Showing posts with label TEMPATAN. Show all posts
Showing posts with label TEMPATAN. Show all posts

Thursday, June 30, 2011

Selamat Tinggal stesen Tanjung Pagar Singapura

Tepat pukul 11 malam ini, kereta api Senandung Sutera — perkhidmatan terakhir dari stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar, Singapura akan melabuh tirai perjalanan yang bermula 79 tahun yang lalu...Pengurus kanan korporat KTMB, Mohd Fazil Ismail berkata, kira-kira 100 penumpang akan mengikuti perkhidmatan terakhir ini dengan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menyertai perjalanan terakhir malam ini dan akan dipandu sendiri olehnya.
Fazil berkata KTMB terpaksa menghadkan penumpang yang menaiki kereta api terakhir khas tersebut kerana tidak mahu berlaku sebarang masalah teknikal dan operasi.


Justeru, Fazil berkata, orang ramai turut dipelawa memberi lambaian terakhir kepada penumpang-penumpang perkhidmatan kereta api terakhir ini.
“Saya percaya ramai yang akan hadir melihat dan memberi lambaian sebagai tanda ‘Selamat Tinggal’ kepada kereta api di stesen Tanjong Pagar yang dihentikan operasi selama-lamanya.
“Saya turut sedih tetapi menerima dengan hati terbuka. Sudah hampir  80 tahun ia menjadi destinasi persinggahan terakhir KTMB bagi menurunkan penumpang ke Singapura,” ujarnya lanjut.
Malaysia bersetuju memindahkan stesen KTMB Tanjong Pagar ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP), berkuat kuasa mulai esok.


Keputusan itu dicapai hasil perbincangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura tahun lalu.
Selain itu, Fazil berkata, orang ramai yang menjadi penumpang kereta api terakhir akan diberikan sijil pengesahan KTMB.
“Sijil pengesahan diberikan kepada penumpang sebagai tanda penumpang yang menaiki kereta api terkahir di stesen Tanjong Pagar sebelum dihentikan operasinya.
“Namun, bukan hanya penumpang yang menaiki kereta api terakhir tetapi juga mereka yang menaiki kereta api harian dari stesen Tanjong Pagar sepanjang hari tersebut (hari ini),” kata Fazil.
Dalam pada itu, Fazil berkata, sudah hampir 99 peratus kelengkapan operasi telah dipindahkan ke WTCP.
“Tiket, kaunter perkhidmatan dan barang-barang KTMB di Tanjung Pagar semuanya telah dipindahkan ke Woodlands. Pegawai dan kakitangan KTMB yang berkhidmat di stesen tersebut juga dipindahkan berkhidmat di Stesen JB Sentral dan ditempatkan di lokasi yang mempunyai kekosongan,” katanya lagi.


"tinggal kenangan"

berkata, persiapan terakhir perjalanan kereta api berjalan seperti biasa.
“Kami akan menunggu ketibaan penumpang sehingga tibanya waktu kereta api terakhir bergerak,” ulasnya.
Tambahnya, KTMB turut mengadakan pameran fotografi dan menyediakan cenderahati yang akan dijual kepada pengunjung pada hari ini.
“Gambar-gambar yang dipamerkan menunjukkan stesen KTMB Tanjong Pagar  sebagai kenangan. Cenderahati pula akan dijual sendiri oleh kakitangan KTMB dan ahli Kelab Peminat Keretapi,” katanya.
Jarak laluan dari Stesen Woodlands ke Stesen Bukit Timah adalah sejauh 14km manakala laluan dari Stesen Bukit Timah ke Stesen Tanjong Pagar adalah 10.25km.
Stesen Tanjong Pagar memulakan operasi pada 1932.


ps:" aku bru je ari tu menjejak sigapore, tpi xde la benti kt tnjung pagar ni, hehehe..tpi tmpt ni mmg top rmi visitor yg dtg dari Malaysia benti kt cni "

Friday, May 20, 2011

NAPALM DEATH LIVE IN KUALA LUMPUR


"buat peminat muzik "grind,death" ini buat mereka"



NAPALM DEATH LIVE IN KL
27 JUNE 2011 (MONDAY)
VENUE: ONE CAFE JALAN T.A.R
TIME: 7:30 PM
TIX: RM70 (DOOR) EARLY BUY (RM50,RM60)

"kali kedua bertandang ke KL, sebelumnya di tahun 2007"

