Showing posts with label ALBUM. Show all posts
Showing posts with label ALBUM. Show all posts

Friday, August 26, 2011

Tribute to Metallica ' The black album '



Perkhabaran yg enak buat telinga metal head diteraju Lmmy kilmister(Motorhead), Devildriver, Sodom, Doro, Finntroll dan Borknagar antara artis yg bakal memeriahkan rkaman bg smbutan album Metallica ke-20 tahun yg lebih dikenali sbgi 'the black album'. Bakal diriliskan sept ini bila korg pegi bli majalh Metal hammer German, 80 muka surat menanti bila korg membeli majalah ini termasuk cd tribute tersebut, artikle diblkg tabir sewaktu rekaman berlangsung dan semestinya hidangan konsert besar W.O.A (wacken open air) sebanyk 32 muka cukup utk mengenyangkan tatapan mata korg.

Tributr ekslusif ini memuatkan 11 lagu yg tidak pernah diriliskan da tambahan cover 'enter sandman' dari Lemmy dan ZEBRAHEAD sendiri yg pernah dimuatkan pada kompilasi album 1998 ECW:extreme music

* LEMMY - "Enter Sandman"
* THE NEW BLACK - "Sad But True"
* DEVILDRIVER - "Holier Than Thou"
* DARK AGE - "The Unforgiven"
* CALLEJON - "Wherever I May Roam"
* I.C.S. VORTEX - "Don't Tread On Me"
* NEAERA - "Through The Never"
* DORO - "Nothing Else Matters"
* MOTORJESUS - "Of Wolf And Man"
* FINNTROLL - "The God That Failed"
* BORKNAGAR - "My Friend Of Misery"
* SODOM - "The Struggle Within"



buat pengetahuan korg 'thr black album' ni terjual melebihi 15 juta seluruh dunia..pencapaian yg sukar bagi band yg bermain muzik keras





Friday, July 1, 2011

Anthrax - "Fight 'Em 'Til You Can't"


Trek terbaru mereka yg diedar secara on9 setelah beberapa tahun tanpa album mereka kembali bersama line asal Joe Belladonna yg terkenal suaranya yg tinngi. Album yg bakal menjejaki peminat sekitar september ini yg sepatutnya telah berada di pasaran sejak 2009 lagi. Namun akibat kemasukan dan keinginan Joe utk kembali menjadi vokalis dialu-alukan anggota lain membuatkan Dan nelson yg sepatutnya menjadi vokalis terpaksa digugurkan download di sini jika ingin mencuba Anthrax di era Joe.. 

"To all of our friends around the world:
kami tahu anda peminat yg setia , dan mengetahui suatu penantian yg lama buat anda semua terhadap lagu kami dan kerana itu kami syg anda semua. Sebagai tanda terima kasih atas penantian kemunculan kami, sebuah trek khas dibuat buat peminat semua "Fight 'em 'til You Can't" dan diberi secara muat turun percuma utk memberi anda semua 'feel' terhadap album baru yg bakal menemui anda semua september ini "workship music" setelah hmpir lapan tahun tanpa sbrg album.


Thank you for sticking with us my friends and now join us on this zombie killing thrill ride we call "Fight 'em 'til You Can't."

BANG YOUR HEADS!!!" - Scott, Charlie, Frankie, Joey & Rob


Tuesday, June 28, 2011

NIRVANA "nevermind" rilisan sempena 20th

Sapa bdk grunge, gurengge..klo xknl album ni jgn mengaku! bersempena dgn ulg tahun ke-20 album yg diriliskan pada tahun 1991's bakal dirilis semula & bagi menyambutnya universal record dgn bangganya memberitahu album tersebut akan mengadungi 4 keping cd, 1 DVD konsert live mereka di bbc beserta lagu2 mereka yg tidak pernah kita dengari rarerities la katakan..dikatakan juga kemungkinan album ini akan menggunakan adunan(mixed) sound yg asal oleh penerbit Butch Vig ketika itu.


Carilah album ini pada 24 september, jika anda tergolong dlm fans yg "tegar"..dan klo nak tahu album inilah yg menaikkan lagi panji2 irama grunge ketika itu dgn rekod penjulan 30 juta unit sehigga kini di seluruh dunia . Dave growl yg kini 'frontman' band Foo fighter mengatakan "peminat perlu menjangkakan sesuatu yg istimewa pada album ini dan hanya mengatakan nantikannya.." perlu diketahui semua lagu dlm album ini dikarang oleh Cobain sendiri kecuali pada trek yg pertama 'smell like teen spirit' oleh mereka bertiga..sekian



"bandingkan dgn harga kami, TM spe tu ?"

