Monday, May 9, 2011

filem indonesia.OhHH MY GOSSHHH!!!




aduyai, ande ni kira peminat indonesia lah gak. citer yang di skrip penuh makna dan sungguh meyakinkan penonton. filem indonesia ni banyak citer sedih je. kuwang berbanding cite klakar. kenkadang diowg nak wat klakar pun kita ase x tehibur, mybe sebab kuwg pengajaran kot.



yang paling latest yang ande tengok ialah kejora dan bintang. ADUSH!!!!! asyik menangis je keje si kejora ni, letih plak ande nak nengok. tapi kes nak abis episod punya pasal ande layan gak bab2 nangis ni. pham2 je la owg pmpuan ni. epilog citer ni banyak yang melibatkan owang yang xde perasaan macam janet tu. Rupa lawa dah, at penuh ngan lada hitam. keje nak majal owg je.



yang kejora tu pun 1 hal gak, tulus je. patutlah kena men ngan mak tiri dia 2. ande plak lau x tengok, jadi tanda tanya. tengok plak, ande yang ase nak menangis. tapi bgus gak cara ending dia, dapat gak dia kawin ngan teman istimewa dia yang bernama erlangga. yang si janet ngan mak nye dihumban ke penjara besi...


tapi kalau nak dipikirkan balik, cite ni sama jew ngan owg kat luar sana. kira citer ni memberi ikhtibar pada kita semua. yang benar akan menang juga, dan yang kalah tetap de loser. x perlu kita nak menganiaya owg. kita pun bukan lah bek mana. jangan ase diri tu bagus. ukur dulu baju pada badan sendiri, lau agak cantik, bawulah kita jaga tepi kain owg. tapi2 biarlah pada2, jangan busuk sangat mulut mengata owg. bau mulut pun dah bau sambal petai. kita sendiri pun belum sempurna ag. jgn lah wat dosa dengan aniaya owg. tuhan tidak suka kalau kita berperangai cam gitu.








Sunday, May 8, 2011

BUNDLE DAN BUTIK

Kalau nak citer pasal ni, memang aku kurang pengalaman, juz nak bgtw pada abg kakak ni pendapat aku je.

Jika hendak buat perbandingan diantara kedua-duanya, memang jauh bezanya. Tapi kalau nak dipersoalkan pada aku ini jawapan nya.

Butiki adalah pakaian yang berjenama tinggi dan juga pelbagai hasil nukilan yang dibikin oleh golongan terkenal. Macam-macam gaya kat duniawi ini, butik mana yang diorang pakai gerenti kena ngan gaya si pemakai. Tapi kalau nak ditanyakan harga, "MAK...DATUK.." melampau harganya, itulah sebabnya ia dikenali dan dipaggil butik.

Tentang bundle pula berlambak kat pasaran, uptown ke "downtown ke" memang bersusun baju dan seluarnya harga pun berpatutan kaw-kaw punya, siap boleh tawar-menawar lagi beb...cuma ape yang perlu bikin untuk menstailkan diri adalah,

  1. kenelah pandai cari baju
  2. saiz dan ukuran badan mestilah tepat
  3. mengikut trend zaman kini
Selepas selesai cuba bertanya pendapat kawan-kawan mesti support punya.

"antara jenama yg diminati muda mudi sekarang"

So kalau nak buat perbandingan mengikut kriteria aku, bundke dan butik sama saje, cuma apa yang beza adalah butik "u pakai apa pun kena", bundle "kena pandai cari". So kekurangan dan kelebihan tidak perlu nampak disitu janji kepentingan "stylo" amat dititikberatkan.

