Showing posts with label ISLAMIC. Show all posts
Showing posts with label ISLAMIC. Show all posts

Thursday, August 25, 2011

Tgl beberapa hari saja lagi, rmadhan bakal tinggalkan kita sekali lagi..sedih pulak rasenya dan igin pula nak berpuasa lagi bagai xcukup sebuln..


mgkin rmi dah bersiap2 nak dari baju, persiapan rumah higgalah duit rayenye buat depa yg dh keje kan..


Tapi jgn dilupa biasa org kita time2 kat hujung ramadhan ni la dia berhabis-habisan buat kuih semua, hias rumah, shopping smpi terlupa akan ibadah sunat ramadhan yg besar pahalanya jika kita p tunaikan..


aku ni pun terpikir bila imam masjid berdekatan rumah dlm khutbah jumaatnya baru2 ni, ada menyebut tntg hal sedemikian yg sememangnya terjadi antara kita dan aku sendiri..jadi insaf plak bila dgr dan mmg betul kita terlalu teruja..

Tapi apalah slhnya klo kita tunaikan dahulu ibadah sunat yg gnjaran besar berbanding di bulan2 lain..umum juga mengetahui malam lailatul qadar yg lebih baik dari 1000 bualan, terjadi pada satu mlm di 10 ramadhan terakhir dimana waktu inilah para muslimin dan muslimat yg bersunguh2, mengerjakan ibadat bagi , mendaptkan ganjaran, jadi skrg kemahuan terletak pada hati korg..walaupun sunat, besar pahala dan ganjarannya, renung2kan sejenak. Sama2 kita igt mengingati...

sekian.....

Friday, July 8, 2011

ELAK GEJALA BUANG BAYI

So, Hari ni jumaat penghulu hari, xslh klo korg bce ckit entry aku ni..leh kte sme2 igt megingati yo, asyk nk gelak, n hapy2 jo xleh gak..btul kn. 


ssssilakan....


KATA Imam al-Maududi : “Kalau kita nak lihat masa depan ummah lihatlah remaja masa sekarang dan kalau kita tak mahu keruntuhan ummah masa depan didiklah remaja masa kini.”




Hidup kita bukan hanya hendak berhibur, tetapi kita hidup untuk menjadi pejuang. Kita bukan mahu melahirkan perosak dan pemusnah, tetapi kita mahu lahirkan pembina serta penegak ummah. Antara mimpi ngeri yang sedang kita alami dalam realiti ialah bebanan angka buang bayi. Angka itu seperti kita sedia maklum tidak cukup tangan hendak dikira. 





Bukan satu malah bertimpa-timpa dosa mereka lakukan. Buang bayi hidup satu hal apa lagi yang mati. Jenayah dalam jenayah, dosa dalam dosa, zalim bertindan-tindan. Buang anak adalah akibat zina kerana orang yang hamil secara halal tidak akan membuang anaknya. Manakala zina itu sendiri adalah akibat perbuatan lain, iaitu pergaulan bebas.


Seterusnya, kita mesti mencari jawapan apakah punca pergaulan bebas. Mengenakan tuduhan ke atas pembuang bayi adalah langkah membendung gejala buang bayi. Tetapi langkah tegas itu masih berada dalam lingkungan merawat, bukan mencegah. Sebenarnya gejala buang bayi adalah berpunca daripada zina.


Cegah buang bayi juga bermakna mencegah zina. Maka dalam mencari penyelesaian sepatutnya isu ini menjadi bahan dan fikir bersama. Sebagai metaforanya, apakah yang akan anda lakukan jika atap rumah tiris? Mungkin langkah segera ialah sediakan bekas untukmenadah air hujan yang menitis.


Tetapi untuk jangka panjang, anda perlu baiki atap rumah itu, kerana di situ letaknya punca kejadian. Kebiasaannya, atap yang ditampal juga tidak tahan lama. Tukar atap baru, barulah selesai masalah. Pihak berkuasa mesti bertindak segera, laksanakan undang-undang pencegahan yang menyeluruh dan sampai ke akar umbinya.


Dalam Islam memang terbukti tanpa sebarang keraguan keberkesanannya iaitu menguatkuasa undang-undang hudud dan qisas. Bermula dengan penerangan dan perancangan yang berterusan melalui pendidikan. 

Masing-masing perlu bertanggungjawab, pihak sekolah perlu mendidik dan bukan hanya mencerdik, media dan penyiaran perlu menghidangkan program yang membina rohani secara kontemporari.


Remaja pula perlu menjauhi sebarang bentuk pergaulan bebas dan jangan sesekali menghampiri zina kerana nanti kita dekat dengan gejala membuang bayi. Paling kita takuti ialah kemungkinan remaja membuang dan membunuh bayi itu adalah mereka dulu juga anak hasil hubungan luar nikah ibu atau ayahnya yang berzina.