Wednesday, March 17, 2010

HELLOWEEN - MASTER OF THE RING 1994



selepas album PINK BUBLES GO APE & CHEMELEON yang kurang mendapat sambutan...MASTER OF THE RING tiba di tahun 1994 dengan menampilkan dua line up baru ANDI DERIS (TUKANG NYANYI) dan ULI KUSCH (TUKANG KETUK),album yang dikatakan album kembalinya semula muzik power metal HELLOWEEN..

apa yang aku boleh katakan, 11 trek (hebat belaka/boleh tahan) keseimbangan antara speed dan slow jelas terasa..dulu aku ingat lagi first time dengar album ni..tak masuk langsung..rase ntah ape2 je album ni..yelah time tu aku dengar album dia yang latest macam "time of the oath" dan "rabbit don't come easy" so tu la pasal ,2 album ni penuh dengan elemen power metal..jadi bila dengar "master" jadi tak suka..

tapi skang bila dengar dengan lebih fokus rase best plak, semua lagu pun tangkap..even elemen progresif rock tu ada lagi dalam album ni..tapi still cukup kuat untuk aku terus dengar sampai habis..









kalau nak rating pendapat aku boleh bagi ***00 kira boleh tahan lah..



Friday, January 8, 2010

Helloween - Unarmed - Best Of - 25th Anniversary Album


Di antara sedar atau tidak, album kompilasi gergasi power metal Germany pun dah rilis dah kat negara matahari timbul, seperti biasa macam aku jadi satu permasalahanlah nak beli bukan murah bro !!! aduh...mane nak CEKAU ni...nak tak nak kena beli jugak, bab aku teringin sangat nak dengar lagu-lagu dalam tu dan semestinya nak tengok video clip DR.STEIN...

RELEASE DATE dia..

Release dates of “UNARMED – Best-Of 25th Anniversary”:

December 16th, 2009 - Japan & Southeast Asia (JVC/Victor)
January 29th, 2010 - Europe (SONY/SPV)

LIST LAGU :

  • Dr. Stein
  • Future World
  • If I Could Fly
  • Where The Rain Grows
  • The Keeper´s Trilogy
  • Eagle Fly Free
  • Perfect Gentleman
  • Forever & One
  • I Want Out
  • Fallen To Pieces
  • A Tale That wasn`t Right
mesti best o...dengan elemen syphonicnya...nanti kalau gua dah grab, gua share ngan lu orang..o.k chow..



Sunday, May 3, 2009

SODOM,Obsessed by Cruelty/SINISTER,Cross the Styx/SENSELESS,Epidemic Metallity Equilibrium

3 buah album tersebut

3 buah album di atas,aku peolehinya dari seorang member yang berumur dalam 30'an.Agak tekejut juga aku bila aku tengok tape2 ni,yalah semua album era 80's dan 90's,dan boleh dikata sekarang ni susah jugalah nak dapat original press made in Malaysia.Tersusun rapi di atas rak almari beliau,begitulah keadaan tape2 ni sebelum aku mencapainya dan sememangnya aku mengetahui ni mesti tape2 metal,berdasar tengok art tulisan dia yang kemerah-merahan ibarat darah!!lalu member tadi pun buka cerita dia di era metal punya time.Dipendekkan cerita dia ni dulu memang layan metal tapi dek kerana perubahan semasa,dia pun terikut dan meniggalkan dunia muzik metal.

Berbalik pada album-album ni,condition bolehlah lagi,cuma perlu perbanyakkan play dan kasi cuci bersih.Cuma yang jadi masalah aku,player tape aku dah tak o.k dianggap rosak le..Sodom aku dah pernah dengar dulu,yang tak sabar dengar ni Sinister ngan Senseless ni pergh..tengok art cover pun dah tau muzik dia mesti cukup power.Sementara nak tunggu aku nak dengar ni (ntah bila la lah agaknya) :(
Biar aku cerita sedikit tentang album ni o.k,kita mula dengan SODOM terdahulu.

