Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts

Friday, July 8, 2011

ELAK GEJALA BUANG BAYI

So, Hari ni jumaat penghulu hari, xslh klo korg bce ckit entry aku ni..leh kte sme2 igt megingati yo, asyk nk gelak, n hapy2 jo xleh gak..btul kn. 


ssssilakan....


KATA Imam al-Maududi : “Kalau kita nak lihat masa depan ummah lihatlah remaja masa sekarang dan kalau kita tak mahu keruntuhan ummah masa depan didiklah remaja masa kini.”




Hidup kita bukan hanya hendak berhibur, tetapi kita hidup untuk menjadi pejuang. Kita bukan mahu melahirkan perosak dan pemusnah, tetapi kita mahu lahirkan pembina serta penegak ummah. Antara mimpi ngeri yang sedang kita alami dalam realiti ialah bebanan angka buang bayi. Angka itu seperti kita sedia maklum tidak cukup tangan hendak dikira. 





Bukan satu malah bertimpa-timpa dosa mereka lakukan. Buang bayi hidup satu hal apa lagi yang mati. Jenayah dalam jenayah, dosa dalam dosa, zalim bertindan-tindan. Buang anak adalah akibat zina kerana orang yang hamil secara halal tidak akan membuang anaknya. Manakala zina itu sendiri adalah akibat perbuatan lain, iaitu pergaulan bebas.


Seterusnya, kita mesti mencari jawapan apakah punca pergaulan bebas. Mengenakan tuduhan ke atas pembuang bayi adalah langkah membendung gejala buang bayi. Tetapi langkah tegas itu masih berada dalam lingkungan merawat, bukan mencegah. Sebenarnya gejala buang bayi adalah berpunca daripada zina.


Cegah buang bayi juga bermakna mencegah zina. Maka dalam mencari penyelesaian sepatutnya isu ini menjadi bahan dan fikir bersama. Sebagai metaforanya, apakah yang akan anda lakukan jika atap rumah tiris? Mungkin langkah segera ialah sediakan bekas untukmenadah air hujan yang menitis.


Tetapi untuk jangka panjang, anda perlu baiki atap rumah itu, kerana di situ letaknya punca kejadian. Kebiasaannya, atap yang ditampal juga tidak tahan lama. Tukar atap baru, barulah selesai masalah. Pihak berkuasa mesti bertindak segera, laksanakan undang-undang pencegahan yang menyeluruh dan sampai ke akar umbinya.


Dalam Islam memang terbukti tanpa sebarang keraguan keberkesanannya iaitu menguatkuasa undang-undang hudud dan qisas. Bermula dengan penerangan dan perancangan yang berterusan melalui pendidikan. 

Masing-masing perlu bertanggungjawab, pihak sekolah perlu mendidik dan bukan hanya mencerdik, media dan penyiaran perlu menghidangkan program yang membina rohani secara kontemporari.


Remaja pula perlu menjauhi sebarang bentuk pergaulan bebas dan jangan sesekali menghampiri zina kerana nanti kita dekat dengan gejala membuang bayi. Paling kita takuti ialah kemungkinan remaja membuang dan membunuh bayi itu adalah mereka dulu juga anak hasil hubungan luar nikah ibu atau ayahnya yang berzina.


Kini mereka sudah membesar dan bertindak lebih ganas lagi. Manakala ibu ayah pula perlu tegas dengan anak sedari kecil lagi. Bertegas bukan bererti berkasar, tetapi bertegas dalam soal prinsip iaitu solat, aurat, pergaulan bebas. Jangan beri ruang anak kita memandang kecil suruhan Allah, ingatkan soal akhirat, azab kubur, syurga neraka. Didiklah anak bukan sekadar ‘ternak’ mereka dengan makanan yang enak sahaja.


Berhabislah sedikit wang demi mengenali Allah. Hantar anak ke program motivasi yang menerapkan nilai Islam selain dapat membina kekuatan diri. Ibu bapa perlu menjadi model kepada anak mereka. Jangan jadi seperti ketam yang menyuruh anaknya jalan betul sedangkan ia bengkang dan bengkok.


Zina perbuatan yang sangat buruk dan pelakunya diancam dosa besar oleh Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: “Janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (Surah Al-Israa ayat 32). Hal itu disebabkan terlalu banyaknya kesan yang ditimbulkan masalah zina. Ia termasuk kesan psikologi, sosial ataupun moral.



Tazkirah Remaja:
Mohd Zawawi Yusuf


sama2 kita hayati isinya ye..enjoy2 juga, biar berbatas yo...























Wednesday, June 22, 2011

SEDIKIT TIPS TAYAR KERETA, ELAK DITIPU OR MENIPU

Mula2, Periksa tayar kereta korg, perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar terdapat satu penyambung. Sekiranya penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga, maka mulalah mengumpul wang tunai kerana tayar korg perlu di tukar dlm masa beberapa bulan lagi, jgn smpi setahun dibiar gitu, & bila korg nk beli tayar ada beberapa petua bukan dari nenek moyg, perlu korg pertimbangkan.



