Sunday, November 1, 2009

ANDRE MATOS_TIME TO BE FREE 2007

Rasanya dah lama aku tak uptade dan post ape-ape benda, dah dua bulan kot ramadhan dan raya.. bukannya aku tak nak, ntah kenapa takda idea pulak nak post pasal ape-ape benda. Bulan ramadhan ngan raya pun dah lepas, seronok gak jumpa geng sekolah dulu time raya ari tu, yalah diorang semua skrg ni ada yg kat utara, selatan...tanah air...duk study...

Takpa skrg ni aku nak tunjuk ckit album ANDRE MATOS ni former ANGRA, album sulung solo
beliau ,yg aku dapat dari seorang bro nama dia SOUL, thanks bro kaci gua arga baek punya...tujuan asal beli nak jual balik, tapi dah lama sangat menanti buyer-buyer yang tak nak beli ni..jemu la aku..lagi pun aku minat kat suara ANDRE time dia ngan ANGRA saja lah nak test market kat online..ni..

Album ni pun dah masuk 2 tahun kat pasaran, skrg ni ANDRE MATOS dah buat release album baru pulak...MENTALIZE 2009..aku pun tak tau sbnrnya..tau2 msk kat metal-archives dah ada da org tu update album dia ni, tu pun dah sebulan lebih dia release..mungkin ni sebab kurang promote kot..entahlah ni..label punya masalah..

CD & BOOKLET

ANTARA LIRIK DAN GAMBO2 DIA

CANTIK ARTWORK ORANG YG BUAT NI

Oh ya, sblm aku terlupa yg ni korea release punya under SOEUL RECORD so dia made in KOREA...la...

LIRIK & ANTARA MEREKA
YG TERLIBAT MENGHASIL ALBUM

SAYANG BOOKLET DIA
BUAT MCM VERSI KESET

KOSONG JER PATUT LETAK SEKALI
GAMBAR LINE-UP MESTI CANTIK

COVER DEPAN
AKU INGAT ORG YG X
LAYAN MATOS PUN
TERTARIK NAK BELI
BILA TENGOK COVER DIA NI

LIST LAGU DIA

Bagi aku semua killer, dan enak kat telinga aku ni..tapi lagu yg first aku dengar dan terus tangkap dari trek 1-9 pergh !!! totally melodic power metal bro...betul..yg jadi best lagi tu korea press ni dapat gak bonus trek sama mcm japan release kira beruntung jglah..

BOOKLET, CD & JEWEL CASE

Yg ni jelah aku mampu buat untuk kali, ni sapa yg kurang kenal dengan muzik aliran dan cara pembawaan ANDRE MATOS aku sarankan korang dapatkan album ni..ok..(jangan dapat kat kedai torrent sudah) Album ni telah pun aku letakkan berada dalam senarai album yg mesti disimpan dalam koleksi ku...yergh..


Saturday, September 26, 2009

BLOG GUA YANG SATU LAGI..

Buat korang yang terjenguk atau menjenguk blog aku ni, dan tercari-cari stuff metal macam LP,CD,T-SHIRT dan lain-lain lagi bolehlah melawati blog aku yang satu lagi yang meniagakan barang pada kadar yang munasabah, sekarang ni dah bertambah dah sikit-sikit stuff yang aku jual..kot-kot stuff yang korang cari ada kat blog aku ni..sapa tau..


kebanyakannya second hand dan still dalam kondisi yang baik. Sebarang pertanyaan boleh letak coment, atau call,sms je aku terus...blog ni boleh dikatakan akan sentiasa aku update dengan barangan baru atau second hand hampir setiap semiggu dua gitu..bergantung pada keadaan jika mengizinkan, aku post..kat mudah.my pun aku ada buka store ni url dia silalah..jangan segan..