Obsessed by Cruelty

album 1st diorang lepas rilis 2 demo dan 1 ep,yang cukup kuat impaknya dan terasa lagi sampai sekarang sound dia totally teotonic trash.Sebanyak 10 buah lagu dihambur dalam album ini antaranya:

side A
1. Intro
2. Brandish the Sceptre
3. Proselytism Real
4. Equinox
8. Witchhammer

side B
1. Obsessed by Cruelty
2. Fall of Majesty Town
3. Nuctemeron
4. Pretenders to the Throne
5. Volcanic Slut


untuk album ini video clip official takda...so aku ambik versi live bersama gitaris WitchHunter..mungkin dapat mengembalikan memory kegemilangan trash metal dahulu.



SINISTER

Cross the Styx

aku pun tak tau tentang kewujudan band ni..so..nak cerita ape?aku pun tak tau..album ni merupakan album 1st mereka,senang-senang klik sini untuk lebih info album,perjalanan mereka tau yang lain-lain.Tapi apa yang pasti mereka ni still lagi aktif dalam arena muzik berat ni..

Sebayak 12 buah lagu di dalam album versi tape ini,antaranya:

side ONE
1. Carnificina Scelesta
2. Perennial Mourning
3. Sacramental Carnage
4. Doomed
5. Spiritual Immolation
6. Putrefying Remains

side TWO
1. Cross the Styx
2. Compulsory Resignation
3. Corridors to the Abyss
4. Epoch of Denial
5. Perpetual Damnation
6. Outro


SENSELESS

Epidemic Metallity Equilibrium

ha..yang ni pun sama gak langsung aku tak tau apa pasal band ni,tapi dalam cover dia ada sedikit info tentang band ni..takpa biar aku kasi cerita sedikit buat tatapan anda semua.

Band yg ditubuhkan di Sarawak,memilih muzik death metal sebagai muzik dambaan,dan sedikit elemen grind dan mempunyai "influences" band seperti dari band CARCASS,NAPALM DEATH,DEICIDE dan lain-lain lagi.Dianggotai oleh:

andy - voice/second guitar
zul - first guitar
psyful - bass/voice
pyann - drum

album ini merupakan album sulung mereka selepas rilisan 3 buah demo yang terdahulu yang bertajuk (terminal of death 90),(profanation horror 91) dan (their next demontration 92/93).Mereka juga cukup terkenal di negeri mereka Sarawak dan telah mendapat undangan persembahan yang mencurah-curah.Namun begitu semua hanya tiggal kenangan,dan aku rasa band ni pun dah takda dah kiranya tak aktif dah.

10 buah lagu sedia membangunkan anda dari tidur lantas sedar dan mengakui kehebatannya antaranya:

side ONE
1. Intro
2. Epidemic Mentallity Equilibrium
3. Fateful Intensity
4. Beyond Reality
5. Forever Nowhere

side TWO
1. Shadows from the Past
2. Morality Effected Inquestion
3. Repulsion into Repugnent
4. Independent
5. Outro


nak kasi info lebih pun dah takda da..wikipedia pun semestinya takda gak so..yang ni je aku boleh bagi..he..he..

Wednesday, March 18, 2009

Gamma Ray - Somewhere Out In Space


All that I se is the years ... somewhere out in space
And it's time for deliverance
All that I see is the fear ... somewhere out in space
And it's time for deliverance


Itulah antara bait lyric untuk track somewhere out in space dalam album mereka di tahun 1997 dan nama untuk track ini telah diambil untuk dijadikan tajuk album mereka ketika itu.Album ni baru aku milikinya beberapa hari dan merupakan "press" semula Sanctuary Record pada tahun 2007 selepas hampir 10 tahun ianya diriliskan..tidak banyak nak ku ulaskan untuk album ini..memandangkan sikap malas sering menghantui bila nak tulisnya..perahan otak mesti digunakan dalam meniliti setiap track..so,aku nak cerita serba sidikit apa yang aku tahu tentang Gamma Ray di awal penubuhan mereka.


aku mulakan ulasan aku ni pada album sulung mereka Heading for Tomorrow (1991) dengan line up yang terumbang-ambing sering bertukar ganti diawal penubuhannya,Gamma Ray dibarisi:

Ralf Scheepers - Vocals
Kai Hansen - Guitars
Uwe Wessel - Bass
Mathias Burchardt - Drums