"sebilanganya turut memilih bundle untuk bergaya"



Friday, May 6, 2011

COBAAN-NYA

Dipendekkan cerita, selepas saja berakhir nya gig metal camp IV ahad lepas sekitar KL aku telah jatuh demam bukan 'jatuh cinta' pada malam isnin selepas memperli sorg mmbr yg turut bercamping bersama selepas membuat pengakuan bahawasanya beliau jatuh demam, aku bajet dia men2 je, tw2 aku pun kne 'aura' demamnya, korg phm jela hujan kt KL len mcm ckit, dan kesakitan berterusan hingga smlm yg dan hanya berbekalkan ubat-ubatan yang 'normal'. Desakan org tua aku yg sruh pg klinik terpaksa kuturutkan, jikalau tidak nanti itu saja yg jadi 'ngomelen' dorg nanti, tiba saja di hosptl aku nmpk rmi org patah hati nak tggu, jdi aku memilih klinik sahaja, apa yg malang sebaik aku bgtw doktor demam dah 3 ari dgn mslh tgn kanan yg lemah mybe sbb tslp tidur 'tertindih' la kira nya, die suruh refer hospital la plak, terpaksa la pg blk hospital td.

"ubat 'normal' "

Dlm hatiku dh la rmi org nk blk kul bpe ni, masa 2 dah pukul 12.30 lebih, selesai register dan bayar tiket bernombor 5001 diberi, mak ai, bape lame ni. Tgu pye tgu tw2 nombor aku tiba di gilirannya aku pun masuk la blk 2, igtkn brother 2 la doktornya, ropenya die tukang cek darah, abes je cek dia suh p bilik len plak kire g jmpe doktor betul la ni, oleh sbb mlm 2 aku sorg je sakit demam dgn serta merta nya aku memasuki bilik tersebut, mcm2 doktor 2 tye aku, lmbut sorenye berkenaan dgn tgn aku yg susah nk gerak die ckp itu biase je dont worry, cairan tubuh kurg sbb 2 la, aku pun teangguk-angguk. Lme gak di soal aku cek sana cek sini,

Selasai je doktor 2 cek, tiba nak amik ubat sorg awek jage kounter ubat yg aku bajet budak praktikal dgn raut wajah sekitar 20-an, asik je pndg aku time duduk nak tgu turn mybe dlm ati die:

"mat rock mana plak ni", mana xnya aku men sarung je beanie hat, nmpk x kemas la ditmbh plak dgn rmbut yg 'mengurai' di kedua bahu ku, dikenakan plak ngan sluar track hitam, shirt berwarna hijau cukup "aggresive"

Tapi yg pasti demam aku ni bukan demam akibat "Bieber Fever", dan rupe2 nya every patient yg dtg die dah saperate awal so sng la, kira berasingan yg sakit biase cm demam dan seagkatan dgn nya satu blk, saket lain2 pun mcm 2 gak. So klo g hsptl 2 tgk ramai org jgn patahkan smgt lu, amik no lu & jgn lupa bayaq RM1 na.

"ubat dari hospital"

Thursday, May 5, 2011

BENAR ATAU SEBALIKNYA

Kematian osama bin laden yang kononya mati ditembak di kepalanya selepas markasnya diserang tentera amerika dan pakistan meggemparkan dunia setelah hampir sepuluh tahun pemburuannya, ramai yang mungkin samar2 diantara percaya dan tidak tentang kematian beliau, kerana sebelum ini berita kematian beliau juga pernah disiarkan beberapa tahun lepas dan lenyap begitu sahaja ceritanya dan kini di tahun 2011 sekali lagi berita kematiannya disiarkan yang disambut baik dan sorakan oleh penduduk amerika, namun begitu militan2 dari kumpulan lain tidak mempercayai akan berita tersebut dan akan bertindak balas sekiranya benar akan kematian osama yang merupakan ketua rangkaian pejuang Al-Qaeda.

Pelbagai reaksi serta selepas berita kematiannya disahkan presiden amerika sendiri, namun apa yang pasti dikhabarkan bahawa walaupun tanpa ketiadaan osama Al-Qaeda akan terus bergerak, stesen tv pakistan ada mengeluarkan kenyataan bahawa gambar yang menunjukan osama berlumuran darah adalah palsu. Beliau yang dituduh bertangungjawab ke atas serangan bangunan berkembar 11 september yang mengakibatkan 2973 orang maut, dan telah diburu sejak 1992 berikutan serangan ke atas sebuah hotel di Yemen. Ramai yang tidak mempercayai akan imej yang ditunjakkan berikutan persamaan gambar tersebut pada satu lagi gambar beliau ketika berucap, dan seakan hanya di "touch up"seperti di bawah :


"bandingkan, sama tak"

Gambar ini juga dikatakan pernah dipaparkan di internet sekitar 2009, dan jika diamati pasti ramai bersetuju gambar di atas telah di "edit" guna perisian-perisian sunting imej, terang-terang nampak, walaubagaimanapun terpulang pada individu untuk memanipulasikannya. Dikhabarkan juga mayat osama tadi telah dicampak ke laut bagi mengelak kemaraan semangat pejuang-pejuangnya untuk membuat serangan balas.