Kini mereka sudah membesar dan bertindak lebih ganas lagi. Manakala ibu ayah pula perlu tegas dengan anak sedari kecil lagi. Bertegas bukan bererti berkasar, tetapi bertegas dalam soal prinsip iaitu solat, aurat, pergaulan bebas. Jangan beri ruang anak kita memandang kecil suruhan Allah, ingatkan soal akhirat, azab kubur, syurga neraka. Didiklah anak bukan sekadar ‘ternak’ mereka dengan makanan yang enak sahaja.


Berhabislah sedikit wang demi mengenali Allah. Hantar anak ke program motivasi yang menerapkan nilai Islam selain dapat membina kekuatan diri. Ibu bapa perlu menjadi model kepada anak mereka. Jangan jadi seperti ketam yang menyuruh anaknya jalan betul sedangkan ia bengkang dan bengkok.


Zina perbuatan yang sangat buruk dan pelakunya diancam dosa besar oleh Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: “Janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (Surah Al-Israa ayat 32). Hal itu disebabkan terlalu banyaknya kesan yang ditimbulkan masalah zina. Ia termasuk kesan psikologi, sosial ataupun moral.



Tazkirah Remaja:
Mohd Zawawi Yusuf


sama2 kita hayati isinya ye..enjoy2 juga, biar berbatas yo...























Friday, June 17, 2011

Makna apabila sakit mendatang


  • Menghapus dosa
    Ini adalah keutamaan yang besar daripada Allah s.w.t kerana dengan sakit yang dideritai seorang Muslim, dosa yang pernah dilakukannya terhapus kerana penderitaannya dalam menghadapi penyakit menjadi kifarah (penebus) dosanya.

    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada seorang mukmin yang rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakit atau kesedihan (kesusahan) sampai duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya” (Hadis riwayat Bukhari).


  • Tetap mendapatkan pahala daripada amal kebaikan yang biasa dilakukannya ketika sihat

    Ini kerana orang yang sakit tidak dapat menjalankan amal kebaikan itu bukan kerana dia tidak mahu tetapi dalam keadaan sakit.

    Umpamanya jika kita selalu ke masjid untuk solat berjemaah, kita mendapat pahala yang besar, setiap langkah kita ke masjid diangkat sebagai darjat dan dihapuskan satu kesalahannya.

    Malah malaikat pasti berselawat kepada kita. Tetapi, ketika kita sakit, kita tidak mampu untuk ke masjid, Allah tetap bagi pahala kepada kita sama seperti kita solat di masjid.

    Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila salah seorang hamba sakit atau berpergian (safar), maka Allah mencatat pahalanya seperti pahala amal yang dikerjakannya ketika dia tidak berpergian atau sihat.” (Hadis riwayat Bukhari).

    Di dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang menguatkan lagi hadis di atas: “Apabila seorang hamba sakit sedang dia biasa melakukan suatu kebaikan, maka Allah berfirman kepada malaikat: “Catatlah bagi hamba-Ku pahala seperti yang biasa ia lakukan ketika sihat.” (Hadis riwayat Abu Hanifah).


  • Memperoleh pahala kebaikan

    Segala sesuatu yang terjadi pada manusia pasti ada hikmahnya. Seorang Muslim yang sabar dalam menghadapi sakit maka baginya pahala kebaikan.

    Rasulullah bersabda: “Tiada seorang Muslim tertusuk duri atau yang lebih daripada itu, kecuali Allah mencatat baginya kebaikan dan menghapus darinya dosa.” (Hadis riwayat Bukhari).

    Di dalam hadis lain yang mempunyai maksud yang sama, Rasulullah bersabda: “Barang siapa dikehendaki oleh Allah kebaikan baginya, maka dia (diuji) dengan suatu musibah. “(Hadis riwayat Bukhari).


  • Memperoleh darjat tinggi di sisi Allah s.w.t

    Hal ini kerana di dalam syurga ada darjat tertentu yang harus dicapai, apabila seorang Muslim tidak mampu mencapainya dengan suatu amal, maka dia pasti dapat memperoleh darjat itu dengan musibah atau penyakit yang dideritai.

    Umpamanya mati syahid yang adalah mati yang sangat mulia. Tetapi, jika dia tidak pergi berperang, dia pasti mendapat darjat mati syahid sekiranya dia meninggal kerana penyakit yang dihidapinya.

    Rasulullah bersabda: “Wabah adalah syahadah (mati syahid) bagi setiap Muslim.” (Hadis riwayat Bukhari).

    Di dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Seorang hamba memiliki suatu darjat di syurga. Ketika dia tidak dapat mencapainya dengan amal-amal kebaikannya, maka Allah menguji dan mencubanya agar dia dapat mencapai darjat itu.” (Hadis riwayat Thabrani).


