Sil khannaz' sendiri berkiblatkan 'old school trash' pengaruh mcm byk dri band trash metal eropah lewat 80-an. Tanpa membuang masa ucapan salam diberi vokalis juga gitaris langsung menghamburkan lagu2 mereka yg xdpt aku nk agak nama lagu2 tersebut dan ini juga pertama kali mereka ke pentas gig walaupun tertubuh sejak lewat 80 lagi..


para mat2 metal dh lost control mereka 'moshing' bagai xmahu berlari2 tolak menolak mmg menjadi kebiasaan dlm gig mcm ni, terserlah juga kehebatan band ni dgn riff2 yg berat tapi suara si vokalis kureng 'growl' apa yg aku xboleh lupa ketika dorg 'perform' lagu 'agent orange' cukup happy aku..smbl para mat2 'sing along' part chorus.."agent orange"..argh..dorg juga bakal kluar EP xsilap maybe hujung tahun..


band setrusnya dari bumi kenylang VOLTAN juga trash metal, pelik dibuatnya mana satu vokalisnya kt tengah tau kt tepi..pelik sbb jrg sekali si vokalis diletak kt tepi selalunya mesti "in the middle between guitar and bassist",apa2 hal oleh kerana "aircont" kt dlm dh celaka pns dibuatnya aku dgn mmbr pakat kluar jp amik angin ("mcm becuti plak amik angin la") kitorng dh rasa pns 'membara' mcm mna plak ngn band performer..huhu..sekembali masuk terlepas beberpa lagu dari VOLTAN keadaan agak 'tenteram' sedikit mungkin mat2 dh penat tadi time SCUM dorg 'mosh' bagai xmahu..sambutan agk kurg dan ajakan dari si bassist utk 'sing along' tidak dihirau 'crowd', mungkin pns juga salah satu penyebabnya..bepeluh2 aku..

VOLTAN meniggalkan 'stage' disambung pula DAMOKIS death,grind dari JB agak lama gak menanti dorg 'setting' 15min cmtu kelihatan si gitaris 'struggle' di situ, BOB si vokalis memasuki stage disambut jeritan 'crowd' gelagat bersahaja BOB membuatkn 'crowd' senang dgnya pelbagai celoteh dibuatnya di ats stage, tanpa membuang masa mereka terus menyerang one cafe dgn lagu2 hit mereka turut dimainkan lagu dari album yg akan 'release' pada tahun ini. Dh nama pun 'grindcore' durasi lagu sememangnya tidak pnjg tapi dipenuhi pukulan musik bagai xmahu, crowd seakan hilg ketenangan jiwa dan kembali 'mosh' uwahhhrghhh..

smbil DAMOKIS terus menyanyikn lagu2 mereka yg byk berunsur isu semasa, dan ada juga diantara 'crowd' yg meminta BOB untuk membuka bajunya, namun ditolak BOB secara baik..penyampaian BOB sebagai vokalis patut menjadi ikutan vokalis lain pada gig tersebut tanpa ada perasaan malu2 kucing di ats stage, dan berkomunikasi dgn 'crowd' dgn baik sekali, diselang-seli dgn senyuman dan mimik muka yg kerap dibuatnya. Si vokalis juga sempat menyentuh tentang 'aircond' yg rosak dan sempat menyatakan seakan "betulkan la aircond ni kteorg masuk bayar" disambut sorakan 'crowd' yg turut tidak berpuas hati dgn keadaan yg panas bagai xmahuuuu..

Selesai sudah DAMOKIS, kini giliran KAZANNA, dibilang NIGHTWISH MALAYSIA berasal dari shah alam, seksyen 19 ujar vokalisnya yg merupakan seorg awexx, sperti biasa sebut saja pasal awexx, suma lelaki syum2 'manje' begitulah juga keadaan ketika si vokalis melangkah ke 'stage' masing2 dgn kamera sendiri 'snap sana snap sini' dgn jeritan 'crowd' yg mugkin teruja melihatnya..suaranya ala2 Tarja cmtu begitu juga pakaiannya, namun vokalnya kureng jelas kedengaran dek kerana bunyi alatan laen meneggelamkan nya..time tu kaki aku dh meraung sebab bediri dan dh lama sgt, ditmbh bonus 'panas' n 'peluh'..xboleh tahan 000..selesai saja 2 buah lagu 'didendangkan', aku melangkah keluar..masa itu pukul 6 lebih..hujan membasahi KUALA LUMPUR, renyai2 hujannya, hajat nk habiskan melihat KAZANNA perform terpaksa kulupakan.