"gambar asal sebelum "diterbalikkan", senang korang tengok"

sekian......

Wednesday, May 4, 2011

PELAKON FIGHTER YANG PALING GEMPAK

"luku nak"

Jackie chun adalah seorang fighter yang paling famous di dalam siri sepak meyepak. Plus plak ngan aksi lasak dicampur ngan gaya badut dia 2, membuatkan senyuman tak kering gusi.

Jackie chun melebihi kaw berbanding ngan fighter lain seperti donny yen ataupun jet li. Kalau nak dibandingkan cerita vcd yang mengaitkan pelawak fighter ini, belambak kat laci bilik aku ni.

Cara fighting dia berbeza sedikit yang begitu tidak serius dan penuh aksi gelagat badut, aku sama sekali salute sama lu bro jackie, way to champion. Hidup jackie chan, bukan chun..

"amacam ?"



Tuesday, May 3, 2011

ST12 BAND BIO

Entry kali ni farid nk crita pasal band St 12,yg hit dgn lagu2 dorg such "cari pacar lagi", "jgn pernah berubah", "aku masih syg" "pangeran cinta" "saat terakhir" tapi mungkin kalo bdk2 jb (johor) mesti dh kenal dah band ni dek sebab channel indon dapat "foreee" kt sana

Ditubuhkan tahun 2005 dibarisi empat anak muda yg muda2 blaka :
  1. charley (vokal)
  2. pepep (drum)
  3. pepeng (gitar)
  4. iman rush (bass gitar)
"dari kiri, pepep, charly, dan pepeng"

Akibat dari perkenaln empat ank muda tadi sepakat nk tubuh satu band yg diberi nama St 12 singkatan bagi "Stasion Timur 12" yg diambil dari nama tmpt pertemuaan pertama mereka berempat. Dalam kesusahan misi mencari "label record" akhirnya pertengahan tahun 2005 sebuah lebel musik berkenan menerbitkan album sulung mereka yg bertajuk "Jalan Terbaik". Tiga "single" ditaruhkan bagi album ini, dan ternyata membuahkan hasil bila lebih dari 400,000 album mereka terjual dan 1,000 000 "ringtone back" laris di download peminat mereka dan jumlah ini belum dipastikan lagi sama ada termasuk hasil penjualan album mereka di Malaysia.

Ajal dan maut di tanganNya pemain bass "iman rush" pergi meniggalkan mereka bertiga akibat pecahnya pembuluh darah di otaknya ketika jelajah bagi mempromosikan album tersebut di Semarang Indonesia. Lebih dua tahun menyepi ditahun 2008 mereka kembali tanpa pengganti "iman rush" dan hanya bertiga mempertarukan pula album yg diberi judul "P.U.S.P.A" di bawah lebel baru dan vokalis "charly" telah mengarang sebuah lagu dan mendidikasikan lagu diberi tajuk "saat terakhir" buat "iman rush". Hasil penjualan yg memberangsangkan juga melebihi 400 000 keping terjual mereka turut meraih perhargaan "double platinum" dan lagu2 di dalam album ini juga byk digunakan sebagai runut bunyi bagi drama2 di Indonesia.