TIKET BOLEH DAPAT KT PERTAMA & CAMBELL COMPLEX JLN T.A.R

sapa2 nk bli t-shirt official dia, bajet2 la dlm RM50 sehelai

Tuesday, May 17, 2011

buang anak terlalu mendadak. OH MY GOSSHHH..

aiyak, baru jek nak meningkat dewasa, perangai pun dah macam burung unta, asyik nak mencucuk je kejenya... aduyai, abiz la anak dara masa kini, pantang di ayat jew, habis tergadai maruah diri. kemana menghilangnya penghormatan tu??? jangan disangkakan seorang puteri, rupa yang macam mat jenin, pun sanggup jadi pondan, semata mata hendak mengejar kesenangan.

"gaya, mutu, keunggulan"

kes yang seperti ini tak sama dengan orang yang dahulu, seperti yang dlihat, orang dulu cukup menjaga lemah lembut, budi pekerti, dan bla bla bla bla....... xnak cter panjang. ande nek malaz. maklum lah owang dulu lagak pakaian sopan jew, selalu kuar ngan kain sarung or baju kurung. x sama plak ngan owang skang, pompuan yang ini, yang lebih sinonim dgn nama panggilan chikaro,,, dengan bermodalkan baju yang paras atas dada, berseluar jeans sendat sana sini, kononnya hendak menampakkan diri tu seksi.

"tapi sayeang~"

WAT UP WITH DAT???? kalau nak dikira kan, yang benornye, banyak gak trend omputih skang ni, mybe diowg terjerumus dan menyebabkan diowg menjadi stylo mylo sampai x sedar, ada owg intai blakang punggungnya.... mengikut plak pandangan orang tua, lau girly kat luar sane pakai dress camtu, diowang x ase pape pun, xda pun ase besalah, yang bersalahnye sape??? kita lah yang bersalah sebab kita tgk ngan penuh nafsu. girly buat bongok je. pe da pedulik???

kalau macam ni lah trend zaman skang, mmg dijamin lah banyak yang buang anak, pasal aurat x reti nak kunci, lelaki plak bukan men gatai ag.. pham 2 jelah nafsu lelaki ni....

"beware.."

ande nak cakap semua bukan la mksd nye ande ni bek sangat, ande pun same je 1 lorong gak ngan owg kat luar sane, pantang tengok pompuan... cuma ande nak citerkan semua ni supaya ande and geng2 kat luar sane tu beringat- ingatlah sikit tentang dunia dan dunia masa depan sane... ok salam all of u

Thursday, May 13, 2010

WOLF band dah CANCEL, KUALA LUMPUR ROCK FESTIVEL in JULY not in MAY

Festivel sebegini sememang dinanti mereka lagi2 mat2 metal kat sini...memang riuh la nanti dibuat mereka...band yang nak perform pun boleh tahan dari dalam dan luar Malaysia...ini lah dia KUALA LUMPUR ROCK FESTIVEL...siapa x pergi memang boleh dianggap kurugian sedikit...bukan senang nak tengok HIRAX,WOLF main...

tapi malangnya time aku saje2 nak masuk web band WOLF ni kat news ade macam ni...dah miss satu band...ni disebabkan festivel yang dijangka mumbuka tirai 28 haribulan ni ditunda ke bulan july..so nak cakap ape lagi..harap-harap ade band pengganti WOLF untuk perform kat sini..macam STORMWARRIOR, METALIUM , EVILE UK ke...

Thursday, April 22, 2010

METAL CAMP III 2010

Mungkin semua pun dah tahu,ianya semakin dekat dan tak sabar rasenya nak tengok band2 ni perform lagi2 Metalasia dah lama dorang menyepi last aku tengok dorang men 2005 dulu time kat Sabah dorang buat 10th universery brother Muix menggalas vokal.

Metal camp kali ni aku ingat tak kurang hebatnye...ade yang mari dari japan,thai,indon & singapore..so aku pun tak pernah lagi tengok band2 ni selain Metalasia main so this is a chance..

dan antara band2 yang main pada metal camp III nanti:

untuk menjadikan hajat aku nak tengok gig ni menjadi nyata,miggu lepas aku turun tengok pc fair kat KLCC tu..so tiket pun beli skali singgah kat nebiula..RM25 beb..bebaloi..