Dirk Schlachter time tu guest je..dengan line up ini Heading For Tomorrow diriliskan,dengan album ini juga mereka merakamkan konsert yang penuh bergaya mereka di Jepun bertajuk Heading for the East,untuk melegkapkan posisi instrumen yang masih kosong,Dirk telah dilamar untuk "follow" sebagai gitaris,bagi menjayakan konsert ni.. menjadikan:

Ralf Scheepers - vocals
Kai Hansen - guitar
Dirk Schlächter - guitars
Uwe Wessel - bass
Uli Kusch - drums

posisi drum juga mengalami pertukaran,yang aku pun tak tahu sebabnya...jikalau korang mempunyai info..mari kita share sama-sama!!!


ha..yang ni nama dia Kai Hansen

Sign No More menyusul di tahun 1991,kali ni dengan line up yang sama pada konsert Heading for the East.Album ini bagi aku kurang menarik entah kemana perginya muzik power metal..namun begitu track "one with the world" track yang paling best bagi aku dengan suara Ralf yang semacam...

Tahun 1993 Insanity and Genius menjadi taruhan kali ni line up mereka terdiri dari:

Ralf Scheepers - vocals
Kai Hansen - vocals & guitars
Dirk Schlächter - vocals, guitars
Jan Rubach - bass
Thomas Nack - drums

Uwe Wessel di posisi bass mengundur diri atau sebaliknya & hilang entah ke mana,manakala Uli Kusch pula "joint" Helloween.Album ini juga merupakan album terakhir Ralf bersama Gamma Ray,setelah dia terpaksa meniggalkan Gamma Ray akibat masalah peribadi yang dihadapinya (nak tahu lagi/lebih lanjut kenapa si Ralf ni undur diri,aku ada cerita kat bawah untuk ulasan album Insanity and Ginius).


yang ni pulak..Dirk Schlachter

Setahun menyepi dengan pemergian Ralf,Kai telah mengambil keputusan untuk menjadi vokalis Gamma Ray yang baru,memandangkan Kai merasakan dialah paling layak menggantikan Ralf dan berasa antara mereka semua,suara dialah paling sedap..untuk pengetahuan tambahan,Kai juga merupakan vokalis asal Helloween,tetapi hanya bertahan untuk dua album sahaja iaitu Helloween EP (1985) Walls of Jericho (1985).Maka dengan itu Land of the Free pun diriliskan 1995 dengan line up:

Kai Hansen - Vocals, Guitar
Dirk Schlachter - Guitar
Jan Rubach - Bass
Thomas Nack - Drums

ditahun yang sama juga mereka merakamkan konsert audio live mereka dengan line up yang sama,bertajuk Alive '95 dan diriliskan setahun kemudian 1996.


Dan Zimmermann..

Kini tibalah kemunculan album Somewhere out in Space di tahun 1997,perubahan line up sekali lagi berlaku kali melibatkan posisi guitar dimana Henjo Richter direkrut masuk dan di posisi drum pula Dan Zimmermann.Dirk Schlächter beralih ke posisis bass,selepas merasakan dirinya lebih sebati kepada instrumen itu.

Disebalik cerita ni sebenarnya Jan Rubach yang dahulunya menganggotai Gamma Ray bermain di posisi bass,bercadang untuk bertukar dengan Dirk di posisi gitar,namun begitu apa yang dihajati tidak kesampaian pabila Jan mengundur diri dan aku pun tak tahu apa sebabnya..so pada mereka yang tahu mari kita share bersama..Thomas Nack di posisi drum hanya dapat bertahan untuk satu album sahaja dan kini selesa bersam Iron Savior

Kai Hansen - Vocals & Guitar
Henjo Richter - Guitar, Keyboards
Dirk Schlächter - Bass
Dan Zimmermann - Drums


Henjo Richer..

dengan line up ini mereka kekal higga sekarang.Rilisan untuk album ini mengandungi dua versi yang berbeza iaitu versi 14 dan 15 track termasuk Return to Fantasy (Uriah Heep cover) dalam versi "limited edition",dan album yang aku perolehi ini hanya mengandungi 14 buah lagu:


1.Beyond the Black Hole 06:00
2.Men, Martians and Machines 03:52
3.No Stranger (Another Day in Life) 03:36
4.Somewhere Out in Space 05:27
5.The Guardians of Mankind 05:02
6.The Landing 01:17
7.Valley of the Kings 03:51
8.Pray 04:45
9.The Winged Horse 07:02
10.Cosmic Chaos 00:49
11.Lost in the Future 03:40
12.Watcher in the Sky 05:19
13.Rising Star 00:52
14.Shine On 06:52

track sperti Beyond the Black Hole,Somewhere Out in Space,The Guardians of Mankind,Valley of the Kings,Watcher in the Sky dan Shine On sememangnya "pembunuh",enak untuk didengari dan bukannya "dimakan".

track 12 Watcher in the Sky juga turut terkandung di dalam album Iron Savior yang berjudul Iron Savior 1997,hasil ciptaan Kai dan Piet Sielck dan Kai juga merupakan anggota asal Iron Savior.

(o.k dah abis dah tak banyak gak,so kalau korang ada info tentang band ni mari kita share bersama)

Wednesday, March 4, 2009

Iron Maiden - Somewhere Back in Time - The Best of: 1980-1989


Sebut sahaja Iron Maiden,aku rasa semua mat-mat metal kat dunia tahu siapa mereka ni..tak kisahlah mat trash ke,mat black mesti diorang tahu pasal IM ni..

Zaman kegemilangan IM mungkin tidak berakhir di dekad ini,memandangkan mereka ini masih lagi berkebolehan untuk berkarya dan cuba mencurah segala daya dan tenaga mereka hanya demi para peminat yang semakin hari semakin bertambah.

Aku merupakan salah seorang generasi kini yang meminati muzik IM,dalam menunjukkan minatku terhadap muzik mereka aku cuba mencari seberapa banyak info tentang mereka ini dari segi album,line up mereka yang dahulunya siling berganti higgalah kepada keperibadian mereka dan tidak lupa juga,sebagai seorang peminat setia aku tidak terlepas dari mendapatkan "stuff" mereka.

Jurang yang berbeza antara tahun kelahiranku dengan era kegemilangan mereka memanglah jauh,namun begitu ianya tidak dapat menghalang aku daripada turut sama jadi "follower" mereka yang menjadi peminat IM sejak dahulu lagi,mahupun sekarang dan menjadi peminat mereka di zaman kini.

Walaupun aku tidak sempat melihat era kegemilangan mereka pada ketika itu,dan gelagat para peminat sewaktu kemunculan IM,namun melalui info-info yang aku perolehi dari media cetak mahupun internet serba sedikit aku dapat merasai dan cuba mengimbau melalui imaginasi,bagaimanakah keadaan ketika itu impaknya terhadap peminat dari segi pakaian mereka mahupun kehidupannya.

Zaman telah berlalu dan mungkin ada para peminat IM di era 80's dahulu ada yang telah berkahwin,mempunyai anak,cucu,cicit dan seterusnya kembali padaNya,dan mungkin juga ada antara mereka tidak lagi mengambil tahu tentang perkembangan IM secara keseluruhan memandangkan keadaan mereka yang tidak mengizinkan dibeleggu dengan masalah-masalah tersendiri.
AWAS!!!...kang terkena tembakan Eddie...

Ini hanyalah tanggapanku..era ini IM tidak kurang aggresifnya..giat aktif memandangkan para peminat tidak jemu-jemu memberikan sokongan pada mereka..walaupun telah dimamah separuh abad usia mereka demi peminat mereka masih lagi setia pada kumpulan hanya semata-mata untuk menghibur para peminat.

Dalam menjagkau usia mencecah 30 tahun tahun penubuhan IM,mungkin banyak rintangan dan dugaan yang perlu mereka hadapi untuk menjadi seperti hari ini,dan amatlah sukar bagi sesuatu kumpulan itu untuk bertahan namun telah dibuktikan oleh mereka hari ini.

Era 80's meniggalkan kita begitu juga 90's,dan kini di tahun 2009 mereka masih lagi sibuk dengan "tour" mereka di seluruh dunia begitu juga dengam tahun lepas 2008,"tour" mereka yang dikenali sebagai "Somewhere Back in Time World Tour",di mana mereka telah menjajah banyak tempat-tempat baru untuk mengadakan persembahan,dan ini menunjukkan peminat IM masih dahagakan persembahan mereka disamping pertambahan peminat yang semakin ramai.