"ketika sesi shooting bagi album P.U.S.P.A REPACKAGE"

Tahun 2010 pula "pangeran cinta" muncul dan sambutan bagi album ini tidak kurang hebatnya lagu2 seperti "terlalu","aku padamu", "i love you", "sebuah kenyataan" dimuatkan dalam album ini. Bagi peminat Malaysia yg ingin dapatkan album mereka sebuah lebel tempatan "src record" turut menerbitkan album mereka di sini jadi "ngak usah kuatir ya, cari saja di mall2 muzik gitu"



PENGERAN CINTA 2010
TRINITY OPTIMA PRODUCTION
TRACK :
    1. Terlalu
    2. Setiaku
    3. Aku Padamu
    4. Dunia Pasti Berputar
    5. Pangeran Cinta
    6. Masa Kecil
    7. Lady Sky
    8. Aku Terjatuh
    9. Anugerah Cinta
    10. I Love You
    11. Sayyidina
    12. Sebuah Kenyataan

    P.U.S.P.A REPACKAGE 2009
    TRINITY OPTIMA PRODUCTION
    TRACK :
    1. Putri Iklan (New Version)
    2. Biarkan Jatuh Cinta
    3. SKJ (Saat Kau Jauh) (New Version)
    4. Isabella (Beat Version)
    5. Saat Terakhir
    6. Cari Pacar Lagi
    7. Cinta Tak Direstui
    8. P.U.S.P.A
    9. Jangan Pernah Berubah
    10. Tak Dapat Apa-Apa (My Hot)
    11. Cinta Jangan Dinanti
    12. Isabella (Slow Version)
    13. ++KebesaranMu
    14. ++MemujaMu
    "++ = bonus track"
    P.U.S.P.A 2008
    TRINITY OPTIMA PRODUCTION
    TRACK :
    1. P.U.S.P.A
    2. Jangan Pernah Berubah
    3. Cari Pacar Lagi
    4. Putri Iklan
    5. SKJ (Saat Kau Jauh)
    6. Saat Terakhir
    7. Tak Dapat Apa Apa (My Hot)
    8. Cinta Jangan Dinanti
    9. Cinta Tak Direstui
    10. Jalan Terbaik
    11. Rasa Yang Tertinggal
    12. Aku Masih Sayang


    JALAN TERBAIK 2005
    MUSIC PLUS
    TRINITY OPTIMA PRODUCTION
    TRACK :
    1. ATSL (Aku Tak Sanggup Lagi)
    2. Rasa Yang Tertinggal
    3. Ruang Hidup
    4. Aku Masih Sayang
    5. Kepedihan Jiwa
    6. Cinta Abadi
    7. Sirna Sudah
    8. Dewiku
    9. Jiwa Yang Hilang
    10. Jalan Terbaik

    Setakat ni dulu info buat band ni, klo farid dpt brita baru tntg mereka suma akan di update di sini, so keep in touch


    dh abes baca ka ? cbe try layan lgu ni dari album "P.U.S.P.A"


    ps:"farid klo g karok msti nk nynyi lgu dorg ni 1,2 lagu tpi kdg2 3,4 pun ada..huhu"

    Sunday, May 1, 2011

    GOODBYE ROY KHAN

    "tinggal kenangan ROY KHAN bersama anggota yg lain"


    Anda peminat muzik yg bergenre "power metal" ? muzik yg dibawa band besar seperti HELLOWEEN, BLIND GUARDIAN n etc..

    tapi farid bkn nk crita psl band2 ni..tpi psl band KAMELOT yg turut memainkan muzik yg sma berasal dari US..

    mungkin ada lagi diantara kita yg tidak mengetahui bahawasanya penyanyi juga "frontman" iaitu "ROY KHAN" sudahpun melepaskn tugasnya sebagai vokalis secara rasmi pada 22/4/2011 selepas beliau mengumumkannya pada laman sosial myspace nya, dan kini dia berada di negara kelahirannya Norway bagi meluagkan masa bersama keluarga selepas xsilap farid diserang penyakit asma/lelah macam tu la. Kekecewaan semestinya jelas kelihatan pada anggota yg lain, di era kegemilangan band yg mahu dikenali KAMELOT ini "ROY KHAN" pula terpaksa menarik diri selepas 14 tahun bersama. Sisa2 tour album terkini mereka "POETRY FOR THE POISONED" yg rilis tahun 2010 digantikan dan digalas vokalis Rhapsody, Fabio Lione serta Tommy Karevik vokalis band "progressive metal" dari Sweden


    "di era GHOST OPERA 2007"


    ps:"bagi farid album terbaik mereka stkt ni is "THE BLACK HALO"
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...