Monday, March 15, 2010

ADAKAH PERLU ?


pagi tadi hajat joging menjadi,tepat pukul 7 aku dah bngun lepas je solat..cari kasut, direct masuk gelanggang (macam nak lawan plak..) tapi aku bukan nak cita pasal tu,tiba-tiba plak rasa nak cita pasal buruk dan padahnya pada mereka suka sangat hisap rokok..sebab aku pun smokers juga tapi tak kuat..ha..ha..

antara kesan yang bakal kena pada perokok sejati tak pun yang tegar ni dia :

kanser paru-paru

kanser ginjal

kanser laring dan kepala serta leher

kanser payudara

kandungan bermasalah

(erm..smua pasal kanser..matilah ini macam)

tapi ni sikit je,kesan di banyak lagi,aku malas nak type..mungkin korang yang merokok pun sedia tahu kat kotak rokok tu kan ade gambar2 mereka yang gelap masa depannya akibat kuat sangat merokok..antara lain kesannya mcam mamat ni...tapi kes dia ni lain ckit..



ntah macam mane di hisap sampai tangan dia jadi cam ni...Allahyarham atuk gua pun perokok tegar tapi tangan,takda cam ni dia ni (aku ingat ni pekena cerut,tak pun rokok balut.. yang tarak filter punya itu pasal tangan sudah jadi ini macam)

kesimpulan die senang je,kita try kurang-kurangkan merokok..dah kurang..kita try stop pulak..amcam boleh ?...ha..ha..

Monday, February 8, 2010

REFEREE MALAYSIA ADILI AKSI WORLD CUP !!!

Mesti korang tertanya-tanya sapa BELIAU...jadi kat sini aku nak bagitau yang dia referee bola sepak kat Malaysia ni,aku rasa sapa yang minat bola tu mesti pernah tengok dia ni perform LIVE kat TV tak pun pernah terserempak dengan beliau kat mana-mana (pasar malam ke,pasat tani ke..) aku bukan apa rasa bagga jugalah event bukan aku yang jadi referee tu..bukan senang beb nak dapat adili perlawanan yang berprestij macam ni..WORLD CUP tu...apapun TAHNIAH buat BELIAU..

mungkin ada yang teringat lupa sapa Subkhiddin ni, aku ada klepet gambar dia..untuk korang..

Monday, December 14, 2009

MALAYSIA menang la..SUKAN SEA XXV

Memang aku dah jangka mesti menang punyer, selamat tinggal LOAS..ha...ha..
rugi buat mereka yg x tengok match ni cukup manarik...TAHNIAH buah anak buah RAJAGOPAL

MALAYSIA BOLEH !!!!



3

BADARUL "??.??", "?"(2)
NORSHARUL "??.??" (1)












1

" " "??.??" (1)

Sunday, November 1, 2009

ANDRE MATOS_TIME TO BE FREE 2007

Rasanya dah lama aku tak uptade dan post ape-ape benda, dah dua bulan kot ramadhan dan raya.. bukannya aku tak nak, ntah kenapa takda idea pulak nak post pasal ape-ape benda. Bulan ramadhan ngan raya pun dah lepas, seronok gak jumpa geng sekolah dulu time raya ari tu, yalah diorang semua skrg ni ada yg kat utara, selatan...tanah air...duk study...

Takpa skrg ni aku nak tunjuk ckit album ANDRE MATOS ni former ANGRA, album sulung solo
beliau ,yg aku dapat dari seorang bro nama dia SOUL, thanks bro kaci gua arga baek punya...tujuan asal beli nak jual balik, tapi dah lama sangat menanti buyer-buyer yang tak nak beli ni..jemu la aku..lagi pun aku minat kat suara ANDRE time dia ngan ANGRA saja lah nak test market kat online..ni..

Album ni pun dah masuk 2 tahun kat pasaran, skrg ni ANDRE MATOS dah buat release album baru pulak...MENTALIZE 2009..aku pun tak tau sbnrnya..tau2 msk kat metal-archives dah ada da org tu update album dia ni, tu pun dah sebulan lebih dia release..mungkin ni sebab kurang promote kot..entahlah ni..label punya masalah..

CD & BOOKLET

ANTARA LIRIK DAN GAMBO2 DIA

CANTIK ARTWORK ORANG YG BUAT NI

Oh ya, sblm aku terlupa yg ni korea release punya under SOEUL RECORD so dia made in KOREA...la...