"agak haus 2 pada luar kiri dan dlm kanan, agk2 dh sebulan dua tuka ler"

Satu saiz tyar yang sesuai dengan kereta korg. Kalo macam wira 1.3, cukuplah saiz rim 14 inci sebab klo korg degil nk gak guna saiz 15 inci, bala xla datg tapi kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedmeter tidak merekodkan bacaan yang betul tgk2 meter 170kmph tw2 kne potng ngn kancil plak 2, dan kesemua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangkahayatnya dan yang paling penting, minyak dia akan sapu lebih sedikit .

AMBIL PERHATIAN DI SINI, cuba perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor 4 angka yang dicetak tenggelam2 timbul pada permukaan tepi tayar. Ia merupakan maklumat mengenai tarikh tayar di kilangkan (minggu dan tahun) so agk2 tayar yg dh 2,3 tahun dikilangkan xpayah gatal nk bli kang pakai xsmpi setahun dh kne tuka..ati2. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama 2 tahun selepas di kilang (selepas tempoh itu getah tayar akan mati (keras) dan tidak selamat digunakan). sebagai contoh nombor yang tertera 0907 bermaksud tayar tersebut di kilang pada minggu ke 09 di tahun 2007 dan tarikh expired tayar tersebut sepatutnya minggu ke 09 tahun 2009 dan sekiranya korg diberi pekedai tersebut dgn harga yang murah murahan, periksa la dulu, dan tayar sebegini mudah melutup jika korg drive bagai xmahu lajunya dan terbabas la jwbnye.


Saiz tayar pula, crita dia cam ni cuba la korg perhatikan nombor dan huruf yang terletak timbul di permukaan tepi tayar. Sebagai contoh aku amik viva yg slalu ku bawak ke sana-sini tertera 165/50 VR 14 kelebaran tayar ialah 165 mm, ketebalan tayar (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 % dari kelebaran 165 mm, dan untuk kegunaan rim bersaiz diameter 14 inci. Huruf VR pula bermaksud, tayar tersebut sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar. Sekiranya korg degil dan memandu lebih dari kelajuan tersebut, sifat fizikal tayar korg akan berubah dan besar kemungkinan tayar tidak lagi berfungsi dengan baik.

Tentang jenis tayar pula, kebanyakkan lebih memilih tayar import terutama dari Japan, tapi klo aku xmana2 murah agak2 "branded", sebat jela... Harganya tayar jepang lebih mahal dan dikatakan lebih lembut. Sememangnya benaq, tayar seperti michelin, yokohama, falken etc. lebih lembut kerana, tayar tersebut dibuat berdasarkan iklim sederhana yang kurang panas dan apabila digunakan di Malaysia yang sememangnya panas terik, smpi rmi kwn2 aku hari2 ckp bnde sme "ari ni pns la"..tayar tersebut akan tetapi mempunyai jangka hayat yang pendek (cepat haus bunganya). Kebisingan tayar adalah bergantung kepada bunga tayar. Lebih senyap sesuatu tayar, maka lebih rapat bunga tayarnya dan tidak sesuai untuk permukaan jalan yang basah. Lebih bising tayar, lebih mencengkam dan sesuai pada permukaan yang basah.



Dan utk pengetahuan para pembace yg budiman lagi Tayar harus hukumnya di tukar kedudukannya setiap 3 bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang (untuk 4 tayar sama saiz) buatkan ia menyilang X. Lebih baik sekiranya tayar simpanan/ganti juga di masukkan ke dalam rotation tukaran tayar. Caranya, masukan tayar ganti ke kanan belakang dahulu, belakang kanan ke depan kanan, depan kanan ke belakang kiri, depan kiri ke dalam boot ganti, belakang kiri ke depan kiri. Semua rotation ini bergantung kepad jenis kereta, sistem pacuan dan sistem suspensi kereta. Jika korg perhatikan pula bunga pada tayar selepas beberapa lama ia mula menghaus. Sekiranya kadar kehabisan bunga di bahagian tepi kiri kanan tayar lebih cepat berbanding di bahagian tengah, ini bermakna tekanan tayar korg kurang dari yang sepatutnya.


Sekiranya bahagian tengah lebih cepat haus, maknanya tekanan terlalu tinggi. Sekiranya haus di bahagian luar sahaja, tayar kita terlalu mencapah ke dalam dan jika haus bahgian dalam sahaja, tayar kita terlalu mancapah ke luar (alligment tayar perlu dibetulkan). Sekiranya bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka absorber kita perlu diganti.
"absorber"


ps: "mungkin lps ni average harga tayar plak nk ku sentuh..sekian"

Thursday, June 9, 2011

mini coppewrock

hi there, nice to meet ya. for all mini copper fans club. nak amek port sal mini copper plak nih....


as u guys know, kete yang sama besar dengan kancil ini, benornye xla besar mana lau dilihat di sudut pandangan luar. nampak kecik, comey lote untuk sigadis... namapak je gaya cam kete en.kacang nu ha. but lau kamu owg masuk ke dalam nu, impaknye sangat besar, duduk dalam, macam x ase kecik pun. malah ag selesa nak bawak kenderaan as juz mini copper.