Melalui setiap "show" yang mereka adakan,mereka melihat ramai antara peminat mereka terdiri daripada komuniti hari ini,dan lantas daripada itu mereka telah meriliskan sebuah album kompilasi yang diberi judul "Somewhere Back in Time - The Best of: 1980-1989" khas ditujukan buat buat "follower" mereka di zaman ini.

Sebanyak 15 buah track di dalamnya,yang diambil dari album terdahulu mereka yang menjadi track kegilaan peminat pada ketika itu,dan kesemua track di dalam album ini boleh dianggap "killer" track dan sedia untuk disantap para peminat era ini mahupun mereka yang menjadi peminat terdahulu "otai/veteran".


1. Churchill's Speech 00:49
2. Aces High (Live) 04:36
3. 2 Minutes to Midnight 06:00
4. The Trooper 04:11
5. Wasted Years 05:06
6. Children of the Damned 04:35
7. The Number of the Beast 04:53
8. Run to the Hills 03:53
9. Phantom of the Opera (Live) 07:21
10. The Evil That Men Do 04:34
11. Wrathchild (Live) 03:07
12. Can I Play with Madness 03:31
13. Powerslave 06:47
14. Hallowed Be Thy Name 07:12
15. Iron Maiden (live) 04:50

Total playing time 01:11:25

Albm ini diriliskan bertujuan untuk mengimbau kembali dan mengingatkan para peminat zaman kini tentang track classic yang menjadi panji kegemilangan mereka,dan melalui rilisan ini mugkin dapat mengembalikan "nostalgia" dahulu para peminat mereka ataupun sebaliknya.Namun begitu 15 buah track ini bagi aku,sudah cukup untuk peminat di era ini mengenali IM dan menjadi kalangan komuniti peminat mereka.
sekian..

(JANGAN TERSALAH ANGGAP SEMUA INI HANYA BERSIFAT DUNIAWI DAN SEMENTARA SAHAJA.)

Friday, January 16, 2009

GAMMA RAY (insanity and genius 1993) review!!!




Merupakan album ke-3 Gamma Ray,bersama line-up klasiknya iaitu Ralf Scheepers:Vocals,Kai Hansen:vocals & guitars,Dirk Schlächter:vocals & guitars,Jan Rubach:bass dan Thomas Nack:drums.Album ini juga merupakan album terakhir Ralf Scheepers bersama Gamma Ray sebelum mengundurkan untuk mengisi kekosongan sebagai vocalist kumpulan lagenda NWBOHM iaitu Judas Priest,namun begitu hasratnya tidak tercapai walaupun telah memenangi uji bakat pencarian vocalist menggantikan Rolf Halford yang ketika itu mengundurkan diri,akibat daripada kata sepakat tidak dapat di capai antara anggota kumpulan.Masalah juga melanda apabila Ralf ingin kembali bersama Gamma Ray,faktor jarak yang jauh antara rumah kediaman Ralf yang terletak di Stuttgart,Germany bersama anggota kumpulan yang lain yang menetap di Hamburg,Germany menyusahkan lagi untuk mereka berlatih bersama-sama yang mengakibatkan Ralf membuat keputusan untuk mengundur diri,dan pada tahun 1997 dia telah menubuhkan sebuah kumpulan yang juga bekonsepkan power metal iaitu Primal Fear.


Semenjak aku mendengar album ini buat kali pertama,aku tertarik dengan lagu pembukaan album ini iaitu tribute to the past yang sememangnya sound melodic power metal.No return trek 2 yang membuat aku meneruskan lagi hasratku untuk menghabiskan mendengar lagu-lagu di dalam album ini.Namun begitu,insanity & ginius di trek 3 kurang "menyengat" di awal pendengaran ku,setelah berulang kali ku mendengarkannya aku mula tertarik dengan lagu ini terutama sekali pada part chorusnya.Kini tibalah pula 18 years,the cave principal di trek 4 & 5 (side A)yang lebih ke arah hard rock,dengan sedikit elemen rock & roll musiknya,begitu juga dengan trek di side B future madhouse dan your turn is over.Last before the storm di trek 2 side B bermula dengan agak laju dan ditambah pula dengan solo solo bermelodi dari dirk dan kai dan lagu-lagu sebeginilah lagu kegemaranku,giliran heal me pula di trek 4 (kalau nak dengar kai jerit dengar lagu ni)dan gamma ray dengan di trek 5 dengan elemen hard rock campur melodic metal.Cover untuk album pula cukup menarik,hasil tangan daripada Kai Karczewski yang berkonsepkan simbol ying & yang (orang cina punya!!)..yang menggabungkan api dan air..cukup menarik,dan dapat menarik minat para pembeli untuk memilikinya,mahupun mereka yang yang saja-saja mahu membeli kerana tertarik dengan hasil ilustrasinya..sekian.