LIRIK & ANTARA MEREKA
YG TERLIBAT MENGHASIL ALBUM

SAYANG BOOKLET DIA
BUAT MCM VERSI KESET

KOSONG JER PATUT LETAK SEKALI
GAMBAR LINE-UP MESTI CANTIK

COVER DEPAN
AKU INGAT ORG YG X
LAYAN MATOS PUN
TERTARIK NAK BELI
BILA TENGOK COVER DIA NI

LIST LAGU DIA

Bagi aku semua killer, dan enak kat telinga aku ni..tapi lagu yg first aku dengar dan terus tangkap dari trek 1-9 pergh !!! totally melodic power metal bro...betul..yg jadi best lagi tu korea press ni dapat gak bonus trek sama mcm japan release kira beruntung jglah..

BOOKLET, CD & JEWEL CASE

Yg ni jelah aku mampu buat untuk kali, ni sapa yg kurang kenal dengan muzik aliran dan cara pembawaan ANDRE MATOS aku sarankan korang dapatkan album ni..ok..(jangan dapat kat kedai torrent sudah) Album ni telah pun aku letakkan berada dalam senarai album yg mesti disimpan dalam koleksi ku...yergh..


Saturday, September 26, 2009

BLOG GUA YANG SATU LAGI..

Buat korang yang terjenguk atau menjenguk blog aku ni, dan tercari-cari stuff metal macam LP,CD,T-SHIRT dan lain-lain lagi bolehlah melawati blog aku yang satu lagi yang meniagakan barang pada kadar yang munasabah, sekarang ni dah bertambah dah sikit-sikit stuff yang aku jual..kot-kot stuff yang korang cari ada kat blog aku ni..sapa tau..


kebanyakannya second hand dan still dalam kondisi yang baik. Sebarang pertanyaan boleh letak coment, atau call,sms je aku terus...blog ni boleh dikatakan akan sentiasa aku update dengan barangan baru atau second hand hampir setiap semiggu dua gitu..bergantung pada keadaan jika mengizinkan, aku post..kat mudah.my pun aku ada buka store ni url dia silalah..jangan segan..

Saturday, August 15, 2009

PERGINYA USTAZ MOHD ASRI

USTAZ MOHD ASRI

Penyanyi kumpulan nasyid terkenal tanahair,yang juga merupakan vokalis utama kumpulan tersebut MOHD ASRI IBRAHIM atau lebih dikenali sebagai ustaz Asri meniggal dunia 2 hari yang lepas bersamaan 13 ogos 2009 akibat sakit jantung,selepas Allahyarham dikatakan rebah pada 10:30 pagi ketika raptai pelancaran program Syahadah di RTM sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Bangsar.

Sememangnya ramai diantara kita mengenali beliau dan kerap melihatnya di kaca televisyen,pemergiannya sememangnya diarasai,oleh itu bersama-samalah kita sedekahkan Al-fatihah buat Allahyarham dan semoga rohnya dicucuri rahmat Amin...
PERGI TAK KEMBALI

Tuesday, August 11, 2009

MINATKU MULA BERPUTIK PADA MEGADETH?

2 BUAH ALBUM MEGADETH MILIKKU!!!

Lama juga rasanya aku tak post apa-apa benda,so kali ni rasanya nak kongsi cerita tentang minatku yang mula berputik pada MEGADETH.

Rasanya dah hampir setiap hari aku mesti play album "cryptic writings",kalau tak pagi mesti petang..dan untuk pengetahuan juga album ni agak lama dah terperuk dalam kotak simpanan aku ni,bersama 1 lagi album diorang yang aku ada "so far..so good..so whats?.."

Satu hari tu dalam duk belek-belek cd dalam kotak aku tu,terfikir pulak baik kasi "play" MEGADETH..First time dengar "so far..so good..so whats?.."apa yang boleh aku cakap album ni betul-betul tak masuk langsung pada pertama pendengaranku (MEGADETH PUNYA FANS JANGAN MARAH AR..) mungkin "cover artwork" album ni menarik ku untuk "play" lagi dan lagi..dan langsung aku tukar pula pada"cryptic writings" dan penerimaan telinga aku lain pula dan berkenan sangat..tu yang buat aku pasang hari-hari tu...dan "so far..so good..so whats?.." ini pula menunggu masa untuk "diexplore" muziknya dengan lebih mendalam agar turut akan menjadi "favourite" album aku..

