Friday, July 8, 2011

ELAK GEJALA BUANG BAYI

So, Hari ni jumaat penghulu hari, xslh klo korg bce ckit entry aku ni..leh kte sme2 igt megingati yo, asyk nk gelak, n hapy2 jo xleh gak..btul kn. 


ssssilakan....


KATA Imam al-Maududi : “Kalau kita nak lihat masa depan ummah lihatlah remaja masa sekarang dan kalau kita tak mahu keruntuhan ummah masa depan didiklah remaja masa kini.”




Hidup kita bukan hanya hendak berhibur, tetapi kita hidup untuk menjadi pejuang. Kita bukan mahu melahirkan perosak dan pemusnah, tetapi kita mahu lahirkan pembina serta penegak ummah. Antara mimpi ngeri yang sedang kita alami dalam realiti ialah bebanan angka buang bayi. Angka itu seperti kita sedia maklum tidak cukup tangan hendak dikira. 





Bukan satu malah bertimpa-timpa dosa mereka lakukan. Buang bayi hidup satu hal apa lagi yang mati. Jenayah dalam jenayah, dosa dalam dosa, zalim bertindan-tindan. Buang anak adalah akibat zina kerana orang yang hamil secara halal tidak akan membuang anaknya. Manakala zina itu sendiri adalah akibat perbuatan lain, iaitu pergaulan bebas.


Seterusnya, kita mesti mencari jawapan apakah punca pergaulan bebas. Mengenakan tuduhan ke atas pembuang bayi adalah langkah membendung gejala buang bayi. Tetapi langkah tegas itu masih berada dalam lingkungan merawat, bukan mencegah. Sebenarnya gejala buang bayi adalah berpunca daripada zina.


Cegah buang bayi juga bermakna mencegah zina. Maka dalam mencari penyelesaian sepatutnya isu ini menjadi bahan dan fikir bersama. Sebagai metaforanya, apakah yang akan anda lakukan jika atap rumah tiris? Mungkin langkah segera ialah sediakan bekas untukmenadah air hujan yang menitis.


Tetapi untuk jangka panjang, anda perlu baiki atap rumah itu, kerana di situ letaknya punca kejadian. Kebiasaannya, atap yang ditampal juga tidak tahan lama. Tukar atap baru, barulah selesai masalah. Pihak berkuasa mesti bertindak segera, laksanakan undang-undang pencegahan yang menyeluruh dan sampai ke akar umbinya.


Dalam Islam memang terbukti tanpa sebarang keraguan keberkesanannya iaitu menguatkuasa undang-undang hudud dan qisas. Bermula dengan penerangan dan perancangan yang berterusan melalui pendidikan. 

Masing-masing perlu bertanggungjawab, pihak sekolah perlu mendidik dan bukan hanya mencerdik, media dan penyiaran perlu menghidangkan program yang membina rohani secara kontemporari.


Remaja pula perlu menjauhi sebarang bentuk pergaulan bebas dan jangan sesekali menghampiri zina kerana nanti kita dekat dengan gejala membuang bayi. Paling kita takuti ialah kemungkinan remaja membuang dan membunuh bayi itu adalah mereka dulu juga anak hasil hubungan luar nikah ibu atau ayahnya yang berzina.


Kini mereka sudah membesar dan bertindak lebih ganas lagi. Manakala ibu ayah pula perlu tegas dengan anak sedari kecil lagi. Bertegas bukan bererti berkasar, tetapi bertegas dalam soal prinsip iaitu solat, aurat, pergaulan bebas. Jangan beri ruang anak kita memandang kecil suruhan Allah, ingatkan soal akhirat, azab kubur, syurga neraka. Didiklah anak bukan sekadar ‘ternak’ mereka dengan makanan yang enak sahaja.


Berhabislah sedikit wang demi mengenali Allah. Hantar anak ke program motivasi yang menerapkan nilai Islam selain dapat membina kekuatan diri. Ibu bapa perlu menjadi model kepada anak mereka. Jangan jadi seperti ketam yang menyuruh anaknya jalan betul sedangkan ia bengkang dan bengkok.


Zina perbuatan yang sangat buruk dan pelakunya diancam dosa besar oleh Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: “Janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (Surah Al-Israa ayat 32). Hal itu disebabkan terlalu banyaknya kesan yang ditimbulkan masalah zina. Ia termasuk kesan psikologi, sosial ataupun moral.



Tazkirah Remaja:
Mohd Zawawi Yusuf


sama2 kita hayati isinya ye..enjoy2 juga, biar berbatas yo...