Saturday, August 15, 2009

PERGINYA USTAZ MOHD ASRI

USTAZ MOHD ASRI

Penyanyi kumpulan nasyid terkenal tanahair,yang juga merupakan vokalis utama kumpulan tersebut MOHD ASRI IBRAHIM atau lebih dikenali sebagai ustaz Asri meniggal dunia 2 hari yang lepas bersamaan 13 ogos 2009 akibat sakit jantung,selepas Allahyarham dikatakan rebah pada 10:30 pagi ketika raptai pelancaran program Syahadah di RTM sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Bangsar.

Sememangnya ramai diantara kita mengenali beliau dan kerap melihatnya di kaca televisyen,pemergiannya sememangnya diarasai,oleh itu bersama-samalah kita sedekahkan Al-fatihah buat Allahyarham dan semoga rohnya dicucuri rahmat Amin...
PERGI TAK KEMBALI

Tuesday, August 11, 2009

MINATKU MULA BERPUTIK PADA MEGADETH?

2 BUAH ALBUM MEGADETH MILIKKU!!!

Lama juga rasanya aku tak post apa-apa benda,so kali ni rasanya nak kongsi cerita tentang minatku yang mula berputik pada MEGADETH.

Rasanya dah hampir setiap hari aku mesti play album "cryptic writings",kalau tak pagi mesti petang..dan untuk pengetahuan juga album ni agak lama dah terperuk dalam kotak simpanan aku ni,bersama 1 lagi album diorang yang aku ada "so far..so good..so whats?.."

Satu hari tu dalam duk belek-belek cd dalam kotak aku tu,terfikir pulak baik kasi "play" MEGADETH..First time dengar "so far..so good..so whats?.."apa yang boleh aku cakap album ni betul-betul tak masuk langsung pada pertama pendengaranku (MEGADETH PUNYA FANS JANGAN MARAH AR..) mungkin "cover artwork" album ni menarik ku untuk "play" lagi dan lagi..dan langsung aku tukar pula pada"cryptic writings" dan penerimaan telinga aku lain pula dan berkenan sangat..tu yang buat aku pasang hari-hari tu...dan "so far..so good..so whats?.." ini pula menunggu masa untuk "diexplore" muziknya dengan lebih mendalam agar turut akan menjadi "favourite" album aku..

Tapi yang menjai masalah aku sekarang ni..aku dah pun terdownload secara sengaja 4 trek dalam album "united abominaton 2007"
  1. 1.Sleepwalker
  2. 2.Washington Is Next!
  3. 3.Never Walk Alone... A Call To Arms
  4. 4.United Abominations
apa yang aku boleh cakap sememang mencengkam muziknya..solo-solo yang mendalam..buat aku lebih jatuh hati pada muzik diorang ni..aduh..begini rupanya..MEGADETH..

nampakanya terpaksalah aku beli yang "second hand" janji ory tu pun kalau dapat..bajet tengah tak cukup..dan macam mana pula dengan ENDGAME yang akan datang ni..aduh sakit la dibuatnya..SEDAP MENDENGAR,SAKIT MELABUR..

Sunday, July 26, 2009


dan dengan lafaz "bismillah" ini,maka bermulanya satu lagi penjualan barangan rasmi metal dan barangan lain-lain secara e-dagang yang diterajui sepenuhnya oleh MRFARID di laman theofficialjualanbersama
nantikan ianya menular...
sebarang pertanyaan dan pembelian barangan bolehlah meninggalkan mesej pada ruangan komen
Terima kasih...

Friday, June 26, 2009

JANGAN PANDANG TAPI RENUNG

sebahagian daripada adegan minggu ni..(selasa lepas)..dia kena rasuk tu,habis makcik tudung hitam tu dibelasahnya !!!
GAMBAR CILOK!!!

Minggu ni,dah masuk episod ke-empat drama ni main kat TV2,setiap hari selasa tepat pukul 10 malam.Apa yang aku tahu tentang drama ni,tak silap aku dia 13 buah episod dan minggu ni dah masuk episod ke-empat.

Jalan penceritaan cukup best/menarik la!! dan akan buat siapa yang tonton tertanya-tanya dan juga penuh adegan saspense!!!Berkisar tentang kehidupan di sebuah kampung yang menjadi huru-hara selepas kematian seorang bomoh/dukun yang juga bapa kepada watak utama drama ni..dimana penduduk kampung berkenaan dan seisi keluarga watak utama sering terjumpa dan diganggu hantu yang (jari-jemari dia tak henti-henti bergerak)..nak cari pengganti dia kot!!!