Tapi yang menjai masalah aku sekarang ni..aku dah pun terdownload secara sengaja 4 trek dalam album "united abominaton 2007"
  1. 1.Sleepwalker
  2. 2.Washington Is Next!
  3. 3.Never Walk Alone... A Call To Arms
  4. 4.United Abominations
apa yang aku boleh cakap sememang mencengkam muziknya..solo-solo yang mendalam..buat aku lebih jatuh hati pada muzik diorang ni..aduh..begini rupanya..MEGADETH..

nampakanya terpaksalah aku beli yang "second hand" janji ory tu pun kalau dapat..bajet tengah tak cukup..dan macam mana pula dengan ENDGAME yang akan datang ni..aduh sakit la dibuatnya..SEDAP MENDENGAR,SAKIT MELABUR..

Sunday, July 26, 2009


dan dengan lafaz "bismillah" ini,maka bermulanya satu lagi penjualan barangan rasmi metal dan barangan lain-lain secara e-dagang yang diterajui sepenuhnya oleh MRFARID di laman theofficialjualanbersama
nantikan ianya menular...
sebarang pertanyaan dan pembelian barangan bolehlah meninggalkan mesej pada ruangan komen
Terima kasih...

Friday, June 26, 2009

JANGAN PANDANG TAPI RENUNG

sebahagian daripada adegan minggu ni..(selasa lepas)..dia kena rasuk tu,habis makcik tudung hitam tu dibelasahnya !!!
GAMBAR CILOK!!!

Minggu ni,dah masuk episod ke-empat drama ni main kat TV2,setiap hari selasa tepat pukul 10 malam.Apa yang aku tahu tentang drama ni,tak silap aku dia 13 buah episod dan minggu ni dah masuk episod ke-empat.

Jalan penceritaan cukup best/menarik la!! dan akan buat siapa yang tonton tertanya-tanya dan juga penuh adegan saspense!!!Berkisar tentang kehidupan di sebuah kampung yang menjadi huru-hara selepas kematian seorang bomoh/dukun yang juga bapa kepada watak utama drama ni..dimana penduduk kampung berkenaan dan seisi keluarga watak utama sering terjumpa dan diganggu hantu yang (jari-jemari dia tak henti-henti bergerak)..nak cari pengganti dia kot!!!


Susah nak cerita sebab makcik kepada watak utama ni berahsia sangat!!....
Berbaki 9 episod lagi,masih sempat lagi untuk korang menyeramkan diri!!!..he..he..
Jom p tengok!!!online pun boleh!!!!

Saturday, June 20, 2009

MAJALAH EMPAYAR MEI #6 2009

Seingat aku dah lama aku tak menatap mag ni,semenjak susah nak dapatkannya kat area Klang,dan aku menjangkan dah banyak isu terlepas,dan kali terakhir aku mendapatkanya vol 5 dimana Brain Dead menghiasi muka depan sekitar bulan 3 lepas..sekarang ni dah bulan 6,so kiranya 3 bulan jugalah aku tidak mengetahui perkembangan musik tempatan kita dan dunia!!

Bosan jugalah aku menanti,so hari tu seperti biasa,aku perlu transit 2 buah bus dari sekolah untuk sampai ke rumah,transit yang kedua perlu aku lakukan berhampiran kompleks PKNS,tak terfikir pula aku untuk mencari mag ni sekitar kompleks tu sedangkan hampir setiap hari aku melaluinya..so hari tu aku blik awal dari klas dan terasa nak pulak jalan sorang diri kat kompleks tu,dan jalan-jalan punya jalan lantas terlihat satu store majalah kat kompleks tu lalu terbayang beberapa mag rock Malaysia..

aku pun masuk cari-cari dan cari..hasilnya..jeng!!jeng!!jeng!! satu mag rock pun takda..aku pun keluar dan teringat pula sebuah kedai sebagitu rupa di penghujung kompleks..dan aku pun pergi..(ai dah macam jln-jln cari makan pulak)..ketika kat kedai aku tak perlu nak cari-cari lagi sebab mag Empayar benar-benar depan mata aku,dan tinggal sebuah sahaja..(ha..ngam ni untuk aku la ni)..RM10 pun keluar dari kocek yang sederhana kecilnya dan dihulur pada mamak tu,dan RM2 dikembalikan..ai??..harga bukan RM7 ke? (soalan yang aku aju pada mamak tu) dia nak jawap tapi jawapan dah ada pada muka depan mag Empayar-SEMENANJUNG MALAYSIA:RM8- lantas aku tersenyum bila melihat dan langsung blah dari kedai tersebut.

