Friday, January 16, 2009

MALEX (wira cosmo 2006)



Wira cosmo merupakan buah tangan terbaru dari MALEX,yg dibarisi oleh Malik gitaris,Rahmat vokal,Ajak bass,Wan keyboard dan Rafee drum yg bergenrekan muzik proggresif melodic metal.Album ini merupakan album ke-dua mereka selepas rilisan pertama meraka yg bertajuk euphoria pd tahun 2002.Sebanyak sepuluh buah lagu dihidang di dlm album antaranya mengapa,(pernah mereka bawakan secara lagsung pd anugerah planet muzik 2006),wira cosmo,juara,siksa,pentas dunia dan banyak lagi.Kehebatan album tidak perlu disangkal lg,yg dipenuhi dengan solo-solo berapi dr Malik yg juga merupakan tulang belakang band ini,ditambah pula dengan suara vokalisnya yg high pitch,mirip suara Yantzen vokalis kumpulan rock Rusty Blade.

Terdapat dua instrumental di dalam album ini iaitu delirium di trek 6 dan euphoria di trek 10 yg membuatkan anda memutarkannya lagi...lagi...dan..lagi.Jika anda ingin mendengarkan lagu yg agak speed,dengan elemen-elemen proggresif anda boleh dengarkan,mengapa,siksa dan arah,bagi mereka yg ingin pula mendengarkan irama hard rock dengan elemen proggresifnya anda blh dengarkan wira cosmo,juara dan keampunan.Seterusnya ke trek yg agak slow yg sememangnya dipenuhi dengan elemen proggresif MALEX itu sendiri dpt kt dengarkannya di trek 5 iaitu pentas dunia dan petanda di trek 8.


Album ini telah pun diriliskan pd tahun 2006 oleh Muzik Box Production,dan sekiranya anda masih tercari-cari album ini,anda bolehlah langsung berhubung dengan saudara Fadzhil di alamat e-mail:muzikbox@hotmail.com

RATING:***1/2

Monday, January 12, 2009

review album!!

untuk review album ini,aku hanya akan review band yg aku layan terlebih dahulu dan seterusnya kepada band2 yg aku kurang layan..mrfarid

Sunday, January 11, 2009

Iron Maiden a matter of life and death review..!!




A matter of life and death,itulah tajuk album terbaru dari IRON MAIDEN yang jg merupakan album studio ke-14 mereka.Album ini mengandungi 10 buah lagu dimulakan dengan different world di track yg pertama,jg merupakan single kedua utk album ini,these colours don't run di track yg ke kedua,brighter than a thousand sun di track ke tiga,the pilgrim di track yg ke-empat,the longest day di track yg kelima,out of shadows di track yg ke-enam,the reincarnation of benjamin breeg track yg ketujuh,yg juga merupakan single pertama utk album ini,for thr greater good of god track yg kelapan,lord of light track yg kesembilan,dan diakhiri dgn the legacy di track yg kesepuluh.Seperti album2 IM yg lepas di mn durasi bg sesetengah lagu agak panjang,masih dikekalkan di dlm album ini seperti lagu for the greather good of god,the legacy,brighter than a thousand sun,the longest day,the reincarnation of benjamin breeg,dan lord of light,di mn durasi bg lagu2 ini tujuh minit ke ats,namun begitu ianya tidak membosankan kerana muziknya yg sering bertukar ganti dan solo berharmoni dr tiga gitarisnya ini membuatkan anda layan terus album ini.Bagi penulisan lirik2 di dlm album ini pula berkisarkan tentang kehidupan yg berunsur semangat dan tentang kematian.Album ini masih lg meggunakan khidmat penerbit dua album mereka yg lepas iaitu KEVIN SHERLEY dan telah dirakamkan serta diadun di SORM WEST STUDIO LONDON.Album ini dikeluarkan pd tahun 2006 oleh lebel gergasi iaitu EMI Malaysia dan baru dua tahun lebih berada di pasaran,dan sekiranya anda berminat bolehlah anda dapatkanya di toko2 musik berdekatan anda,dan pastikan ianya ORIGINAL!!!

RATING:**1/2
mrfarid..

Tuesday, January 6, 2009

NEW

Assalamulaikum...salam sejahtera.
Tujuan aku buat blog ni,adalah bertujuan utk memberi pengunjung2 blog aku ni sedikit sebanyak info tentang band2 heavy/power metal di dunia ini,serta ulasan2 album dan berita terbaru dr mereka...Insya ALLAH...kepada sesiapa di luar sana yg ingin memeberi sebarang pandangan mahupun cadangan aku alu-alukanya dan kepada mereka2 yg ingin menjual stuff power/heavy metal dalam bentuk LP,TAPE2 lm,cd,t-shirt second hand mahupun yg baru janji ORI!! aku sedia membelinya....dengan syarat harga yg berpatutan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...