  • Memperoleh ganjaran syurga

    jika seorang Muslim menghadapi penyakit dengan penuh kesabaran. Contohnya penyakit yang sangat menyulitkan penderitaannya dalam kehidupan ini seperti buta matanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila Aku menguji hamba-Ku dengan membutakan kedua matanya dan dia bersabar, maka Aku ganti kedua matanya itu dengan syurga.” (Hadis riwayat Ahmad).

    Namun demikian, jika sakit itu tidak menyenangkan, sakit adalah ujian yang dapat memberikan keutamaan dan manfaat yang besar, baik bagi si penderita mahupun keluarganya.

    Lantaran itu, penyakit harus dihadapi dengan sikap, pemikiran dan perilaku yang positif.

    Umpamanya ketika sakit, kita berfikiran positif dan cakap pada diri sendiri bahawa kita sihat, kuat dan sabar. Insya-Allah, kita pasti cepat sembuh.

  • Ustaz mohd zawawi yusoh 2011
  • Saturday, August 15, 2009

    PERGINYA USTAZ MOHD ASRI

    USTAZ MOHD ASRI

    Penyanyi kumpulan nasyid terkenal tanahair,yang juga merupakan vokalis utama kumpulan tersebut MOHD ASRI IBRAHIM atau lebih dikenali sebagai ustaz Asri meniggal dunia 2 hari yang lepas bersamaan 13 ogos 2009 akibat sakit jantung,selepas Allahyarham dikatakan rebah pada 10:30 pagi ketika raptai pelancaran program Syahadah di RTM sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Bangsar.

    Sememangnya ramai diantara kita mengenali beliau dan kerap melihatnya di kaca televisyen,pemergiannya sememangnya diarasai,oleh itu bersama-samalah kita sedekahkan Al-fatihah buat Allahyarham dan semoga rohnya dicucuri rahmat Amin...
    PERGI TAK KEMBALI

    Sunday, April 5, 2009

    APRIL FOOL'S DAY ?


    Siapa yang MENIPU?

    Siapa yang TERTIPU?


    Perbezaan Pendapat Tentang Sejarah Kejadian Perayaan Ini:

    Sebahagian mengatakan bahawa inovasi ini muncul di Perancis pada tahun 1563,setelah kalender baru diperkenalkan,terdapat seseorang yang telah menolak penerimaan kalender ini telah menjadi mangsa kepada beberapa orang yang telah memalukan dan memepermainkan beliau sehingga beliau dijadikan bahan gelak oleh orang ramai...

    Sebahagiannya pula berkata bahawa inovasi ini berasal dari zaman purba kala,dimana terdapat satu perayaan penyembahan berhala yang berkait dengan bulan ini,maka perayaan ini merupakan sisa dari perayaan penyembah berhala.

    Asal usul sambutan ini:

    Ramai di antara kita yang menyambut hari ini,tetapi berapa ramaikah kita yang mengetahui rahsia di sebalik hari ini...

    Sewaktu kaum Muslimin menguasai Sepanyol kira-kira 1000 tahun yang lalu,negara Sepanyol yang terdiri dari muslimin merupakan satu pasukan yang tidak mampu dikalahkan.Orang kafir sewaktu itu menaruh harapan besar agar dapat melenyapkan islam dari muka bumi sehiggakan mereka sanggup melakukan apa sahaja.

    Setelah itu,orang-orang kafir telah menghantar perisik untuk belajar dan cuba mencari rahsia di sebalik kekuatan kaum muslimin.Mereka telah mendapati bahawa berpegang teguh pada ALLAH dan bertaqwa merupakan faktornya.

    Apabila kaum kafir mengetahu rahsia tersebut,mereka mula memikirkan tentang strategi untuk mengalahkan umat islam,untuk tujuan ini mereka telah menghantar arak dan rokok secara percuma ke Sepanyol.

    Taktik ini semakin menjadi-jadi,iman di kalangan kaum muslimin semakin lemah terutama sekali di kalangan pemuda-pemudi islam di Seopanyol.Natijahnya kaum kafir telah mengalahkan kaum muslimin yang telah memerintah Sepanyol lebih dari 800 tahun ..kaum muslimin cuba bertahan di Grenada,tetapi telah ditumpaskan pada 1 April..

    dan dengan itu mereka (orang-orang kafir) telah menggelarkan TIPU DAYA APRIL (trick of April).

    Sejak dari itu,mereka menyambut hari ini dan menggangap kaum muslimin sebagai orang bodoh...

    Mungkin ramai dikalangan muslimin di hari ini tidak mengetahui makna di sebalik hari APRIL FOOL ini,namun begitu dengan sedikit pengetahuan yang aku berikan mungkin dapat meyedarkan kita tentang hari ini..

    (semua petikan di atas aku petik dari risalah yang aku perolehi dari masjid berdekatan rumah aku,dan begitu juga gambaran di mekkah di atas aku mengambilnya dari web orang)

    sekian..
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...