Lama juga cari mag Empayar ni baru jumpa,pernah juga aku try nak order dan tanya cara nak byr tapi takda sebarang respons.Keluaran VOL 6 Mei ini,dimana IMPIETY (extreme/black metal Singapura) dipilih untuk menghias muka hadapan selain ulasan konsert GRAVE live in Singapore,AS SAHAR 21 st unniversary dan banyak lagi cerita tentang band baru dan otai atau lama.
Tengok bawah!!

MUKA DEPAN


Aku ni tidaklah meminati irama muzik black metal ni,tapi selepas baca artikel tentang IMPIETY ini dan temubual yang disedia oleh xul metal storm,terasa nak beli pulak album diorang nak try dengar.Keluaran isu 6 ini juga ada menyelitkan temubual bersama AMIR SYJ/SOFEA dalam ruangan injeksi minda bersama itu,band IN TORMENT dan MODA MOODY juga turut diselongkar sejarah penubuhannya dan sebuah band RUSIA iaitu CATHARSIS turut dipilih untuk memenuhi ruangan ini.




COVER STORY

Ruangan Fenomema Rock isu ini pula menceritakan perjalan dan sejarah penubuhan dua buah kumpulan iaitu GERIMIS dan ERAT,kolum Belenggu Irama pula yang juga merupakan ruangan baru yang mengetengahkan individu2 dalam dunia rock,metal sama ada masih atau pernah bermain dalam mana2 band atau menjadi tulang belakang kepada industri "underground" dan "mainstream",dan kali ini telah memilih ABDUL AZIZ ITAR bekas editor pada pada fanzine "trash attack" dan "vortex from the east" yang juga merupakan anggota asal kumpulan NECROFIST menjadi pilihan.

Kolum tribute pula menyingkap kembali penglibatan MASROM ABDUL HAMID atau lebih dikenali sebagai Yong bersama SWEET CHARITY,yang telah pun kembali ke RAHMATULLAH pada 6 NOV tahun lalu,selepas terlibat dalam satu kemalangan iaitu dua hari sebelum menyambut Hari Raya Qurban.Ruangan DIY-ulasan fanzine kali ini pula memilih 4 buah fanzine iaitu AL-ZANNAKH (MALAYSIA),BRUTALLICA (BULGARIA),GIVE ME BACK (USA) dan SHRUKEN & MUMMIFIELD (HUNGARY).Ruangan poster isu ini pula memilih kumpulan CYNIC,NUCLEAR STRIKE dan VIXEN,namun begitu apa yang menjadi tanda tanya mengapa bukan kumpulan IMPIETY yang dijadikan sebagai "cover story" menghiasi ruangan poster,ini kerana pada keluaran isu-isu sebelum ini,seperti biasa cover story akan menghiasi ruangan poster.

POSTER

Kolum besi panas yang hangat dengan isu semasanya kali ini membawa tajuk Ada Lagi Ke Band Underground? dimana penulis meluahkan perasaannya terhadap band underground kini dan merasakan,tiada lagi band di zaman ini benar-benar berpaksi pada perkataan UNDEGROUND.Ruangan Ulasan Album pula,yang sentiasa dipenuhi dengan ulasan yang ringkas dan padat kali ini memilih sebanyak 12 buah album untuk "diriview",manakala kolum Khabar Dari Seberang membawa cerita tentang MEGA CARNIVAL SINGAPORE EXPO HALL yang berlagsung pada 20-23 NOV 2008.Ruangan Ulasan Movie pula yang menekan pada 3 aspek iaitu musikal,gambar dan bunyi sesuatu "movie" yang disediakan oleh Azlan Osman membawa kita untuk menyemai "movie" yang mempunyai kualiti gambar dan bunyi yang tiggi dan "movie" berbentuk musikal yang beliau rasakan terbaik.

Klasik Album yang mengingatkan kita kembali kepada album yang pernah meniggalkan impak yang besar suatu ketika dahulu buat peminat mahupun pemuzik baru di era sekarang,dan kali ini album MEGADETH yang bertajuk Rust In Peace dihidang buat pembaca dan diceritakan pula kehebatan album ini sehiggakan penjualannya yang memberangsangkan berbanding album-album MEGADETH yang lain,selain menjadi produk trash moden pada waktu tersebut.

