Tuesday, August 11, 2009

MINATKU MULA BERPUTIK PADA MEGADETH?

2 BUAH ALBUM MEGADETH MILIKKU!!!

Lama juga rasanya aku tak post apa-apa benda,so kali ni rasanya nak kongsi cerita tentang minatku yang mula berputik pada MEGADETH.

Rasanya dah hampir setiap hari aku mesti play album "cryptic writings",kalau tak pagi mesti petang..dan untuk pengetahuan juga album ni agak lama dah terperuk dalam kotak simpanan aku ni,bersama 1 lagi album diorang yang aku ada "so far..so good..so whats?.."

Satu hari tu dalam duk belek-belek cd dalam kotak aku tu,terfikir pulak baik kasi "play" MEGADETH..First time dengar "so far..so good..so whats?.."apa yang boleh aku cakap album ni betul-betul tak masuk langsung pada pertama pendengaranku (MEGADETH PUNYA FANS JANGAN MARAH AR..) mungkin "cover artwork" album ni menarik ku untuk "play" lagi dan lagi..dan langsung aku tukar pula pada"cryptic writings" dan penerimaan telinga aku lain pula dan berkenan sangat..tu yang buat aku pasang hari-hari tu...dan "so far..so good..so whats?.." ini pula menunggu masa untuk "diexplore" muziknya dengan lebih mendalam agar turut akan menjadi "favourite" album aku..

Tapi yang menjai masalah aku sekarang ni..aku dah pun terdownload secara sengaja 4 trek dalam album "united abominaton 2007"
  1. 1.Sleepwalker
  2. 2.Washington Is Next!
  3. 3.Never Walk Alone... A Call To Arms
  4. 4.United Abominations
apa yang aku boleh cakap sememang mencengkam muziknya..solo-solo yang mendalam..buat aku lebih jatuh hati pada muzik diorang ni..aduh..begini rupanya..MEGADETH..

nampakanya terpaksalah aku beli yang "second hand" janji ory tu pun kalau dapat..bajet tengah tak cukup..dan macam mana pula dengan ENDGAME yang akan datang ni..aduh sakit la dibuatnya..SEDAP MENDENGAR,SAKIT MELABUR..

Sunday, July 26, 2009


dan dengan lafaz "bismillah" ini,maka bermulanya satu lagi penjualan barangan rasmi metal dan barangan lain-lain secara e-dagang yang diterajui sepenuhnya oleh MRFARID di laman theofficialjualanbersama
nantikan ianya menular...
sebarang pertanyaan dan pembelian barangan bolehlah meninggalkan mesej pada ruangan komen
Terima kasih...

Friday, June 26, 2009

JANGAN PANDANG TAPI RENUNG

sebahagian daripada adegan minggu ni..(selasa lepas)..dia kena rasuk tu,habis makcik tudung hitam tu dibelasahnya !!!
GAMBAR CILOK!!!

Minggu ni,dah masuk episod ke-empat drama ni main kat TV2,setiap hari selasa tepat pukul 10 malam.Apa yang aku tahu tentang drama ni,tak silap aku dia 13 buah episod dan minggu ni dah masuk episod ke-empat.

Jalan penceritaan cukup best/menarik la!! dan akan buat siapa yang tonton tertanya-tanya dan juga penuh adegan saspense!!!Berkisar tentang kehidupan di sebuah kampung yang menjadi huru-hara selepas kematian seorang bomoh/dukun yang juga bapa kepada watak utama drama ni..dimana penduduk kampung berkenaan dan seisi keluarga watak utama sering terjumpa dan diganggu hantu yang (jari-jemari dia tak henti-henti bergerak)..nak cari pengganti dia kot!!!


Susah nak cerita sebab makcik kepada watak utama ni berahsia sangat!!....
Berbaki 9 episod lagi,masih sempat lagi untuk korang menyeramkan diri!!!..he..he..
Jom p tengok!!!online pun boleh!!!!