ape yang wa salute bab mini copper ni adalah, keta ni nampak macam bukan mewah, but de prize for diz is bette than myvi.. seriusly, itupun lau ditintet balek mah..... keta walau pun lama but masih ada lagi owg kat luar sana tercarik2 ini kereta. bukan senang mah, ini kereta antik punya. susah mau carik kat tempat biasa. lau kat k.l. nuh mungkin adalah jual kete rupe gitu.. sekali lau dibikin itu kereta mahu dekat beribu jugak.....


nak2 carik dia punya sparepart, bukan senang. mau nak pecah otak carik sparepart dia nu.. kecuali la kalau ade port bek, dapatlah. lau nak bawak keta plak, memang cukup selesa, tempat duduk pun luas. keta kecik, but laju bukan calang-calang. mini copper mmg penuh citarasa. comey but meletup bro..


Wednesday, June 1, 2011

YG TIDAK BAIK UNTUK OTAK












  • Tidak bersarapan pagi
mgkn rmi yg mengabaikan makan waktu pagi, tengahari baru dia mkn, dan jika diamalkan mkn pagi ianya dpt menurunkan kadar gula dlm darah slain mencergaskan otak untuk berfikir

  • Makan terlalu byk
mengambil makanan terlalu byk akan meyebabkan otak jadi lembab, bila dh lembab mau pikir mls bila mls baik tdo..zzzz..

  • Merokok
bahayo, boleh buat fungsi2 dlm otak hilang upaya..bila hlg upayo hbs la jd glo agknyo..

  • Pengambilan gula yg byk
dikatkn mghalang penyerapan protein dan nutrisi pada otak yg mengakibatkan perkembanagn otak terganggu..

  • Udara
otak merupakan bahagian tubuh yg plg byk menyerap udara dan penyerapan udara yg tercemar akan menyebab otak kurg cekap dan mgkn mudah lupa

  • Kurang tdo
otak juga perlu berehat setelah hampir spenuh hari diguna, melalaikan tdo boleh buat sel2 dlm otak mati..

  • Menutup kepala ketika tidur
sgt bahaya kerana karbondioksida yg dilepas ketika tidur boleh membuat otak terdedah kepada pencemaran hasil lepasan karbon tadi..

  • Kurang berfikir
akibat daripadanya akan buatkan otak tidak berfungsi secara maksima, dan berfikir merupakan cara kerja bagi melatih otak kita..

  • Kurang interaksi
buat yg pendiam 2, byk2 kn la membebel ckit klo nk tahu kesan dari bebelan tadi bagus buat melatih otak bekerja

sekian...



Sunday, May 22, 2011

A LEGENDARY VETERAN ?

"Maria gomez valentim..otai ni.."

Nenek ni, bkn nenek moyang dh ni..dialah 'pemegang dan pemecah' rekod dunia manusia paling tua kt dunia dengan usia 114 tahun mengenetepikan pencabarnya dari USA Besse cooper yg 48 hari jauh lebih muda berbanding beliau.

"veteran Basse cooper dari USA, jgn maen2"

Dia yg mengamalkan pemakanan seimbang dikatakan faktor beliau hidup lebih lama, dan sorg lagi pencabarnya juga dari Brazil Sabastiana de Lourdess yg dikatakan mati pada usia 116 juga seorang perempuan memiliki dokumen yg mengesahkan umur beliau namun tiada responden dari pihak world guiness rekod untuk mengkaji kebenarannya.

"ps : klo nk mekan petai je boleh ?"

Sunday, May 8, 2011

BUNDLE DAN BUTIK

Kalau nak citer pasal ni, memang aku kurang pengalaman, juz nak bgtw pada abg kakak ni pendapat aku je.

Jika hendak buat perbandingan diantara kedua-duanya, memang jauh bezanya. Tapi kalau nak dipersoalkan pada aku ini jawapan nya.

Butiki adalah pakaian yang berjenama tinggi dan juga pelbagai hasil nukilan yang dibikin oleh golongan terkenal. Macam-macam gaya kat duniawi ini, butik mana yang diorang pakai gerenti kena ngan gaya si pemakai. Tapi kalau nak ditanyakan harga, "MAK...DATUK.." melampau harganya, itulah sebabnya ia dikenali dan dipaggil butik.

Tentang bundle pula berlambak kat pasaran, uptown ke "downtown ke" memang bersusun baju dan seluarnya harga pun berpatutan kaw-kaw punya, siap boleh tawar-menawar lagi beb...cuma ape yang perlu bikin untuk menstailkan diri adalah,

  1. kenelah pandai cari baju
  2. saiz dan ukuran badan mestilah tepat
  3. mengikut trend zaman kini
Selepas selesai cuba bertanya pendapat kawan-kawan mesti support punya.

"antara jenama yg diminati muda mudi sekarang"

So kalau nak buat perbandingan mengikut kriteria aku, bundke dan butik sama saje, cuma apa yang beza adalah butik "u pakai apa pun kena", bundle "kena pandai cari". So kekurangan dan kelebihan tidak perlu nampak disitu janji kepentingan "stylo" amat dititikberatkan.

"sebilanganya turut memilih bundle untuk bergaya"



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...