Thursday, July 7, 2011

TELEVISION SOFTWARE

Sepatutnya mlm ni aku post video pocong yg kwn aku tgkp sendiri, eh silap bkn tgkp rakam sendiri dekat area2 sklh mnegah kteorg sekitar 2006, skrg ni tgh "in progress" nk dpt lesen dari dia nk publish & rsenya kt youtube pun die xupload lagi..so watch out..sebagi penggnati, saje aku upload nk bg korg, maybe buat student2 ipt yg borg asyk mengadap lptp, buku, muke mmbr korg je yg xbrubah2 & naik borg..xdpt nk tgk tv, so ini penangan nya worldwide tv so skrg bleh la korg tgk rancgn tv yg disukai..tpi yg psti astro xde ya, satu lagi gunakan dgn berhemah ya..klo rse diri 2 'still' adik2 minta izin ibu dlu hahaha...

tips nk download clik kt "regular" yo..

Wednesday, July 6, 2011

marvel speaking

in diz night show. nak cite sket la pasal marvel series ni.... kowang semua perasan x, dgn x semena mena, sekarang plak mcam2 cite marvel dibikin dipawagam,, dulunya,, gerenti la cite melayu yang banyak bikin punya mah.. n then nak ditengok kan cite omputih ni,, ape la sangat. hero gerenti gempak punya,, x lain x bukan, antaranya adalah sylvester stallone, jelti, jackie chan, arnold scwazeneger, lagi apa lagi... bla bla bla, banyak jugak la. aku pun kuwang ingat.


banyak jugak la babak yang hot cool punya.. mcm angelina jolie dalam filem mr n mrs smith. arnold plak bikin citer terminator, jackie chan n jetli plak konfem lah sepak menyepak punya. sylvester x lain, mesti digandingkan dalam citer perang bermaut contohnye.. RAMBO 4 WOW itu citer banyak kill punya. sampai x senang duduk dibuatnye....

but setelah beberapa bulan filem yang seperti agak kurang sedikit dan bermulalah marvel series dibikin... ia starting dari citer x-men mula2 dulu... start dari situ marvel mula berkembang luas. citer yang berkaitan dgn kartun ini, akan membuat live action.. dan dipertontonkan oleh peminat series ini..


"apehal !!"

selepas je aku membaca satu artikel mengenai marvel ini, dgr khabar pengarah produksi marvel akan membuat citer dari siri kartun kepada live action. beliau berkata juga akan membuatkan hero semua nye akan diterbitkan. contohnye tajuk hero adalah.... x-men, spiderman, superman, thor, iron man, fantastic 4, ghost rider, macam2 ag lah... 


"kte hero arnold"..."ya2 kte mmg hero bro"

tapi asenye smua dah tengok pun. yang terbaru plak adalah spiderman 4 akan ditayangkan. aku x taulah samada betul atau x. but aku tebaca dalam 1 majalah ni mengatakan movie akan ditayangkan x lama lagi... well.. ini yang aku perasan lah bab marvel ni... oleh kerana aku peminat marvel. all movie aku tgk. mana boleh lepas beb... hehe. cau


Tuesday, July 5, 2011

5 TIPS LANGSING & TURUNKAN BERAT BADAN

Tajuk pun langsing, so mesti utk pmpuan klo laki nak langsing gak terpulangla..

Begini caranya..
  • Satu, banyakkan memakan sayur-sayuran seperti petai, jering, peria, tempoyak..ambil la setiap hari, jgn bimbang atau was2 itu perlu..dikhabarkan dpt membakar lemak yg keras hatinya yg xmo blah dari bdn korg..jgn ambil peduli ckp org mkn bende2 ni bwu busuk nti

  • Biasakn diri bersenam lewat2 mlm sbgi conth berjoging dari 12 tgh mlm higga 2 pagi..nk truskan smpi subuh pun lagi elok klo larat..nti msti korg perasan tbe2 je bju korg jdi labuh, so jgn bgtw aku, sbb itulah hslnya..leh gak skali solat kan..hahaha

  • Memperbanyakkan memakan makanan ringan seperi kacang grg, skrg ni dh byk produk kekacang trplg pada korg nak pilih yg mana satu, juga jgn kita lupakan biskut kering dan seangkatan dgn nya..dan dgn ini nescaya berat korg akan lose!

  • Klo pagi baik jika korg minum kafe xkisah la kopi prcampur apa jns skalipun, berlagak la mcm otai, sebab yg minum bnde2 ni mostly otai2 korg..hehehehe..bygkn!..(de kene mengene ke yg ni ? ade..ikut je..)