RATING:**1/2

MALEX (wira cosmo 2006)



Wira cosmo merupakan buah tangan terbaru dari MALEX,yg dibarisi oleh Malik gitaris,Rahmat vokal,Ajak bass,Wan keyboard dan Rafee drum yg bergenrekan muzik proggresif melodic metal.Album ini merupakan album ke-dua mereka selepas rilisan pertama meraka yg bertajuk euphoria pd tahun 2002.Sebanyak sepuluh buah lagu dihidang di dlm album antaranya mengapa,(pernah mereka bawakan secara lagsung pd anugerah planet muzik 2006),wira cosmo,juara,siksa,pentas dunia dan banyak lagi.Kehebatan album tidak perlu disangkal lg,yg dipenuhi dengan solo-solo berapi dr Malik yg juga merupakan tulang belakang band ini,ditambah pula dengan suara vokalisnya yg high pitch,mirip suara Yantzen vokalis kumpulan rock Rusty Blade.

Terdapat dua instrumental di dalam album ini iaitu delirium di trek 6 dan euphoria di trek 10 yg membuatkan anda memutarkannya lagi...lagi...dan..lagi.Jika anda ingin mendengarkan lagu yg agak speed,dengan elemen-elemen proggresif anda boleh dengarkan,mengapa,siksa dan arah,bagi mereka yg ingin pula mendengarkan irama hard rock dengan elemen proggresifnya anda blh dengarkan wira cosmo,juara dan keampunan.Seterusnya ke trek yg agak slow yg sememangnya dipenuhi dengan elemen proggresif MALEX itu sendiri dpt kt dengarkannya di trek 5 iaitu pentas dunia dan petanda di trek 8.


Album ini telah pun diriliskan pd tahun 2006 oleh Muzik Box Production,dan sekiranya anda masih tercari-cari album ini,anda bolehlah langsung berhubung dengan saudara Fadzhil di alamat e-mail:muzikbox@hotmail.com

RATING:***1/2

Sunday, January 11, 2009

Iron Maiden a matter of life and death review..!!




A matter of life and death,itulah tajuk album terbaru dari IRON MAIDEN yang jg merupakan album studio ke-14 mereka.Album ini mengandungi 10 buah lagu dimulakan dengan different world di track yg pertama,jg merupakan single kedua utk album ini,these colours don't run di track yg ke kedua,brighter than a thousand sun di track ke tiga,the pilgrim di track yg ke-empat,the longest day di track yg kelima,out of shadows di track yg ke-enam,the reincarnation of benjamin breeg track yg ketujuh,yg juga merupakan single pertama utk album ini,for thr greater good of god track yg kelapan,lord of light track yg kesembilan,dan diakhiri dgn the legacy di track yg kesepuluh.Seperti album2 IM yg lepas di mn durasi bg sesetengah lagu agak panjang,masih dikekalkan di dlm album ini seperti lagu for the greather good of god,the legacy,brighter than a thousand sun,the longest day,the reincarnation of benjamin breeg,dan lord of light,di mn durasi bg lagu2 ini tujuh minit ke ats,namun begitu ianya tidak membosankan kerana muziknya yg sering bertukar ganti dan solo berharmoni dr tiga gitarisnya ini membuatkan anda layan terus album ini.Bagi penulisan lirik2 di dlm album ini pula berkisarkan tentang kehidupan yg berunsur semangat dan tentang kematian.Album ini masih lg meggunakan khidmat penerbit dua album mereka yg lepas iaitu KEVIN SHERLEY dan telah dirakamkan serta diadun di SORM WEST STUDIO LONDON.Album ini dikeluarkan pd tahun 2006 oleh lebel gergasi iaitu EMI Malaysia dan baru dua tahun lebih berada di pasaran,dan sekiranya anda berminat bolehlah anda dapatkanya di toko2 musik berdekatan anda,dan pastikan ianya ORIGINAL!!!

RATING:**1/2
mrfarid..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...