Kolum Expose Minda pula membawa kita mengenali duah buah band iaitu SOUL DEVOUR (SINGAPORE) dan LEATHER CHARMS (MALAYSIA),disamping kolum Aksi Pentas membawakan ulasan gig/konsert seperti (AS SAHAR LIVE IN 21 ANNIVERSARY,GRAVE LIVE IN SINGAPORE,BIG CITY NIGHT BATTLE BEGINS 2008 LIVE IN MELAKA,SUPREME SONIC REVISITED 2008 LIVE IN SABAH.)

MUKA BELAKANG

Kutub Khanah pula seperti biasa membawakan kumpulan rock/metal dahulu yang pernah wujud di MALAYSIA ini,yang mungkin ada diantara kita yang tidak mengetahui kewujudannnya.

Terasa berbaloi juga,apabila majalah EMPAYAR menaikkan harga dari RM7 sebelum ini ke RM8,kerana perubahan yang paling ketara ialah kertas yang digunakan,lebih tebal dan berkualiti berbanding keluaran isu-isu lepas dan ini akan membuatkan sesuatu majalah itu akan lebih tahan lama dan tidak mudah dikoyak atau terkoyak oleh anak-anak kecil.

Sunday, March 29, 2009

Cuaca yang tidak Menentu...??

Sejak kebelakangan ini,asyik petang menjelma dalam pukul 2:00 higgalah keesokan paginya tempat yang aku duduk dan diami kampung kuantan/bukit kuda Klang,Selangor ni sering dilimpahi dengan hujan,dan semestinya ianya dari yang maha ESA...tapi yang aku pelik kadang-kadang tu..hujan takda..angin pun tak bertiup kuat..tiba-tiba je..bom..petir sudah menyambar entah apa dah jadi kat dunia sekarang ni!!

Satu pagi sedang aku asyik menonton DVD Grave Digger 25 to live dalam pukul 2:?? pagi ntah dah lupa dah..dengan melihat aksi bersahaja Chris Boltendahl dan rakan-rakannya di stage,tiba-tiba satu dentuman berbunyi,macam bom bunyi dia..time tu aku dah memang terkejut besar..lama jugaklah aku berfikir mana datangnya bunyi bom tadi..ah sudah..hati berbisik,baik aku terus layan konsert Grave ni...

Keesokan harinya tepat pukul 10:35 malam aku bergerak menuju rumah member untuk lepak sebab aku jarang jumpa ngan member jahat aku ni..perjalanan yang agak jauh jugaklah,lebih kurang 1KM...time aku ngan member tadi,tengah duk cita pasal politik seorang member menyapa "kau ada dengar tak bunyi petir semalam ?"...lah sahlah semalam,bunyi bom yang aku dengar tu petir rupanya...

Pelik jugalah..itulah yang dapat aku simpulkan..sejak akhir-akhir ni cuaca kat tempat aku ni lain macam sikit dan mungkin juga berlaku di tempat-tempat lain...dan adakah ini faktor,akibat daripada fenomena pemanasan global..sama-sama kita fikirkannya kerana semua ini adalah hasil daripada perbuatan kita sendiri..mari kita renung-renung sikit..

sedikit gambar yang kurang/tidak menarik sempat aku ambil di hadapan kediaman ku ketika hujan nak turun...sila amatinya..ha..ha..ha..



Saturday, January 31, 2009

POETICAL KINGDOM demo 2008


Sebenarnya aku mula mengenali POETICAL KINGDOM sewaktu diorang joint rentak juara lagi,sebuah program pencarian band anjuran RTM tak silap aku 2 tahun yang lepas.Pada masa itu mereka popular dengan lagu mereka iaitu batu belah batu bertangkup dalam kalangan peminat rentak juara itu sendiri termasuk aku.

Kelainan yang dibawa POETICAL KINGDOM pada ketika itu,dapat dilihat melalui lagu ini yang lebih ke arah muzik melodic power/heavy metal dan satu-satunya band heavy metal pada pertandingan itu.Lagu ini jugalah yang telah membawa mereka ke pusingan akhir,namun begitu telah gagal menambat hati juri-juri pada malam itu,dan hanya mendapat sagu hati sebagai habuan.