Penat hilg, peluh kering, aku masuk balik, jika tahun lepas Defiled turun ke Malaysia dan kali ini band satu-satunya dari negara Jepun Fastkill sedia mengganas 'drum beat' yg padu tangkas lincah memukau hadirin di one cafe, tapi sayaeng sore vokalisnya seperti xkene dgn musiknya seakan menggunakan sore dari dalam. Lihat cara pemakaian dan irama lagu dibawa dapat aku agak dorg ni old school death/trash metal..

apa yg aku lihat sepanjg si vokalis menyampai lagu2 nya beliau xhenti2 'headbanging'..hebat.."tapi kepale xsaket ka"..tidak berpuas hati dgn sekadar "headbanging" beliau membuka "metal jacketnya" dan cuba memberi kepuasan kepada 'crowd' smpi merah2 mukanya, mgkin 'crowd' agak asing dgn band ini dan suasana agak terkawal. Apa2 pun 'showmanship' yg ditunjukkan berada di paras tinggi, kalo stage besar sedikit mgkn berlari2 lah si vokalis, gig terpaksa dihentikan sementara, dlm pkul 7 lebih bagi merhormati laungan azan aku pun kluar bersama yg lain,

Pukul 8 gig diteruskan lagenda black metal dari Singapura AS-SAHAR mengambil alih stage, hujan tidak berhenti lagi naseb baik la xlebat..lepas pekene teh 0 pans kt kedai behampiran aku melangkah msuk tapi lewat ckit, dan waktu itu AS-SAHAR telah habis 'perform' lagu pertama mereka, nampaknya MALIK berambut baru baru smbl memegang bass explorer xslp aku manakala ONE sperti biasa lagu demi lagu mereka mainkan sperti dari album 'phenomistik' xsilap aku higga ke 'jaan' selang beberapa lagu ONE menyatakan bahawasanya beliau 'resign' dari AS-SAHAR dan keputusan beliau adlah muktamad ujarnya..huhu, mereka sempt juga berikn sagu hati buat peminat t-shirt & patch dibaling mereka berdua, hura-hara dibuatnya masing2 nk..

Berlalu sudah AS-SAHAR uncle Jaie muncul kt stage utk mengumumkan hadiah menanti buat pemegang nombor bertuah 688 xsilap sempena kejayaan metal camp 4, dan guitar kononya berjenama gibson les poul menanti yg manjadi milik sorg budak, namun dihentam nya pulak kt stage..so pecalah gitar, barai jadinya dan dibalingnya pula lantas terkena sorg 'crowd' habis berkicap dia kt kepala..riuh rendah one cafe..xsempat aku 'snap' gambo asyk tgk guitar gibson 2..kononya RM4000, wah..


yg dinanti muncul jua lagenda rock 80's SOFEA, diawal 'flyer' metal camp sepatutnya BLOODSHED 'perform' namun digantikan SOFEA, namun tidak menjadi msalh kerana kedua2nya punya 'aura' yg kuat untuk menarik 'crowd' hadir, Amir hadir dgn imej berambut pendek serta bertopi dan berkacamata, suaranya mmg lantang dan terang lagu2 hit seperti hati syaitan, anak liar menjadi taruhan mereka mlm itu, serta lagu2 popular lain 'crowd' juga hilang rasa sabar dan turut 'sing along' bersama dan akibatnya suara Amir teggelam akibat 'crowd' yg benar2 teruja..huhu


gitaris lagenda karl dari 'Cromok' muncul di stage sememang dinantikan 'crowd' yg sedia dari seawal masuk lagi..bersama line up yg dikenali 'friends' mereka terus menyampaikan lagu pertama mereka sebuah 'instrumental' yg memperlihatkan solo2 'kaw' dari karl diikuti masuknya si vokalis yg kelihatan muda lagi, 'crowd' hilang pertimbangan dan melaungkan nama 'sam' vokalis cromok untuk perform bersama mereka, mungkin 'crowd' berharap 'sam' muncul sbgi 'guest appearance' dan hakikatnya tiada, suara si vokalis pula mirip2 'sam' tapi sayang dia agak kurang berinteraksi bersama 'crowd' mugkn kurg biasa di ats stage 'crowd' juga kelihatan tercengang ketika mereka menyampaikan lagu2 mugkn di kalangan ramai yg hadir bukanlah 'cromers' yg sebenar. Diakhir2 'performance' mereka 'instrumental' yg menjadi idaman tidak kira mat rock, bunge, metal jnji kaki gitar iaitu "i dint to belong here & another you disadurkan 'karl' juga sempat berceloteh dgn mengatakan 'tgk baik2 kod ni, aku main 15 tahun sekali je"..kelihatan ramai 'crowd' yg membawa bersama kamera masg2 'record video' mgkn sbgi rujukan dn kenangan...sekian, PART 2



* maaf gambo nyo byk nmpk kepalo dari performers nye

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...