Saturday, June 20, 2009

MAJALAH EMPAYAR MEI #6 2009

Seingat aku dah lama aku tak menatap mag ni,semenjak susah nak dapatkannya kat area Klang,dan aku menjangkan dah banyak isu terlepas,dan kali terakhir aku mendapatkanya vol 5 dimana Brain Dead menghiasi muka depan sekitar bulan 3 lepas..sekarang ni dah bulan 6,so kiranya 3 bulan jugalah aku tidak mengetahui perkembangan musik tempatan kita dan dunia!!

Bosan jugalah aku menanti,so hari tu seperti biasa,aku perlu transit 2 buah bus dari sekolah untuk sampai ke rumah,transit yang kedua perlu aku lakukan berhampiran kompleks PKNS,tak terfikir pula aku untuk mencari mag ni sekitar kompleks tu sedangkan hampir setiap hari aku melaluinya..so hari tu aku blik awal dari klas dan terasa nak pulak jalan sorang diri kat kompleks tu,dan jalan-jalan punya jalan lantas terlihat satu store majalah kat kompleks tu lalu terbayang beberapa mag rock Malaysia..

aku pun masuk cari-cari dan cari..hasilnya..jeng!!jeng!!jeng!! satu mag rock pun takda..aku pun keluar dan teringat pula sebuah kedai sebagitu rupa di penghujung kompleks..dan aku pun pergi..(ai dah macam jln-jln cari makan pulak)..ketika kat kedai aku tak perlu nak cari-cari lagi sebab mag Empayar benar-benar depan mata aku,dan tinggal sebuah sahaja..(ha..ngam ni untuk aku la ni)..RM10 pun keluar dari kocek yang sederhana kecilnya dan dihulur pada mamak tu,dan RM2 dikembalikan..ai??..harga bukan RM7 ke? (soalan yang aku aju pada mamak tu) dia nak jawap tapi jawapan dah ada pada muka depan mag Empayar-SEMENANJUNG MALAYSIA:RM8- lantas aku tersenyum bila melihat dan langsung blah dari kedai tersebut.

Lama juga cari mag Empayar ni baru jumpa,pernah juga aku try nak order dan tanya cara nak byr tapi takda sebarang respons.Keluaran VOL 6 Mei ini,dimana IMPIETY (extreme/black metal Singapura) dipilih untuk menghias muka hadapan selain ulasan konsert GRAVE live in Singapore,AS SAHAR 21 st unniversary dan banyak lagi cerita tentang band baru dan otai atau lama.
Tengok bawah!!

MUKA DEPAN


Aku ni tidaklah meminati irama muzik black metal ni,tapi selepas baca artikel tentang IMPIETY ini dan temubual yang disedia oleh xul metal storm,terasa nak beli pulak album diorang nak try dengar.Keluaran isu 6 ini juga ada menyelitkan temubual bersama AMIR SYJ/SOFEA dalam ruangan injeksi minda bersama itu,band IN TORMENT dan MODA MOODY juga turut diselongkar sejarah penubuhannya dan sebuah band RUSIA iaitu CATHARSIS turut dipilih untuk memenuhi ruangan ini.




COVER STORY

Ruangan Fenomema Rock isu ini pula menceritakan perjalan dan sejarah penubuhan dua buah kumpulan iaitu GERIMIS dan ERAT,kolum Belenggu Irama pula yang juga merupakan ruangan baru yang mengetengahkan individu2 dalam dunia rock,metal sama ada masih atau pernah bermain dalam mana2 band atau menjadi tulang belakang kepada industri "underground" dan "mainstream",dan kali ini telah memilih ABDUL AZIZ ITAR bekas editor pada pada fanzine "trash attack" dan "vortex from the east" yang juga merupakan anggota asal kumpulan NECROFIST menjadi pilihan.