  • Kebiasaannya manusia mesti mndi pagi..tapi dh jdi pntg larang bukan dri nenek moyg ye, melrg korg yg ikut petua ni mndi pagi cme boleh gosok gigi je, yela kang malu plak nk ckp ngn org len sebab bwu dia pun bleh wt org sentap ooo..

selamat mencuba..

" saya dah, anda bila lagi ?"


ps: "ini just tips humor, jgn dipraktikkan ye.." 

Monday, July 4, 2011

AWEK SEKSI

"seperi biasa hari ni, ari isnin hari lemau buat mereka yg berkerja..be cool~ layan ni..humour isnin"


"seksi benor..dlm kg pun gne short je..getah ag ni...hebat!"



"ai, asal len mcm je...kacau kang"

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|


"hahahah...ya robbi, ni bkn awek!..ni uncle, patut r men laggar je pki short pant kt kg..jge2 korg tekene kang



Sunday, July 3, 2011

kenapa owang paling malaz nak bekerja hari isnin??

hehehe.... bab keje ni memang satu dugaan jugak la. hari2 keje je. sampai xda mase nak rehatkan minda... nak2 plak wat O.T. aduyai. lau asyik ot je bile agaknye kita boleh enjoy kan diri. ot mmg la ot but gerenti tension punya. bila masa plak kita nak melepak skejap. n bercuti kat hawaii?? npe bukan kt chennai(india) je ceh yang bukan2 plak aku ni.


but nasib badan la kan??? masyuk mmg la masyuk wat ot. but sampai bile. nak gak kite yang bujang ni puaskan diri sekejap kat atas duniawi ni. bukan la maksud aku nak pgi disko ke atau tempat2 yang x sepatutnye. juz amek masa tuk wat hobi je, contoh cam memancing ke, karok ke, men ps3 jonkang jongkit ke, dapat jugak lah longai kan paler hotak ni ha. maklumlah dah nama keje gerentilah nak carik periuk nasi untuk bekalan selama kita hidup atas mukabumi ni.


lau aku, paling malas aku nak bekerja ialah hari yang aku cakap tu, iaitu hari isnin. bohhhhh!!!!!! ase nak pitam pun ade lau dah start keje hari senin tu... memang ase x larat nak bangun wat keje punye. yela baru je pas kita dapat rehat 2 hari. dah start keje balek...


mcm tulah lumrah dunia, sering membuat kitaran waktu... hari ahad leh berdating skejap. tup tup dah malam. pk plak dalam paler. adushhhh,, mau kerja la plak.... baju keje x gosok ag... aisshhhh. nasib2... hari paling bez bekerja hari jumaat. hehe, pasalnye bila dah kerja hari itu.. datang kemerdekaan wat kite 2 hari selepas 2. sekejap je bro.


aduy.... gerenti malaz nak bgun punye hari senin tu. t kang lau x pegi keje, bos mencaci macam2. kata itu lah kata inilah... nak x nak terpaksa la gerak badan dan 60 peratus kelopak mata. kenapa 60 peratus??? yela walaupun dah buka mata, still ag ase ngantuk.. retii.....???


aku gerenti bukan aku je yang malaz, owang len pun sama je. semua xde semangat nak keje hari senin tu..... so, nak atau tidak,, kena la keje bro, lau x keje,, t gaji kena potong pastu kena sound plak ngan bos... pandai2 la kowang. hahaha



Saturday, July 2, 2011

terbaru dari Amon Amarth - "Destroyer of the Universe" BlankTV Premiere!


AMON AMARATH 2011

" dari kiri : Fredrik Andersson (drum), Olavi Mikkonen(guitar), Johan Hegg (vokal)Johan Söderberg(guitar), Ted Lundström(bass guitar)



merupakan video clip terbaru band raksasa 'melodic death metal' dari sweden bertajuk Destroyer of the Universe dari album terbaru dorg 'sufur rising di tahun 2011' yg sudahpun menjejak pasaran sekitar mac lepas, melalui label otai 'metal blade'. Video live ini telah dirakam pada 6/5/2011 dlm siri jelah mereka di Philadelphia, PA Theatre Of Living Arts nilaikan sendiri ...




" Kali ini kami mahu sesuatu suasana yg bertenaga dan memilih video live ini sbgi satu jalan, dan kini kami dlm misi untuk kembali ke beraksi di utara us bagi melengkapkan jelajah mereka kata Olavi mikonen si gitaris ..sekian..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...