Mereka yang dibarisi oleh (Rizal-guitar/vocal..Nazri-guitar..Azhar-bass dan Burn-drum) telah meriliskan demo pertama mereka setahun kemudian,dan lagu batu belah turut dimuatkan di dalam demo ini.Lagu-lagu di dalam demo ini yang dipenuhi dengan solo both guitar yang sememangnya membuatkan anda teruja mendengarkannya,ditambah pula dengan suara vokalisnya yang trash metal.


Lagu-lagu di dalam demo ini turut menyelitkan sedikit elemen-elemen muzik kemelayuan dan irama padang pasir yang dapat kita dengarinya di beberapa buah trek,dan mungkin dengan ini mereka boleh mewujudkan sebuah band yang berlainan dari band yang sedia ada di Malaysia.Namun begitu kekecewaan tarpaksa saya luahkan apabila lagu di trek 3 hingga trek 6,soundnya agak tenggelam dari segi bunyian intrumen berbanding lagu di trek 1 & 2,dan ini mungkin berpunca dari jururakam demo ini,ataupun faktor studio yang tidak mengizinkan ketika itu.


Cover untuk demo ini juga kurang menyerlah di mata saya,dan ini mungkin berpunca dari pemilihan art untuk muka hadapannya,dan hanya mengggunakan khidmat "photocopy" sebagai sebagai cetakan.Jika kita sekali pandang akan demo ini,mungkin kita menyangkanya ia sebuah demo rilisan band yang bergenrekan black metal namu begitu,hakikatnya ianya sebuah demo yang berpaksikan pada heavy metal.

Sebanyak 6 buah lagu di dalam demo ini 2 daripadanya lagu berbahasa inggeris,antaranya batu belah batu bertangkup,si tanggang,panorama,serfdom,hell,firaun dan sebuah lagu cover daripada lagenda trash metal Malaysia CROMOK iaitu la crosse,dan bagi saya sendiri lagu "killer" di dalam demo ini seperti batu belah batu bertangkup,si tanggang,hell dan serfdom.Bagi penulisan liriknya pula ke arah pangajaran kepada kita,ketuhanan dan berkisar sedikit tentang hari-hari kehancuran bumi.Kepada mereka yang berhajat ingin memiliki demo ini atau sebaliknya,bolehlah berhubung dengan saudara Rizal di alamat e-mail:rizalask@yahoo.com ataupun myspace.com/poetical kingdom.

RATING:**1/2

Friday, January 16, 2009

MALEX (wira cosmo 2006)



Wira cosmo merupakan buah tangan terbaru dari MALEX,yg dibarisi oleh Malik gitaris,Rahmat vokal,Ajak bass,Wan keyboard dan Rafee drum yg bergenrekan muzik proggresif melodic metal.Album ini merupakan album ke-dua mereka selepas rilisan pertama meraka yg bertajuk euphoria pd tahun 2002.Sebanyak sepuluh buah lagu dihidang di dlm album antaranya mengapa,(pernah mereka bawakan secara lagsung pd anugerah planet muzik 2006),wira cosmo,juara,siksa,pentas dunia dan banyak lagi.Kehebatan album tidak perlu disangkal lg,yg dipenuhi dengan solo-solo berapi dr Malik yg juga merupakan tulang belakang band ini,ditambah pula dengan suara vokalisnya yg high pitch,mirip suara Yantzen vokalis kumpulan rock Rusty Blade.

Terdapat dua instrumental di dalam album ini iaitu delirium di trek 6 dan euphoria di trek 10 yg membuatkan anda memutarkannya lagi...lagi...dan..lagi.Jika anda ingin mendengarkan lagu yg agak speed,dengan elemen-elemen proggresif anda boleh dengarkan,mengapa,siksa dan arah,bagi mereka yg ingin pula mendengarkan irama hard rock dengan elemen proggresifnya anda blh dengarkan wira cosmo,juara dan keampunan.Seterusnya ke trek yg agak slow yg sememangnya dipenuhi dengan elemen proggresif MALEX itu sendiri dpt kt dengarkannya di trek 5 iaitu pentas dunia dan petanda di trek 8.


Album ini telah pun diriliskan pd tahun 2006 oleh Muzik Box Production,dan sekiranya anda masih tercari-cari album ini,anda bolehlah langsung berhubung dengan saudara Fadzhil di alamat e-mail:muzikbox@hotmail.com

RATING:***1/2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...