Susah nak cerita sebab makcik kepada watak utama ni berahsia sangat!!....
Berbaki 9 episod lagi,masih sempat lagi untuk korang menyeramkan diri!!!..he..he..
Jom p tengok!!!online pun boleh!!!!

Saturday, June 20, 2009

MAJALAH EMPAYAR MEI #6 2009

Seingat aku dah lama aku tak menatap mag ni,semenjak susah nak dapatkannya kat area Klang,dan aku menjangkan dah banyak isu terlepas,dan kali terakhir aku mendapatkanya vol 5 dimana Brain Dead menghiasi muka depan sekitar bulan 3 lepas..sekarang ni dah bulan 6,so kiranya 3 bulan jugalah aku tidak mengetahui perkembangan musik tempatan kita dan dunia!!

Bosan jugalah aku menanti,so hari tu seperti biasa,aku perlu transit 2 buah bus dari sekolah untuk sampai ke rumah,transit yang kedua perlu aku lakukan berhampiran kompleks PKNS,tak terfikir pula aku untuk mencari mag ni sekitar kompleks tu sedangkan hampir setiap hari aku melaluinya..so hari tu aku blik awal dari klas dan terasa nak pulak jalan sorang diri kat kompleks tu,dan jalan-jalan punya jalan lantas terlihat satu store majalah kat kompleks tu lalu terbayang beberapa mag rock Malaysia..

aku pun masuk cari-cari dan cari..hasilnya..jeng!!jeng!!jeng!! satu mag rock pun takda..aku pun keluar dan teringat pula sebuah kedai sebagitu rupa di penghujung kompleks..dan aku pun pergi..(ai dah macam jln-jln cari makan pulak)..ketika kat kedai aku tak perlu nak cari-cari lagi sebab mag Empayar benar-benar depan mata aku,dan tinggal sebuah sahaja..(ha..ngam ni untuk aku la ni)..RM10 pun keluar dari kocek yang sederhana kecilnya dan dihulur pada mamak tu,dan RM2 dikembalikan..ai??..harga bukan RM7 ke? (soalan yang aku aju pada mamak tu) dia nak jawap tapi jawapan dah ada pada muka depan mag Empayar-SEMENANJUNG MALAYSIA:RM8- lantas aku tersenyum bila melihat dan langsung blah dari kedai tersebut.

Lama juga cari mag Empayar ni baru jumpa,pernah juga aku try nak order dan tanya cara nak byr tapi takda sebarang respons.Keluaran VOL 6 Mei ini,dimana IMPIETY (extreme/black metal Singapura) dipilih untuk menghias muka hadapan selain ulasan konsert GRAVE live in Singapore,AS SAHAR 21 st unniversary dan banyak lagi cerita tentang band baru dan otai atau lama.
Tengok bawah!!

MUKA DEPAN


Aku ni tidaklah meminati irama muzik black metal ni,tapi selepas baca artikel tentang IMPIETY ini dan temubual yang disedia oleh xul metal storm,terasa nak beli pulak album diorang nak try dengar.Keluaran isu 6 ini juga ada menyelitkan temubual bersama AMIR SYJ/SOFEA dalam ruangan injeksi minda bersama itu,band IN TORMENT dan MODA MOODY juga turut diselongkar sejarah penubuhannya dan sebuah band RUSIA iaitu CATHARSIS turut dipilih untuk memenuhi ruangan ini.




COVER STORY

Ruangan Fenomema Rock isu ini pula menceritakan perjalan dan sejarah penubuhan dua buah kumpulan iaitu GERIMIS dan ERAT,kolum Belenggu Irama pula yang juga merupakan ruangan baru yang mengetengahkan individu2 dalam dunia rock,metal sama ada masih atau pernah bermain dalam mana2 band atau menjadi tulang belakang kepada industri "underground" dan "mainstream",dan kali ini telah memilih ABDUL AZIZ ITAR bekas editor pada pada fanzine "trash attack" dan "vortex from the east" yang juga merupakan anggota asal kumpulan NECROFIST menjadi pilihan.