Kolum tribute pula menyingkap kembali penglibatan MASROM ABDUL HAMID atau lebih dikenali sebagai Yong bersama SWEET CHARITY,yang telah pun kembali ke RAHMATULLAH pada 6 NOV tahun lalu,selepas terlibat dalam satu kemalangan iaitu dua hari sebelum menyambut Hari Raya Qurban.Ruangan DIY-ulasan fanzine kali ini pula memilih 4 buah fanzine iaitu AL-ZANNAKH (MALAYSIA),BRUTALLICA (BULGARIA),GIVE ME BACK (USA) dan SHRUKEN & MUMMIFIELD (HUNGARY).Ruangan poster isu ini pula memilih kumpulan CYNIC,NUCLEAR STRIKE dan VIXEN,namun begitu apa yang menjadi tanda tanya mengapa bukan kumpulan IMPIETY yang dijadikan sebagai "cover story" menghiasi ruangan poster,ini kerana pada keluaran isu-isu sebelum ini,seperti biasa cover story akan menghiasi ruangan poster.

POSTER

Kolum besi panas yang hangat dengan isu semasanya kali ini membawa tajuk Ada Lagi Ke Band Underground? dimana penulis meluahkan perasaannya terhadap band underground kini dan merasakan,tiada lagi band di zaman ini benar-benar berpaksi pada perkataan UNDEGROUND.Ruangan Ulasan Album pula,yang sentiasa dipenuhi dengan ulasan yang ringkas dan padat kali ini memilih sebanyak 12 buah album untuk "diriview",manakala kolum Khabar Dari Seberang membawa cerita tentang MEGA CARNIVAL SINGAPORE EXPO HALL yang berlagsung pada 20-23 NOV 2008.Ruangan Ulasan Movie pula yang menekan pada 3 aspek iaitu musikal,gambar dan bunyi sesuatu "movie" yang disediakan oleh Azlan Osman membawa kita untuk menyemai "movie" yang mempunyai kualiti gambar dan bunyi yang tiggi dan "movie" berbentuk musikal yang beliau rasakan terbaik.

Klasik Album yang mengingatkan kita kembali kepada album yang pernah meniggalkan impak yang besar suatu ketika dahulu buat peminat mahupun pemuzik baru di era sekarang,dan kali ini album MEGADETH yang bertajuk Rust In Peace dihidang buat pembaca dan diceritakan pula kehebatan album ini sehiggakan penjualannya yang memberangsangkan berbanding album-album MEGADETH yang lain,selain menjadi produk trash moden pada waktu tersebut.

Kolum Expose Minda pula membawa kita mengenali duah buah band iaitu SOUL DEVOUR (SINGAPORE) dan LEATHER CHARMS (MALAYSIA),disamping kolum Aksi Pentas membawakan ulasan gig/konsert seperti (AS SAHAR LIVE IN 21 ANNIVERSARY,GRAVE LIVE IN SINGAPORE,BIG CITY NIGHT BATTLE BEGINS 2008 LIVE IN MELAKA,SUPREME SONIC REVISITED 2008 LIVE IN SABAH.)

MUKA BELAKANG

Kutub Khanah pula seperti biasa membawakan kumpulan rock/metal dahulu yang pernah wujud di MALAYSIA ini,yang mungkin ada diantara kita yang tidak mengetahui kewujudannnya.

Terasa berbaloi juga,apabila majalah EMPAYAR menaikkan harga dari RM7 sebelum ini ke RM8,kerana perubahan yang paling ketara ialah kertas yang digunakan,lebih tebal dan berkualiti berbanding keluaran isu-isu lepas dan ini akan membuatkan sesuatu majalah itu akan lebih tahan lama dan tidak mudah dikoyak atau terkoyak oleh anak-anak kecil.

Sunday, May 3, 2009

SODOM,Obsessed by Cruelty/SINISTER,Cross the Styx/SENSELESS,Epidemic Metallity Equilibrium

3 buah album tersebut

3 buah album di atas,aku peolehinya dari seorang member yang berumur dalam 30'an.Agak tekejut juga aku bila aku tengok tape2 ni,yalah semua album era 80's dan 90's,dan boleh dikata sekarang ni susah jugalah nak dapat original press made in Malaysia.Tersusun rapi di atas rak almari beliau,begitulah keadaan tape2 ni sebelum aku mencapainya dan sememangnya aku mengetahui ni mesti tape2 metal,berdasar tengok art tulisan dia yang kemerah-merahan ibarat darah!!lalu member tadi pun buka cerita dia di era metal punya time.Dipendekkan cerita dia ni dulu memang layan metal tapi dek kerana perubahan semasa,dia pun terikut dan meniggalkan dunia muzik metal.

Berbalik pada album-album ni,condition bolehlah lagi,cuma perlu perbanyakkan play dan kasi cuci bersih.Cuma yang jadi masalah aku,player tape aku dah tak o.k dianggap rosak le..Sodom aku dah pernah dengar dulu,yang tak sabar dengar ni Sinister ngan Senseless ni pergh..tengok art cover pun dah tau muzik dia mesti cukup power.Sementara nak tunggu aku nak dengar ni (ntah bila la lah agaknya) :(
Biar aku cerita sedikit tentang album ni o.k,kita mula dengan SODOM terdahulu.

Obsessed by Cruelty

album 1st diorang lepas rilis 2 demo dan 1 ep,yang cukup kuat impaknya dan terasa lagi sampai sekarang sound dia totally teotonic trash.Sebanyak 10 buah lagu dihambur dalam album ini antaranya:

side A
1. Intro
2. Brandish the Sceptre
3. Proselytism Real
4. Equinox
8. Witchhammer

side B
1. Obsessed by Cruelty
2. Fall of Majesty Town
3. Nuctemeron
4. Pretenders to the Throne
5. Volcanic Slut


untuk album ini video clip official takda...so aku ambik versi live bersama gitaris WitchHunter..mungkin dapat mengembalikan memory kegemilangan trash metal dahulu.



SINISTER

Cross the Styx

aku pun tak tau tentang kewujudan band ni..so..nak cerita ape?aku pun tak tau..album ni merupakan album 1st mereka,senang-senang klik sini untuk lebih info album,perjalanan mereka tau yang lain-lain.Tapi apa yang pasti mereka ni still lagi aktif dalam arena muzik berat ni..

Sebayak 12 buah lagu di dalam album versi tape ini,antaranya:

side ONE
1. Carnificina Scelesta
2. Perennial Mourning
3. Sacramental Carnage
4. Doomed
5. Spiritual Immolation
6. Putrefying Remains

side TWO
1. Cross the Styx
2. Compulsory Resignation
3. Corridors to the Abyss
4. Epoch of Denial
5. Perpetual Damnation
6. Outro


SENSELESS

Epidemic Metallity Equilibrium

ha..yang ni pun sama gak langsung aku tak tau apa pasal band ni,tapi dalam cover dia ada sedikit info tentang band ni..takpa biar aku kasi cerita sedikit buat tatapan anda semua.

Band yg ditubuhkan di Sarawak,memilih muzik death metal sebagai muzik dambaan,dan sedikit elemen grind dan mempunyai "influences" band seperti dari band CARCASS,NAPALM DEATH,DEICIDE dan lain-lain lagi.Dianggotai oleh:

andy - voice/second guitar
zul - first guitar
psyful - bass/voice
pyann - drum

album ini merupakan album sulung mereka selepas rilisan 3 buah demo yang terdahulu yang bertajuk (terminal of death 90),(profanation horror 91) dan (their next demontration 92/93).Mereka juga cukup terkenal di negeri mereka Sarawak dan telah mendapat undangan persembahan yang mencurah-curah.Namun begitu semua hanya tiggal kenangan,dan aku rasa band ni pun dah takda dah kiranya tak aktif dah.