Kolum tribute pula menyingkap kembali penglibatan MASROM ABDUL HAMID atau lebih dikenali sebagai Yong bersama SWEET CHARITY,yang telah pun kembali ke RAHMATULLAH pada 6 NOV tahun lalu,selepas terlibat dalam satu kemalangan iaitu dua hari sebelum menyambut Hari Raya Qurban.Ruangan DIY-ulasan fanzine kali ini pula memilih 4 buah fanzine iaitu AL-ZANNAKH (MALAYSIA),BRUTALLICA (BULGARIA),GIVE ME BACK (USA) dan SHRUKEN & MUMMIFIELD (HUNGARY).Ruangan poster isu ini pula memilih kumpulan CYNIC,NUCLEAR STRIKE dan VIXEN,namun begitu apa yang menjadi tanda tanya mengapa bukan kumpulan IMPIETY yang dijadikan sebagai "cover story" menghiasi ruangan poster,ini kerana pada keluaran isu-isu sebelum ini,seperti biasa cover story akan menghiasi ruangan poster.

POSTER

Kolum besi panas yang hangat dengan isu semasanya kali ini membawa tajuk Ada Lagi Ke Band Underground? dimana penulis meluahkan perasaannya terhadap band underground kini dan merasakan,tiada lagi band di zaman ini benar-benar berpaksi pada perkataan UNDEGROUND.Ruangan Ulasan Album pula,yang sentiasa dipenuhi dengan ulasan yang ringkas dan padat kali ini memilih sebanyak 12 buah album untuk "diriview",manakala kolum Khabar Dari Seberang membawa cerita tentang MEGA CARNIVAL SINGAPORE EXPO HALL yang berlagsung pada 20-23 NOV 2008.Ruangan Ulasan Movie pula yang menekan pada 3 aspek iaitu musikal,gambar dan bunyi sesuatu "movie" yang disediakan oleh Azlan Osman membawa kita untuk menyemai "movie" yang mempunyai kualiti gambar dan bunyi yang tiggi dan "movie" berbentuk musikal yang beliau rasakan terbaik.

Klasik Album yang mengingatkan kita kembali kepada album yang pernah meniggalkan impak yang besar suatu ketika dahulu buat peminat mahupun pemuzik baru di era sekarang,dan kali ini album MEGADETH yang bertajuk Rust In Peace dihidang buat pembaca dan diceritakan pula kehebatan album ini sehiggakan penjualannya yang memberangsangkan berbanding album-album MEGADETH yang lain,selain menjadi produk trash moden pada waktu tersebut.

Kolum Expose Minda pula membawa kita mengenali duah buah band iaitu SOUL DEVOUR (SINGAPORE) dan LEATHER CHARMS (MALAYSIA),disamping kolum Aksi Pentas membawakan ulasan gig/konsert seperti (AS SAHAR LIVE IN 21 ANNIVERSARY,GRAVE LIVE IN SINGAPORE,BIG CITY NIGHT BATTLE BEGINS 2008 LIVE IN MELAKA,SUPREME SONIC REVISITED 2008 LIVE IN SABAH.)

MUKA BELAKANG

Kutub Khanah pula seperti biasa membawakan kumpulan rock/metal dahulu yang pernah wujud di MALAYSIA ini,yang mungkin ada diantara kita yang tidak mengetahui kewujudannnya.

Terasa berbaloi juga,apabila majalah EMPAYAR menaikkan harga dari RM7 sebelum ini ke RM8,kerana perubahan yang paling ketara ialah kertas yang digunakan,lebih tebal dan berkualiti berbanding keluaran isu-isu lepas dan ini akan membuatkan sesuatu majalah itu akan lebih tahan lama dan tidak mudah dikoyak atau terkoyak oleh anak-anak kecil.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...