10 buah lagu sedia membangunkan anda dari tidur lantas sedar dan mengakui kehebatannya antaranya:

side ONE
1. Intro
2. Epidemic Mentallity Equilibrium
3. Fateful Intensity
4. Beyond Reality
5. Forever Nowhere

side TWO
1. Shadows from the Past
2. Morality Effected Inquestion
3. Repulsion into Repugnent
4. Independent
5. Outro


nak kasi info lebih pun dah takda da..wikipedia pun semestinya takda gak so..yang ni je aku boleh bagi..he..he..

Thursday, April 16, 2009

TUKAR/BELI (Slayer-Seasons in the Abyss)



Album original press edisi malaysia
baru,pek plastik pun tak buka lagi
kalau korang nak tukar pun boleh
seperti album dari GAMMA RAY,HELLOWEEN
IRON MAIDEN ataupun album dari band lain
yang mungkin dapat menarik minat aku....

HARGA:RM60

KOS PENGHANTARAN:

semananjung Malaysia:RM5

Sabah/Sarawak:RM7

(mungkin ada lagi,selepas ini)

Sunday, April 5, 2009

APRIL FOOL'S DAY ?


Siapa yang MENIPU?

Siapa yang TERTIPU?


Perbezaan Pendapat Tentang Sejarah Kejadian Perayaan Ini:

Sebahagian mengatakan bahawa inovasi ini muncul di Perancis pada tahun 1563,setelah kalender baru diperkenalkan,terdapat seseorang yang telah menolak penerimaan kalender ini telah menjadi mangsa kepada beberapa orang yang telah memalukan dan memepermainkan beliau sehingga beliau dijadikan bahan gelak oleh orang ramai...

Sebahagiannya pula berkata bahawa inovasi ini berasal dari zaman purba kala,dimana terdapat satu perayaan penyembahan berhala yang berkait dengan bulan ini,maka perayaan ini merupakan sisa dari perayaan penyembah berhala.

Asal usul sambutan ini:

Ramai di antara kita yang menyambut hari ini,tetapi berapa ramaikah kita yang mengetahui rahsia di sebalik hari ini...

Sewaktu kaum Muslimin menguasai Sepanyol kira-kira 1000 tahun yang lalu,negara Sepanyol yang terdiri dari muslimin merupakan satu pasukan yang tidak mampu dikalahkan.Orang kafir sewaktu itu menaruh harapan besar agar dapat melenyapkan islam dari muka bumi sehiggakan mereka sanggup melakukan apa sahaja.

Setelah itu,orang-orang kafir telah menghantar perisik untuk belajar dan cuba mencari rahsia di sebalik kekuatan kaum muslimin.Mereka telah mendapati bahawa berpegang teguh pada ALLAH dan bertaqwa merupakan faktornya.

Apabila kaum kafir mengetahu rahsia tersebut,mereka mula memikirkan tentang strategi untuk mengalahkan umat islam,untuk tujuan ini mereka telah menghantar arak dan rokok secara percuma ke Sepanyol.

Taktik ini semakin menjadi-jadi,iman di kalangan kaum muslimin semakin lemah terutama sekali di kalangan pemuda-pemudi islam di Seopanyol.Natijahnya kaum kafir telah mengalahkan kaum muslimin yang telah memerintah Sepanyol lebih dari 800 tahun ..kaum muslimin cuba bertahan di Grenada,tetapi telah ditumpaskan pada 1 April..

dan dengan itu mereka (orang-orang kafir) telah menggelarkan TIPU DAYA APRIL (trick of April).

Sejak dari itu,mereka menyambut hari ini dan menggangap kaum muslimin sebagai orang bodoh...

Mungkin ramai dikalangan muslimin di hari ini tidak mengetahui makna di sebalik hari APRIL FOOL ini,namun begitu dengan sedikit pengetahuan yang aku berikan mungkin dapat meyedarkan kita tentang hari ini..

(semua petikan di atas aku petik dari risalah yang aku perolehi dari masjid berdekatan rumah aku,dan begitu juga gambaran di mekkah di atas aku mengambilnya dari web orang)

sekian..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...